CG(X)
Penampilan
CG(X) mungkin akan menggunakan badan pembinasa kelas-Zumwalt.
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | CG(X) |
Pengguna: | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Didahului oleh: | kelas Ticonderoga |
Kos: | $3.2 bilion (anggr. untuk kapal pertama) |
Ditauliahkan: | Dibatalkan (dirancang pada 2017) |
Dibina: | Tiada |
Dirancang: | 19 |
Dibatalkan: | 19 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Kruiser |
Berat (tan): | 20,000–25,000 tan |
Installed power: | Nuklear |
Jana kuasa: | Integrasi elektrik |
Persenjataan: | 512 VLS |
Program CG(X) juga dikenali sebagai program Kruiser Generasi Baharu merupakan sebuah program penyelidikan Tentera Laut Amerika Syarikat untuk membangunkan satu kapal pengantian bagi 22 buah kruiser kelas-Ticonderoga. Rancangan asal adalah untuk memperoleh sehingga 18–19 buah kapal, yang berdasarkan rekabentuk pembinasa kelas-Zumwalt seberat 14,500 tan yang dilengkapi dengan sistem pertahanan peluru berpandu balistik dan pertahanan udara kawasan untuk kumpulan pengangkut pesawat. Kapal-kapal ini akan memasuki perkhidmatan bermula pada tahun 2017. Program ini dihentikan pada tahun 2010 apabila objektifnya mampu dicapai dengan pembinasa kelas Arleigh Burke Flight III.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Kapal pembinasa kelas-Zumwalt
- Penjajap tempur kelas-Kirov – Kruiser terbesar dan hanya (separa) pendorongan nuklear yang masih kekal dalam pasukan tentera laut
- Pembinasa Type 45 – kapal pembinasa baharu Britain
- Frigat kelas-Horizon – pembinasa pertahanan udara dari Perancis dan Itali
- Pembinasa Type 055 – kapal pertahanan udara masa depan China
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- O'Rourke, Ronald (20 September 2007), Navy CG(X) Cruiser Program: Background, Oversight Issues, and Options for Congress, Congressional Research Service, diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2011, dicapai pada 13 Januari 2019. This article provides an overview of the CG(X) program as of September 2008.