C2C (grup)
Penampilan
C2C | |
---|---|
![]() C2C pada tahun 2012 | |
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Coups2Cross |
Berasal dari | Nantes, Perancis |
Genre | Elektronika, trip hop, electro soul, alternative hip hop |
Tahun aktif | 1998 | –kini
Syarikat rakaman | On and On Records |
Pengkarya berkait | Hocus Pocus, Beat Torrent |
Laman sesawang | http://www.c2cmusic.fr/ |
Ahli |
|
C2C (nama lama mereka: Coups2Cross) ialah sebuah kumpulan muzik dibentuk tahun 1998 di Nantes, Perancis. Ia dianggotai 4 orang DJ: Atom, pFeL, 20Syl dan Greem; keempat-empat mereka mahir menggunakan alat elektronik meniru muzik dimainkan alat biasa dalam gubahan mereka di mana setiap seorang terlibat dalam menggubah bunyi dram, gitar bes, riff gitar irama dan alat muzik bras.
Kumpulan ini memenangi empat kategori dalam Victoires de la musique — anugerah muzik paling berprestij di Perancis — pada Februari 2013.[1][2]
Keanggotaan
[sunting | sunting sumber]- Thomas Le Vexier atau DJ Atom - Turntables, keyboard, programming (studio & persembahan langsung)
- Sylvain Richard atau 20syl - MC (studio & live), gitar (persembahan langsung)
- Guillaume Jaulen atau Greem - penataan audio (studio), bes (persembahan langsung)
- Pierre Forestier atau DJ pFeL - dram (studio & persembahan langsung)
Keempat-empat anggota ini turut mempunyai kumpulan dengan gaya muzik tersendiri - Atom dan pFeL membentuk kumpulan Beat Torrent sementara 20Syl dan Greem membentuk kumpulan Hocus Pocus.[3].
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Tetra (2009)[4]
EP
[sunting | sunting sumber]- Down the Road (2012)[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Victoires pour c2c, dominique a et lou doillon" (dalam bahasa Perancis). Libération. 2013. Dicapai pada 23 Februari 2014.
- ^ "About". C2C :: Official Website. Dicapai pada 12 Ogos 2015.
- ^ Waldron, James (25 Jun 2012). "HELLO: C2C". Mixmag. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-20. Dicapai pada 26 Februari 2020..
- ^ a b Hung, Steffen. "Discographie C2C". French Charts Portal. Hung Medien (Steffen Hung).