Pergi ke kandungan

Doujutsu (Naruto)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Byakugan)

Dōujutsu (瞳術, Teknik Mata Khas) merupakan kebolehan yang berasal daripada genetik seseorang ninja untuk menggunakan mata mereka dan membolehkan mereka menggunakan kepelbagaian chakra dalam banyak bentuk. Ia merupakan sejenis bentuk kebolehan "Kekkei Genkai" (血継限界, Jaringan Darah Terhad) yang diwarisi daripada satu keturunan ke keturunan yang lain dan ianya tidak boleh dianggap sebagai salah satu daripada jutsu utama.

Kebolehan ini tidak memerlukan penggunanya menggunakan kombinasi ikatan tangan dan ianya boleh digunakan untuk melakukan atau menentang jutsu daripada pelbagai bentuk seperti genjutsu, taijutsu dan ninjutsu. Kebanyakkan dōujutsu yang diketahui memberikan kelebihan tertentu seperti kebolehan jarak pandangan yang lebih luas (melihat menembusi objek) atau membaca pergerakan musuh. Meskipun tidak memerlukan sebarang kombinasi ikatan tangan, penggunaan dōujutsu memerlukan penggunaan chakra penggunanya.

y==Dōujutsu yang diketahui== Templat:Spoiler

Fail:Mata Byakugan.png
Mata "Byakugan" milik klan Hyuga

Byakugan (白眼, Mata Putih) juga dikenali sebagai "Mata Putih Penglihatan Telus" merupakan satu bentuk Kekkei Genkai, sejenis susur genetik yang dikongsi oleh kalangan ninja dari klan Hyuga. Mata ini mula dimiliki oleh adik Pendeta Enam Jalan iaitu Hamura yang juga merupakan moyang kepada klan Hyuga. Ninja yang memiliki susur genetik klan Hyuga ini rata-rata memiliki mata berwarna putih (Neji dan Hinata warna mata yang agak berbeza iaitu masing-masing memiliki warna mata berwarna sedikit keunguan dan biru kekelabuan). Walaupun tidak dinyatakan secara nyata, boleh dianggap bahawa semua anggota klan Hyuga memiliki Byakugan. Adalah kebiasaan, Sharingan milik klan Uchiha merupakan perwarisan daripada pendarahan klan Hyuga yang memiliki Byakugan.

Seperti mata Sharingan, Byakugan turut boleh dipindahkan kepada ninja yang bukan daripada keturunan Hyuga seperti mana yang terjadi kepada Ao dari Kirigakure. Mata Byakugan yang dipindahkan boleh diaktifkan atau dinyahaktifkan dengan kuasa penggunanya dan tidak seperti Sharingan yang sentiasa dalam keadaan aktif sepanjang masa.

Kebolehan Byakugan ini menjadi ia suatu objek yang menjadi rebutan oleh banyak perkampungan ninja. Sebagai bukti, pernah terjadi wakil daripada Kumogakure melakukan percubaan untuk mendapatkan Byakugan dan bagaimana Kirigakure cuba mempertahankan satu-satunya Byakugan (milik Ao) yang mereka miliki.

Kebolehan

[sunting | sunting sumber]

Byakugan merupakan fokus utama terhadap kebolehan anggota klan Hyuga. apabila Byakugan diaktifkan, anak mata mereka akan menjadi lebih pudar dan akan tertonjol urat-urat berselirat dari sisi pelipis mata mereka.

Fail:Byakugan-1.png
Mata "Byakugan" milik Neji Hyuga
Byakugan mampu melihat sehingga hampir 360º, namun masih terdapat titik buta penglihatan di belakangnya.

Kebolehan pertama Byakugan adalah ia membenarkan penggunanya memiliki penglihatan yang hampir 360º, kecuali sudut satu titik buta di belakang bahagian ketiga tulang tunjang mereka (leher).

Fail:Penglihatan Byakugan.PNG
Byakugan mampu melihat secara telus sesuatu obejk pejal.

Kebolehan kedua Byakugan adalah keupayaannya untuk melihat secara pandang telus sesuatu objek pejal serta memberikan tahap pemfokusan yang berperingkat. Kebolehan pemfokusan secara berperingkat ini berbeza dari seorang pengguna Byakugan kepada pengguna yang lain. Dalam Bahagian I, Neji berupaya untuk melihat objek di dalam lingkungan 50 meter, namun Neji kemudiannya berjaya meningkatkan keupayaan tersebut sehingga ke lingkungan 800 meter. Bagi Hinata pula, dalam Bahagian II dibuktikan bahawa dia mampu meninjau sejauh lingkungan 10 km. Ketika dalam "Babak Pencarian Uchiha", Hinata dilihat mampu meneliti kesan api hitam daripada teknik Amaterasu dan chakura di sekeliling kawasan tersebut dari jarak sepuluh kilometer. Namun begitu, Byakugan tidak boleh digunakan untuk meneliti jutsu tembok penghadang seperti Formasi Tembok Tonggak Empat Tiangyang digunakan oleh Ninja Bunyi Berempat.

Fail:Byakugan - Penglihatn Sistem Chakura.JPG
Byakugan mampu melihat "Sistem Peredaran Chakura" pihak lawan.

Bagaimanapun, kebolehan ketiga merupakan kebolehan terhebat yang dimiliki oleh Byakugan iaitu kebolehan untuk melihat kepulan chakura dan peredaran sistem chakura dalam tubuh seseorang. Melalui kebolehan inilah, membuatkan mereka mampu menggunakan teknik Taijutsu terhebat mereka untuk menewaskan pihak lawan; "Taijutsu Lembut" (柔拳, Jūken). Tidak seperti Taijutsu Keras yang mengakibatkan kecederaan luaran kepada sasaran, teknik Taijutsu Lembut ini mengakibatkan kecederaan dalam kepada sasarannya. Setiap serangan mesti mengena kepada sasaran dengan tepat iaitu mengenai titik sistem peredaran chakura yang membawa chakura kepada tubuh. Titik ini merupakan penghubung kepada peredaran chakura secara langsung kepada organ-organ dalam tubuh. Apabila sistem ini dicederakan, organ-organ dalam tubuh juga turut terjejas. Tidak ada bentuk pertahanan yang mampu menyekat teknik Taijutsu Lembut ini kerana tidak ada sesiapa yang mampu melatih pertahanan organ dalaman agar lebih kuat. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menghalangnya hanyakah dengan menghalang serangan tersebut daripada mengenai tubuh.

Sesetengah pengguna Byakugan yang berkemahiran seperti Neji, yang nyata-nyata jarang dilihat, mampu menggunakan teknik Taijutsu Lembut ke tahap yang lebih tinggi.Sepanjang "Sistem Peredaran Chakura" (keirakurei), terdapat 361 titik nadi dipanggil "Tenketsu". Apabila tenketsu ini diserang, pengguna Byakugan boleh memilih sama ada menutup atau membuka secara paksa tenketsu sasaran dan memberikan kelebihan kepada mereka mengawal pengaliran chakura pihak lawan. Neji Hyuga memiliki kekecualian apabila mampu mempelajari teknik terhebat klan Hyuga iaitu teknik Rajah Lapan Triagram 64 Telapak bersama Hinata Hyuga yang mampu mempelajari teknik Rajah Lapan Triagram 32 Telapak (versi lebih mudah berbanding Neji) yang hanya dapat dilihat dalam siri anime. Dalam pertarungan Neji menentang Kidomaru, Neji telah menggunakan Rajah Lapan Triagram 128 Telapak ke atas Kidomaru yang mana hanya terdapat di dalam siri animasi. Taijutsu Lembut berkeupayaan untuk menyerang tanpa menggunakan tenaga yang banyak namun memberikan tahap kerosakan yang maksimum kepada sasaran berbanding sesetengah Ninjutsu yang bertahap tinggi. Ia boleh dianggap sebagai taijutsu terhebat yang terdapat di Konohagakure.

  • Kadangkala, pengguna Byakugan menggunakan tanda ikatan untuk mengaktifkan keupayaan Byakugan walaupun ianya mampu diaktifkan tanpa memerlukan ikatan tangan. Tanda ikatan tangan yang digunakan adalah: Kuda, Harimau, Khinzir dengan jari yang hampir lurus atau Ayam Jantan, Tikus, Anjing, Kuda, Ayam Jantan, Harimau dengan mengeluarkan jari telunjuk atau Tikus, Khinzir dengan jari yang hampir lurus atau Anjing, Ular dengan jari telunjuk dikeluarkan secara lurus.
  • Kadangkala, hanya seal terakhir yang digunakan, namun secara kebiasaan tiada tanda ikatan yang digunakan.
Fail:Rin'negan.png
Imbasan mata "Rinnegan" pada penghujung Bahagian I siri Naruto

Rinnegan (輪廻眼, Mata Samsara) merupakan teknik mata yang sukar untuk ditemui dan menurut Fukasaku ia merupakan teknik mata paling hebat di antara tiga dōujutsu hebat yang pernah wujud. Kebarangkalian untuk seseorang memiliki Rinnegan adalah kecil sehinggakan Jiraiya menganggap ianya hanyalah sekadar legenda dongeng dan Kakashi menyatakan ianya adalah sejenis bentuk mutasi mata. Setakat ini, hanya 5 pengguna yang diketahui memiliki mata Rinnegan iaitu Pendeta Rikudo (Pendeta Enam Haluan), Nagato, Uchiha Madara, Uchiha Obito, dan juga Uchiha Sasuke. Dengan Pendeta yang sudah lama tiada dan Madara, Obito serta Nagato yang sudah mati, hanya tinggal seorang pengguna Rinnegan yang masih wujud setakat ini iaitu Uchiha Sasuke.

Rinnegan dapat dikenalpasti dengan bentuk mata yang bergelombang di sekeliling anak matanya dengan warna iris dan skelera matanya yang berwarna kelabu keunguan. Ia membolehkan penggunanya mempelajari pelbagai jenis jutsu dengan mudah, malahan ia membolehkan penggunanya menggunakan enam jenis perubahan chakra seperti yang dinyatakan oleh Ibiki dan membolehkan penggunanya menggunakan sebarang teknik tanpa apa-apa masalah . Ia turut membenarkan penggunanya menggunakan kesemua teknik misteri "Enam Haluan" milik Pendeta Enam Haluan.

Sepertimana Byakugan dan Sharingan, Rinnegan juga membenarkan penggunanya melihat aliran chakra dan jaringan teknik yang tersembunyi. Menurut rakan Nagato iaitu Konan, pengguna Rinnegan merupakan "Haluan Kesakitan Ketujuh" yang berada di antara "ambang kematian dan kehidupan" yang membolehkannya menggunakan teknik Haluan Luar: Pendeta Kehidupan Syurga untuk menghidupkan semua orang yang baru terbunuh dalam tempoh masa terdekat namun teknik ini akan menyebabkan risiko besar terhadap nyawa pemilik Rinnegan tersebut.

Fail:Rinnegan Eyes.jpg
Mata "Rinnegan" sebenar milik Pain atau Nagato dalam Bahagian II siri Naruto

Oleh kerana kesemua "Enam Haluan" Pain adalah daripada mayat yang dihidupkan semula, kesemua mata Rinnegan dimasukkan ke dalam tubuh mereka tanpa diketahui caranya oleh sesiapa. Dengan berbuat demikian, Nagato berupaya mengawal penglihatan ke semua tubuh, mengatur pergerakan mereka dengan strategi yang lancar meskipun ketika sedang bertarung. Oleh kerana itu, keenam-enam Pain tersebut tidak memiliki titik buta sepertimana yang dimiliki oleh pengguna Byakugan selagi mana tubuh itu melihat ke semua arah atau sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka memandang ke arah sasaran yang diingini. Oleh kerana itu, seseorang perlu bertindak membutakan penglihatan satu tubuh gantian dan menarik perhatian tubuh gantian yang lain untuk membuka peluang "kewujudan" titik buta pengguna Rinnegan. Haiwan seruan oleh Chikushōdō Pain turut memiliki mata Rinnegan dan Nagato juga dapat mengawal penglihatan serta pergerakan mereka. Uchiha Madara, salah seorang pemilik mata Rinnegan turut menyatakan bahawa Sharingan dan Mangekyo Sharingan dapat menterjemah beberapa tulisan pada batu peringatan yang ditinggalkan oleh "Pendeta Rikudo" yang terletak di Kuil Naka milik klan Uchiha namun hanya pengguna mata Rinnegan sahaja yang mampu menterjemahkan kesemuanya.

  • Rinne (輪廻) adalah perkataan Jepun yang bermaksud "Samsara", kitaran kehidupan semula atau kelahiran semula dalam beberapa ajaran India.
  • Berbeza dengan kenyataan Rinnegan memiliki pelbagai jenis warna, edisi manga telah menyatakan bahawa warna Rinnegan sebenarnya berwarna kelabu keunguan. Kesilapan ini berlaku berkemungkinan kerana edisi manga tidak menyatakan warna sebenar sebelum siri anime ditayangkan. Kesilapan ini tekah dibetulkan pada episod 80 Shippuden.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Senarai Teknik menggunakan Rinnegan

Sharingan

[sunting | sunting sumber]
Bentuk mata pemilik "Sharingan" milik klan Uchiha apabila diaktifkan sepenuhnya memiliki tiga "tomoe".

Sharingan (写輪眼, Mata Roda Karang) atau turut dikenali sebagai "Mata Roda Peniru" merupakan satu doujutsu dari kekkei genkai yang dimiliki dan diwarisi oleh klan Uchiha.

Peringkat

[sunting | sunting sumber]

Mata Sharingan mempunyai perbezaan dengan mata Byakugan. Hal ini kerana Sharingan tidak dapat diaktifkan secara automatik oleh pemiliknya sejak lahir. Ia hanya boleh diaktifkan buat pertama kali melalui satu bentuk daya "tekanan" perasaan dan kemudiannya dapat digunakan secara sesuka hati pada bila-bila masa. Apabila mata tersebut berjaya diaktifkan oleh penggunanya, Sharingan memiliki jumlah "tomoe" (巴) yang berbeza di sekeliling anak matanya. Seorang pengguna Sharingan akan dapat mengubahkan bentuk mata ini dengan jumlah tomoe maksimum sehingga tiga tomoe melalui latihan dan penggunaan yang terus-menerus. Apabila Sharingan mereka mengalami perubahan, kemampuan pengguna Sharingan terbabit turut meningkat seiring dengan perubahan bilangan tomoe yang dimiliki. Peningkatan keupayaan yang lain bagi Sharingan dengan tiga tomoe adalah ke dalam bentuk "Mangekyo Sharingan", yang mana ianya hanya dapat dikuasai melalui tekanan perasaan akibat kehilangan orang yang paling disayangi oleh penggunanya seperti ahli keluarga mahupun rakan karib. Bagi pengguna Sharingan yang bukan dilahirkan dalam klan Uchiha seperti Hatake Kakashi dan Shimura Danzo, mereka akan keletihan akibat penggunaan chakra yang banyak berikutan mata Sharingan milik mereka tidak boleh dinyahaktifkan. Langkah yang digunakan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menutup mata menggunakan penutup kepala seperti yang dilakukan Hatake Kakashi.

Selepas kematian Uchiha Madara dan Uchiha Obito pada Perang Dunia Shinobi Ke-4, hanya tinggal dua orang pengguna Sharingan yang diketahui masih wujud iaitu Uchiha Sasuke dan anaknya iaitu Uchiha Sarada.

Keupayaan

[sunting | sunting sumber]

Keupayaan pertama Sharingan adalah ianya dapat digunakan untuk melihat aliran chakra dalam tubuh. Pemilik Sharingan dapat memastikan sama ada seseorang itu di bawah pengaruh Genjutsu atau tidak kerana mereka dapat melihat pergerakan chakra yang kucar-kacir dalam tubuh seseorang.

Keupayaan kedua Sharingan dan dianggap paling penting adalah keupayaan yang membenarkan penggunanya memiliki daya persepsi atau ramalan, membolehkan mereka mengenal pasti genjutsu dan bentuk lain pengunaan chakra walaupun tidak sehebat pengguna Byakugan. Melalui keupayaan daya meramal ini membolehkan mereka untuk mengumpul data secara terperinci dalam tempoh yang singkat iaitu berkemampuan membaca gerak bibir atau meniru pergerakan kecil seperti meniru pergerakan menulis. Apabila keupayaan Sharingan ditingkatkan, memiliki lebih banyak tomoe, ia membolehkan penggunanya mengesan pergerakan atau tindakan sesuatu objek yang bergerak dengan kelajuan yang tinggi yang membenarkan penggunanya membaca pergerakan musuh. Meskipun mereka dapat meramal pergerakan musuh atau mengetahui musuh akan menyerang, tubuh mereka berkemungkinan masih lagi tidak dapat menangkis serangan musuh.

Keupayaan Sharingan yang ketiga merupakan keupayaan yang menakjubkan kerana ia membolehkan penggunanya mengingati sebarang teknik ikatan tangan yang pernah dilihat oleh mereka (kecuali jika teknik tersebut dihasilkan melalui kekkei genkai). Penggunanya dapat mengingati sebarang teknik Ninjutsu, Genjutsu mahupun Taijutsu dengan ketepatan yang tinggi dan menggunakannya untuk diri sendiri atau mengubahsuaikannya menjadi teknik baru milik mereka sendiri contohnya; Uchiha Sasuke yang mengubahsuai teknik Singa Berantai. Untuk melakukan jutsu yang ditiru daripada pihak musuh bukanlah suatu perkara yang mudah. Seseorang pengguna Sharingan mesti memiliki keupayaan atau skil tinggi untuk melakukannya. Contoh terbaik adalah taijutsu yang dimiliki oleh Rock Lee. Ketika Sasuke cuba untuk meniru segala pergerakan teknik taijutsu milik Rock Lee, ia telah menyebabkan beban yang berlebihan kepadanya kerana Sasuke tidak pernah melakukan latihan yang sama seperti Rock Lee. Selain tahap skil fizikal dan kekkei genkai, Sharingan juga tidak dapat meniru teknik atau jutsu yang bergantung kepada faktor luaran seperti teknik seruan "Kuchiyose" jika mereka tidak memiliki kontrak dengan makhluk atau objek seruan tersebut.

Keupayaan terakhir Sharingan adalah memberikan kesan ilusi yang unik seperti genjutsu yang mempengaruhi pergerakan atau pemikiran seseorang (seperti hipnosis) melalui perhubungan dengan mata mereka. Apabila ianya digunakan bersama keupayaan lain Sharingan, ia membolehkan penggunanya meniru atau melakukan mimik setiap pergerakan yang dilakukan oleh musuh walaupun sebelum musuh melakukan pergerakkan tersebut, memperlihatkan seperti pengguna Sharingan tersebut mampu "melihat masa depan". Pengguna Sharingan yang berkemahiran tinggi mampu menggunakan teknik hipnosis ini dengan lebih berkesan dengan memerangkap musuh ke dalam suatu bentuk ilusi. Kekuatan kesan ilusi mata Sharingan bergantung pada tahap pengetahuan dan kebolehan mereka dalam penggunaan genjutsu.

Walaupun Sharingan menggunakan chakra penggunanya ketika diaktifkan, tahap chakra yang diperlukan ketika mengaktifkan Sharingan adalah tidak terlalu banyak serta mereka boleh membiarkan mata Sharingan mereka terus diaktifkan. Sebagai contoh, Uchiha Itachi sangat mahir dengan kebolehan ini dan mampu membiarkan Sharingan miliknya sentiasa dalam keadaan aktif dan hanya menyahaktifkannya selepas menggunakan Tsukuyomi ke atas Sasuke dan ketika melarikan diri dari JIraiya menggunakan Amaterasu. Namun lain pula yang berlaku sekiranya Sharingan dipindahkan kepada seseorang yang bukan berketurunan Uchiha, kesan penggunaan chakra jelas kelihatan menyebabkan mereka terpaksa menutupnya apabila tidak digunakan untuk mengelakkan pembaziran chakra seperti yang dilakukan oleh Kakashi Hatake atau Danzo.

Pengaktifan Sharingan

[sunting | sunting sumber]
"Sharingan" milik Sasuke Uchiha ketika mempunyai dua tomoe.

Seperti yang diketahui, Sharingan hanya dapat diaktifkan di bawah pengalaman "tekanan perasaan" yang dilalui oleh seseorang klan Uchiha. Apabila dapat diaktifkan untuk pertama kali, ianya dapat digunakan aktifkan sesuka hati di waktu akan datang. Ia juga adalah tidak menjadi masalah untuk memindahkan Sharingan kepada orang lain seperti yang berlaku kepada Kakashi Hatake; di mana Kakashi menerima mata Sharingan kiri daripada Uchiha Obito. Oleh kerana itu, Sharingan milik Kakashi tidak dapat dinyahaktifkan. Penggunaan Sharingan bagi mereka yang bukan daripada keturunan klan Uchiha juga memerlukan chakra yang banyak. Oleh yang demikian, Kakashi akan sentiasa menutup mata Sharingan tersebut dengan pelindung dahi yang dipakainya untuk menjimatkan chakra. Kakashi juga memerlukan masa yang agak lama untuk mengumpul chakra setiap kali selepas menggunakan Sharingan secara berlebihan. Begitu juga yang dialami oleh Danzo di mana dia juga menggunakan kain pembalut luka untuk menutup mata Sharingan kanan yang dimilikinya daripada Uchiha Shisui. Danzo juga turut memiliki beberapa lagi Sharingan di tangan kanannya yang diperoleh dari mayat-mayat ahli klan Uchiha yang dibunuh secara beramai-ramai dengan kejam oleh Uchiha Itachi.

Pemindahan Sharingan daripada seseorang Uchiha yang masih hidup atau yang telah mati kepada Uchiha yang lain adalah satu-satunya langkah untuk mengelakkan mereka kehilangan daya penglihatan akibat penggunaan Mangekyo Sharingan yang berterusan. Pengguna Sharingan tersebut kemudiannya akan membangkitkan teknik Sharingan paling hebat iaitu mata "Mangekyou Sharingan Kekal Abadi". Hal ini terjadi kepada Uchiha Madara yang mengambil mata Mangekyou Sharingan milik adiknya Uchiha Izuna selepas matanya menjadi buta akibat terlalu kerap menggunakan kuasa Mangekyou Sharingan. Oleh yang demikian membuatkan Madara berjaya membangkitkan kuasa Mangekyou Sharingan yang lebih hebat iaitu Mangekyou Sharingan yang abadi.

  • Sesetengah watak percaya bahawa Sharingan merupakan evolusi daripada mata Byakugan yang dimiliki oleh klan Hyuga. Fakta yang sebenarnya adalah mata Sharingan sebenarnya evolusi asal kepada mata "Rinnegan" yang pertama kali dibangkitkan oleh Rikudou Sennin. Hal ini kerana Byakugan berasal daripada moyang klan Hyuga iaitu Hamura Ōtsutsuki, adik kepada Pendeta Enam Jalan iaitu Rikudou Sennin.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Mangekyōu Sharingan

[sunting | sunting sumber]

Mangekyōu Sharingan (万華鏡写輪眼, Mata Roda Karang Kledioskop) merupakan bentuk perubahan atau peningkatan kepada mata Sharingan yang asal. Ia memberikan keupayaan kepada penggunanya untuk menguasai jutsu yang lebih berkuasa dan teknik-teknik larangan. Mangekyō Sharingan memiliki perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan bentuk Sharingan asal terutamanya pada bentuk "tomoe". Berbeza dengan perubahan ke atas Sharingan asal, perubahan Mangekyō Sharingan berbeza daripada seorang pengguna kepada seorang pengguna yang lain. Itachi dan Kakashi memiliki bentuk yang roda kipas, Madara dan Izuna memiliki bentuk lebih terperinci kepada Sharingan biasa, manakal Sasuke pula memiliki bentuk seperti bintang.

Untuk mendapatkan Mangekyō Sharingan, seseorang pengguna Sharingan perlu mengalami tekanan perasaan atau emosi terhadap kehilangan seseorang yang rapat dengan mereka, kerana pengaruh pengalaman tersebut boleh digunakan untuk mengaktifkan Mangekyō Sharingan. Pengalaman melalui sejarah membuktikan, kebanyakkan ahli klan Uchiha yang memiliki Mangekyō Sharingan pernah melakukan pembunuhan sama ada ke atas ahli keluarga atau sahabat rapat mereka untuk memenuhi kriteria tersebut, namun bagaimana Kakashi mengaktifkan Mangekyō Sharingan miliknya adalah masih tanda tanya (perlu diambil perhatian bahawa, perbuatan membunuh seseorang yang rapat seperti ahli keluarga atau sahabat baik adalah tidak memadai untuk mengaktifkan Mangekyō Sharingan mereka, di mana seseorang pengguna Sharingan itu haruslah merasai perasaan kehilangan yang amat mendalam turut diperlukan seperti mana yang dialami oleh Sasuke Uchiha apabila dia mengaktifkan Mangekyō Sharingan miliknya).

melalui peredaran masa, penggunaan Mangekyō Sharingan yang berterusan akan memudaratkan daya penglihatan penggunanya hingga boleh mendatangkan kebutaan. Hanya dengan mengambil dan memindahkan mata pengguna Mangekyō Sharingan yang lain mampu mengembalikan daya penglihatan seseorang pengguna Mangekyō Sharingan yang mana kemudiannya akan mengaktifkan "Mangekyō Sharingan Kekal" (永遠の万華鏡写輪眼, Eien no Mangekyō Sharingan). Proses ini tidak hanya mengembalikan daya penglihatan penggunanya, malah akan membolehkan penggunanya memiliki kebolehan yang lebih hebat. Hanya terdapat tiga ninja yang masih hidup memiliki Mangekyō Sharingan iaitu: Madara Uchiha, Sasuke Uchiha dan Kakashi Hatake.

Variasi Mangekyō Sharingan

[sunting | sunting sumber]

Uchiha Madara adalah ninja pertama dari puak Uchiha yang berjaya mengaktifkan Mangekyō Sharingan. Mata Mangekyō Sharingan miliknya berbentuk roda karang yang mempunyai bulatan di tengah-tengahnya. Madara menjadi buta apabila menggunakan Mangekyōu Sharingan secara berlebihan. Hanya selepas mengambil mata Mangekyō Sharingan milik adiknya iaitu Uchiha Izuna, barulah Madara dapat mengembalikan penglihatannya. Tindakan ini juga membolehkannya mengaktifkan Mangekyō Sharingan Abadi yang memberikannya kebolehan yang lebih berkuasa. Mangekyō Sharingan Abadi milik Madara berbentuk hampir sama dengan bentuk asalnya namun telah disatukan dengan bentuk Mangekyō Sharingan milik adiknya Izuna Uchiha.

Madara yang menyamar sebagai Tobi, telah menunjukkan penggunaan satu jutsu yang tidak lagi diberikan nama yang membolehkannya bergerak dari satu dimensi ke satu dimensi yang lain dengan mudah dan cepat mengikut kehendaknya. Madara juga turut memiliki kebolehan untuk menjadikan tubuh badannya boleh ditembusi dan membolehkannya mengekal sebarang bentuk serangan samada serangan dari sebarang jutsu dan serangan fizikal. Madara juga turut memiliki kebolehan yang menyamai teknik Kamui yang dimiliki oleh Kakashi Hatake di mana ianya membolehkan Madara memindahkan sesuatu objek atau hidupan ke suatu tempat dan kemudian menyerunya kembali. Namun begitu, kebolehan ini tidak diketahui sama ada ianya berasal daripada kebolehan Mangekyō Sharingan Abadi miliknya. Sewaktu pertembungan Tobi dan Naruto, Naruto berjaya memecahkan topeng Tobi menggunakan Rasengan berkat perancangan Hatake Kakashi sekaligus mendedahkan kebolehan mata Sharingan yang dimiliki Tobi dimana beliau bukanlah Madara yang sebenar, sebaliknya Tobi adalah bekas rakan sepasukan Kakashi di bawah didikan Namikaze Minato iaitu Uchiha Obito.

Pada era lampau kira-kira 80 tahun sebelum Naruto dilahirkan, Madara pernah menggunakan Mangekyōu Sharingan miliknya untuk mengawal kuasa "Musang Syaitan Berekor Sembilan" (Kyubi No Yoko) seperti binatang peliharaannya. Namun begitu, kebolehan tersebut masih tidak ditunjukkan pada era Perang Dunia Shinobi Keempat.

Uchiha Izuna turut memiliki Mangekyōu Sharingan sejurus selepas abangnya berjaya mengaktifkan Mangekyōu Sharingan miliknya. Mata Izuna mengambil bentuk tiga bar panjang yang menjauhi anak matanya. Matanya kemudian diambil oleh abangnya sendiri yang ingin mengembalikan penglihatannya. Menurut cerita yang disampaikan oleh Madara, Izuna sebenarnya menawarkan diri untuk menghadiahkan mata Mangekyōu Sharingan miliknya kepada Madara untuk kepentingan klan Uchiha. Kemampuan mata Mangekyōu Sharingan Izuna tidak diketahui berikutan kematiannya di usia yang masih muda.

Uchiha Itachi berjaya mengaktifkan Mangekyōu Sharingan miliknya setelah melihat sendiri kematian rakan karibnya iaitu Uchiha Shisui yang bertindak membunuh diri selepas gagal menghalang Danzo mengambil mata kanannya. Dengan Mangekyōu Sharingan yang dimilikinya, Itachi mampu menggunakan sekurang-kurangnya tiga kebolehan Mangekyōu Sharingan (hingga setakat ini) yang mana ianya merupakan jutsu yang sangat berkuasa.

Jutsu yang pertama dinamakan Tsukuyomi, sejenis genjutsu yang sangat berkuasa yang mampu menyeksa lawannya dalam tempoh berjam-jam lamanya namun hakikatnya teknik tersebut hanya memakan masa beberapa saat sahaja. Jutsu yang kedua dinamakan Amaterasu, sejenis jutsu yang mampu menghasilkan sejenis bara api berwarna hitam yang mampu membakar semua objek (dengan memfokuskan penglihatan kepada sesuatu objek yang ingin diserang) termasuklah api biasa itu sendiri sehingga menjadi debu. Dikatakan api teknik Amaterasu ini tidak dapat dipadam sehingga sasaran menjadi debu sepenuhnya. Jutsu yang terakhir dinamakan Susanoo, sejenis jutsu yang membolehkan Itachi menghasilkan satu objek lutsinar berbentuk tulang belulang menyerupai manusia gergasi. Keupayaan ini akan mewakili Itachi sebagai ganti apabila Itachi mahu menyerang dan menjadi perisai yang mampu menahan sebarang bentuk serangan dan menjadikannya pahlawan yang kebal.

Kesemua teknik ini memerlukan penggunaan chakra yang banyak dan bukan hanya membebankan penglihatan Itachi, malah menyebabkan kesakitan kepada tubuhnya. Ketika pertarungan terakhir di antara Itachi dan Sasuke, mata Itachi turut dilihat berdarah apabila menggunakan Mangekyōu Sharingan. Itachi turut memberitahu Sasuke bahawa dia mahu mengambil mata Sasuke untuk mengembalikan daya penglihatannya dan meningkatkan kuasanya. ketika pertarungan tersebut, Zetsu menyatakan bahawa Itachi menggunakan Mangekyōu Sharingan di mata kirinya untuk menggunakan Tsukuyomi dan menggunakan Mangekyō Sharingan di mata kanannya untuk mengaktifkan Amaterasu.

Uchiha Sasuke berjaya mengaktifkan Mangekyōu Sharingan miliknya setelah kematian abangnya, Itachi. Mangekyōu Sharingan milik Sasuke berbentuk bintang berbucu enam yang kelihatan seperti lambang model atom. Tidak seperti Mangekyō Sharingan yang lain (memiliki anak mata berwarna hitam dan latar warna mata berwarna merah), Mangekyō Sharingan milik Sasuke memiliki anak mata berwarna merah dan latar warna mata yang berwarna hitam.

Kebolehan pertama Mangekyōu Sharingan milik Sasuke ialah sejenis genjutsu yang masih tidak diberikan nama yang mana ianya mampu menewaskan "kekuatan dalaman" sasarannya.

Kebolehan yang kedua adalah teknik Amaterasu yang telah diimplankan oleh Itachi sebelum kematiannya ke mata Sasuke. Pertama kali Sasuke mengaktifkan Amaterasu tanpa kesedarannya, Mangekyōu Sharingan miliknya mengambil bentuk seperti Mangekyōu Sharingan milik Itachi. Hanya selepas dia menggunakan Amaterasu dengan kebolehannya sendiri, barulah ia mengambil bentuk Mangekyōu Sharingan miliknya sendiri. Beberapa karakter menyatakan bahawa Amaterasu milik Sasuke dilihat lebih "berkuasa" berbanding Amaterasu milik Itachi kerana Sasuke bukan sahaja mampu menghasilkan api berwarna hitam menggunakan Mangekyōu Sharingan di mata kanannya, malah turut mampu memadamkannya kembali menggunakan teknik Kagutsuchi. Sasuke turut mengalami keadaan yang sama seperti Itachi apabila dia menggunakan Amaterasu. Mata kanannya dilihat berada dalam keadaan hampir berdarah dan menyebabkan penglihatannya menjadi tidak stabil.

Kebolehan yang ketiga adalah kebolehan menggunakan teknik Susanoo, di mana Sasuke mampu mengawal penjelmaan objek lutsinar berbentuk tulang belulang manusia itu dengan hanya menghasilkan bahagian-bahagian tertentu seperti bahagian tulang rusuk atau bentuk penuh pahlawan tersebut untuk menyerang. Sasuke juga dilihat mampu menggunakan genjutsu yang memiliki kesan yang menyamai Tsukuyomi milik Itachi menggunakan Mangekyōu Sharingan miliknya. Seperti Tsukuyomi milik Itachi, teknik genjutsu tersebut cukup kuat untuk mematahkan "keupayaan" sasaran dan turut mengakibatkan sasarannya menjadi lumpuh. Namun begitu, teknik tersebut tidak diberikan nama dan tidak dapat dipastikan adakah ianya memiliki persamaan dengan teknik Tsukuyomi milik Itachi.

Tidak seperti Itachi, Sasuke menggunakan Mangekyōu Sharingan di mata kiri untuk mengaktifkan Amaterasu dan menggunakan Mangekyōu Sharingan di mata kanan untuk menghasilkan genjutsu (di samping kebolehan untuk mengawal atau membatalkan api hitam hasil teknik Amaterasu).

Kakashi berjaya mengaktifkan Mangekyōu Sharingan miliknya ketika pertembungan masa siri Naruto dan Naruto Shippuden. Menggunakan Mangekyōu Sharingan miliknya, membolehkan Kakashi menggunakan teknik yang mampu mengawal ruangan dimensi yang dinamakan Kamui. Teknik tersebut membolehkan Kakashi memindahkan sesuatu objek dari satu dimensi ke satu dimensi yang lain dengan memfokuskan matanya ke arah sasaran. Serangan menggunakan teknik tersebut memerlukan usaha yang tinggi untuk memfokuskan sasaran dengan tepat dan mengakibatkan Kakashi kehilangan tenaga yang banyak dan membuatkan dia tidak dapat bergerak setelah menggunakannya sebanyak tiga kali walaupun ketika berada dalam keupayaan maksimumnya dalam sesuatu masa. Tanda tanya mengenai bagaimana Kakashi berjaya membangkitkan Mangekyōu Sharingan adalah masih tidak diketahui dan Kakashi hanya menyatakan bahawa semua orang yang rapat dengannya telah pun tiada (mati).


Bentuk Mangekyō Sharingan

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Senarai teknik Mangekyō Sharingan

Ranmaru-Kekkei Genkai

[sunting | sunting sumber]
Fail:Ranmaru kekkei genkai.jpg
Doujutsu yang dimiliki oleh Ranmaru

Ranmaru memiliki Doujutsu Kekkei Genkai yang menghampiri ciri-ciri Byakugan. Ia memilikim kebolehan penglihatan telus, mengganggu funsi asas mata kekkei genkai dan penggunaan partikel chakura yang unik. Ranmaru memiliki kebolehan melihat secara telus dinding di pondok kecilnya untuk memerhatikan kawasan luar dan menggunakan genjutsu yang mampu memperdayakan Byakugan. Kebolehan nini tidak memiliki daya tinjauan seperti Byakugan, tetapi mampu mengekang kebolehan Byakugan. Penglihatan Ranmaru juga mampu mengesan musuh dengan mengesan chakura, pergerakan chakura dari jarak yang jauh dan memerhatikan perubahan chakura seseorang individu. Ia juga mampu mengesan berapa jumlah kehadiran mereka.

Penglihatan Ranmaru memiliki persepsi dan keupayaan menganalisis yang tidak seperti Sharingan, bernakna Ranmaru boleh menganalisis sebarang maklumat yang dilihat dan meramal tindakan musuh selanjutnya. Kebolehan ini memberikan sumbangan yang besar kepada Raiga yang bertarung hebat sebagai salah seorang Tujuh Pemedang Kabus. Ranmaru juga mampu melihat sumber nyawa seseorang, membolehkan dia memastikan Raiga yang abru tewas dalam pertarungan masih bernyawa dan membolehkan dia memindahkan sedikit nyawanya kepada Raiga. Apabila diaktifkan, mata Ranmaru akan bercahaya dengan warna kemerah-merahan untuk seketika.

Dōjutsu Mata Ketiga

[sunting | sunting sumber]

Dōjutsu Mata Ketiga merupakan teknik yang dicuri oleh Hiruko menggunakan Teknik Chimera miliknya. Ciri-ciri doujutsu mata ketiga adalah mata berwarna merah dengan bentuk bulatan ditengahnya yang merupakan anak mata dengan empat garisan terkeluar darinya dan dua garisan tebal dipinggirnya. Kuasa ini dilihat mampu menguasai seseorang seperti yang berlaku kepada Kakashi. Satu tanda mucnul di dahi Kakashi sebelum hilang, dan kemuadian tubuh Kakashi dikuasai. Mata sasaran yang dikuasai akan bertukar menjadi warna kemerah-merahan.

  • Klasifikasi: Kekkai Genkai, Dōjutsu
  • Bentuk Jutsu: Serangan, Pertahanan
  • Jarak Berkesan: Jauh
  • Pengguna: Hiruko (Ninja Pelarian)

Dōjutsu tidak diketahui

[sunting | sunting sumber]

Dalam "Naruto Shippūden the Movie", seorang sami daripada Negara Puaka bernama Shion memiliki kebolehan untuk meramalkan kematian seseorang. Apabila Shion mendapat ramalan akan kematian seseorang, matanya akan berubah kepada bentuk bunga dimana ianya mungkin sejenis Dōjutsu yang masih belum diketahui.

Templat:Endspoiler

Inspirasi

[sunting | sunting sumber]

Konsep Dōjutsu berkemungkinan diambil dari inspirasi novel oleh Futaro Yamada pada tahun 1959 bertajuk "The Kōga Ninja Scrolls" (甲賀忍法帖, Kōga Ninpōchō) di mana ianya membabitkan dua klan ninja yang berperang mempunyai waris yang masing-masing memiliki kebolehan mutasi dōjutsu yang misteri.

  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Ketiga (者の書 ~ The People's Scroll, Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.