Pergi ke kandungan

Keluarga Uchiha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Uchiha)

Keluarga Uchiha pernah diiktiraf sebagai keluarga terkuat di Konoha dan pakar mengendalikan jurus berelemen api seperti Katon: Gōkakyū no Jutsu, 火遁・豪火球の術 (Elemen Api: Jurus Bebola Api) dan Katon: Hōsenka no Jutsu, 火遁・鳳仙火の術 (Elemen Api: Jurus Api Kenyalang Abadi). Ahli keluarga Uchiha memiliki kekkei genkai Sharingan yang membenarkan mereka menghafal dan meniru ninjutsu, taijutsu dan genjutsu pihak lawan.

Templat:Spoiler Dikatakan salah satu daripada nenek moyang Uchiha mengasaskan Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha dan majoriti ahli organisasi tersebut merangkumi ahli keluarga Uchiha. Pada masa kini, hanya dua orang ahli keluarga yang masih hidup - Uchiha Itachi dan Uchiha Sasuke. Hal ini kerana Itachi telah membunuh kesemua ahli keluarganya ketika dia berumur 13 tahun untuk menguji keupayaanya. Dia melepaskan Sasuke, adiknya atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Itachi memberitahu Sasuke bahawa Sharingan Uchiha mempunyai tujuan yang misteri dan masih belum diketahui.

Senarai nama kaum Uchiha yang diketahui

[sunting | sunting sumber]

Uchiha Fugaku

[sunting | sunting sumber]
Fail:Uchiha Fugaku.png
Uchiha Fuyaku

Merupakan ayah kepada Uchiha Sasuke dan Uchiha Itachi serta suami kepada Uchiha Mikoto. Dia merupakan kapten kepada Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha. Dia selalu mendesak Itachi agar mengutamakan keluarga Uchiha dan menunjukkan contoh yang baik kerana Itachi ialah tulang belakang yang menyokong keluarga tersebut. Hubungan mereka berdua mula bertambah tegang dan Itachi kemudiannya berpendapat bahawa keluarganya tidak membenarkan Itachi menunjukkan potensi sebenarnya melalui peraturan-peraturan. Fugaku sendiri mengakui bahawa dia langsung tidak memahami anak sulungnya. Dia selalu menyisihkan Sasuke tetapi isterinya meyakinkan Sasuke bahawa Fugaku sebenarnya berasa bangga akan anak bongsunya menyebabkan dia berasa segan di hadapan Sasuke. Fugaku kemudiannya berasa sangat runsing apabila memikirkan perangai Itachi kerana dia semakin bersikap antisosial. Fugaku memesan Sasuke agar tidak mengikuti jejak abangnya. Selepas peristiwa ini, dia sanggup dibunuh oleh Itachi demi melindungi Kampung Konoha.

Uchiha Inabi

[sunting | sunting sumber]

Merupakan bekas ahli Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha. Dia menyoal Itachi tentang kes bunuh diri yang melibatkan Uchiha Shisui. Dia kemudiannya dibunuh oleh Itachi.

Uchiha Itachi

[sunting | sunting sumber]
Uchiha Itachi

Merupakan ninja buruan pangkat-S dari Konoha dan dimasukkan ke dalam buku bingo (senarai nama ninja-ninja pangkat-S yang telah melakukan kesalahan dan harus dibunuh). Sebagai ahli Akatsuki, dia berpasangan dengan Kisame untuk menangkap Naruto bagi memperoleh Kyuubi. Tidak seperti duo lain di dalam Akatsuki, Itachi dan Kisame dapat berkomunikasi dengan baik.

Itachi tamat pengajian dengan cemerlangnya pada usia 7 tahun, menguasai Sharingan pda usia 8 tahun, menjadi Chunin pada usia 10 tahun dan menjadi ketua pasukan ANBU pada usia 13 tahun. Itachi dilihat sebagai salah seorang ninja terhebat sejak era Uchiha Madara dalam keluarga Uchiha. Ayahnya yang suka mengambil tahu tentang kerjaya anak sulungnya selalu mengatakan bahawa Itachi bertindak sebagai individu yang menghubungkan keluarga Uchiha kepada Konoha.

Disebabkan perhatian yang diberikan ayah Itachi begitu mendalam terhadapnya, ayahnya sering menyisihkan anak bongsunya, Uchiha Sasuke. Meskipun sibuk dengan tugasan dan misi, Itachi tetap cuba untuk meluangkan waktu membimbing dan menemani Sasuke, malah menghadiri majlis pendaftaran rasmi Sasuke ke Akademi Ninja yang memerlukan kehadiran seorang wakil penjaga. Apabila Itachi memaklumkan hal ini kepada ayahnya, tempat Itachi di majlis tersebut diganti oleh Fugaku,

Selepas kes bunuh diri Uchiha Shisui yang merupakan sahabat karib Itachi, tiga orang ahli keluarga Uchiha telah pergi berjumpa dengan Itachi untuk mengetahui perkara sebenar yang telah berlaku. Mereka bertiga telah mengesyaki bahawa Itachi telah membunuh Shisui (maka menjelaskan bahawa Shisui tidak membunuh diri) kerana situasi dan wasiat yang ditinggalkan oleh Shisui dilihat seperti satu rekaan. Salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa Itachi mula bersikap pelik selepas menganggotai Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha selama setengah tahun. Selepas diugut oleh salah seorang daripada mereka, Itachi bertindak menyerang dan mengalahkan mereka dengan pantas tanpa sebarang masalah. Mereka kemudiannya mendedahkan bahawa Shisui telah ditugaskan untuk memerhatikan gerak geri Itachi. Apabila ayahnya masuk campur dalam hal ini, Itachi mengatakan bahawa dia telah hilang keyakinan terhadap keluarga klan Uchiha yang dianggap lemah dan memalukan ini. Tetapi, dia masih memohon maaf atas perbuatannya selepas diminta untuk berhenti oleh Sasuke.

Tidak lama selepas peristiwa tersebut, semua ahli keluarga klan Uchiha dibunuh oleh Itachi kecuali Sasuke yang berada di Akademi pada masa pembunuhan. Apabila Sasuke pulang ke rumahnya, dia mendapati semua orang telah mati dan menjumpai abangnya di sisi mayat ibu bapa mereka. Apabila Sasuke bertanya tentang motif pembunuhan ini, Itachi menjawab, "Untuk menguji sejauh mana keupayaanku." Dia mendedahkan bahawa selama ini, dia memainkan peranan sebagai abang yang penyayang hanya untuk menguji kebolehan Sasuke. Itachi juga mengaku bahawa dialah yang telah membunuh Shisui untuk bagi memperoleh Mangekyo Sharingan. Sebelum meninggalkan Konoha, dia memberitahu Sasuke bahawa Sasuke tidak layak untuk dibunuh dan jika Sasuke mahu membunuhnya, dia harus membencinya dan memperoleh Mangekyo Sharingan.

Itachi banyak menggunakan ninjutsu dan genjutsu dalam pertarungan yang dibantu oleh Mangekyo Sharingan. Sharingan istimewanya membolehkan Itachi menggunakan Amaterasu, 天照 (Sinaran Syurga). Dia juga boleh mengendalikan gerakan tangan yang diperlukan dalam ninjutsu dengan kelajuan yang tinggi sehingga tidak dapat diikut oleh pengguna Sharingan lain. Itachi juga kebal terhadap genjutsu kerana dengan menggunakan Sharingan, dia hanya perlu meniru dan menggunakan teknik genjutsu lawan terhadap pihak lawannya semula. Dengan Mangekyo Sharingan, Itachi boleh menggunakan Tsukuyomi, 月読 (Peniru Bulan). Dengan jurus ini, Itachi boleh menyeksa mangsa selama beberapa hari walaupun sebenarnya hanya beberapa saat berlalu di dunia nyata. Terdapat cara untuk tidak terjerumus ke dalam jurus berbahaya tersebut iaitu dengan mengelakkan dari memandang mata Itachi dan fokus pada gerakan kakinya seperti yang dikatakan oleh Gai dan Kakashi. Tetapi, Itachi masih boleh memerangkap seseorang dalam genjutsu dengan hanya menunjukkan jarinya. Tambahan lagi, Itachi boleh menggunakan Susanoo (須佐能乎) iaitu mencipta raksasa yang melindunginya. Itachi sememangnya tak pernah berniat untuk membunuh ahli keluarganya dan ahli klan Uchiha yang lain tetapi dia bertindak atas arahan oleh Danzóu kerana keluarga Uchiha dikatakan mempunyai niat yang jahat dan niat ini hanya diketahui oleh Hokage Ketiga. Demi menyelamatkan keamanan kampung Konoha, Itachi terpaksa membunuh keluarganya sendiri. Walaupun Itachi memiliki banyak peluang untuk membunuh Sasuke ketika mereka bertarung tetapi Itachi sengaja melepaskan peluang tersebut kerana dia mahu Sasuke membunuhnya. Hal ini demikian kerana dia mahu Sasuke dianggap sebagai wira kepada keluarga klan Uchiha kerana telah dapat membunuh pembunuh yg membunuh kesemua ahli klan Uchiha. Dalam saat-saat terakhir Itachi sebelum mati, dia memberikan kuasa mata Sharingan miliknya kepada Sasuke. Menurut Masashi Kishimoto, Itachi merupakan watak yang paling diminatinya, berbanding watak-watak yang lain.

Uchiha Madara

[sunting | sunting sumber]
Uchiha Madara

Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menggunakan genjutsu terhadap Kyuubi untuk menyerang Konoha. Dia dikenali oleh Kyuubi yang pernah mengatakan kepada Uzumaki Naruto bahawa chakra Madara lebih 'terkutuk' daripada chakra yang dimilikinya dan kini, Uchiha Sasuke juga memiliki chakra sedemikian.

Selain itu, Madara juga memiliki kekuatan Sharingan yang abadi (jauh lebih kuat dari Mangekyou Sharingan ), berikutan dia adalah ketua klan Uchiha, Sharingan Madara adalah yang paling kuat kerana dia telah membunuh adiknya sendiri untuk menggabungkan Mangekyou Sharingan miliknya dengan adiknya. Hasilnya beliau berjaya mendapat Sharingan yang paling berkuasa iaitu Mangekyou Sharingan abadi. Beliau bersama Hokage Pertama iaitu ketua klan Senju bersama-sama membangunkan kampung Konoha. Madara berubah selepas dihimpit tekanan yang diterima oleh orang-orang di sekitarnya lalu mengakibatkan mata Mangekyou Sharingan abadi miliknya menjadi buta dan dia bertindak meninggalkan kampung Konoha. Dalam pertarungan sengit antara Hashirama dengan Madara, akhirnya buat pertama kali Madara tewas didalam hidupnya.

Diketahui bahawa Madara yang telah menyelamatkan Obito dari kematian. Sebelum kematiannya, Madara memberitahu Obito tentang rancangan Madara untuk menggunakan genjutsu kepada semua manusia di dunia shinobi menerusi mata raksasa berekor Juubi (berekor sepuluh) kemudian masuk didalam dunia khayalan yang diciptakan oleh Madara. Ketika terjadi Perang Dunia Shinobi Ke-4, Madara dihidupkan semula oleh Kabuto Yakushi dengan menggunakan Teknik Edo Tensei. Madara menggunakan Rinnegan yang dibangkitkan menggunakan sel Hashirama untuk menentang Shinobi Bersekutu ketika perang shinobi.

Apabila Obito ditewaskan oleh Naruto, Madara menggunakan pelan B iaitu menjadikan dirinya sebagai jinchuriki Juubi. Madara bertindak mengarahkan Zetsu Hitam mengawal jasad Obito untuk menggunakan teknik Rinne Tensei kepada Madara dan akhirnya jasad Edo Tensei milik Madara menjadi seperti dihidupkan kembali. Seterusnya, Madara bertindak mengambil chakra Senjutsu didalam badan Hashirama untuk memperkuatkan chakra miliknya. Selepas mendapatkan kembali mata Rinnegan yang diambil Zetsu Putih daripada Obito, Madara menggunakan teknik Kuchiyose untuk memanggil patung Gedo Mazou bangkit daripada badan Obito. Kelebihan mata kanan Madara ialah Madara mampu menggunakan teknik Rinbo Hengoku iaitu sejenis rantai yang boleh menangkap Naruto dalam bentuk chakra bijuu dan raksasa bijuu yang lain untuk dikunci kedalam patung Mazo bagi tujuan mewujudkan raksasa Juubi.

Uchiha Mikoto

[sunting | sunting sumber]
Fail:Uchiha Mikoto.png
Uchiha Mikoto

Merupakan ibu kepada Uchiha Itachi dan Uchiha Sasuke serta isteri kepada Uchiha Fugaku. Dia menyayangi kedua orang anaknya dan sering menyatakan bahawa apabila dia dan suaminya bersendirian di rumah, mereka selalu berbincang tentang masa depan anak-anaknya. Dia kemudiannya dibunuh oleh Itachi.

Uchiha Obito

[sunting | sunting sumber]
Uchiha Obito

Merupakan bekas ninja Chunin Konoha. Dia merupakan rakan sepasukan Hatake Kakashi dan Nohara Rin di bawah bimbingan Hokage Keempat. Obito cuba membuktikan kekuatannya kepada Kakashi. Obito juga menyukai Rin secara diam-diam.

Dalam misi sabotaj yang ditugaskan kepada pasukannya, Rin telah diculik oleh ninja lawan. Kakashi bertekad untuk meneruskan misi dan yakin bahawa musuh tidak akan membunuh Rin buat sementara waktu. Obito tidak mempercayai Kakashi dan cuba untuk menyelamatkan Rin bersendirian. Obito juga mengatakan bahawa ayah Kakashi, Hatake Sakumo telah membuat keputusan yang betul dengan mengutamakan nyawa rakan-rakan seperjuangannya daripada kejayaan misi. Kakashi kemudiannya memutuskan untuk membantu Obito menyelamatkan Rin. Demi melindungi Kakashi yang mengalami kecederaan parah di bahagian mata akibat serangan oleh pihak musuh, Obito berjaya membangkitkan Sharingan miliknya sekaligus membuktikan kekuatannya kepada Kakashi. Selepas menyelamatkan Rin, seorangan ninja Iwagakure menggunakan teknik Doton: Retsudotenshō, 土遁・裂土転掌 {Elemen Tanah: Rekahan Bumi di Sekitar Tapak Tangan) untuk mengebumikan mereka bertiga hidup-hidup. Serangan ini nyaris meragut nyawa Kakashi tetapi Obito bertindak mengorbankan dirinya dan menolak Kakashi bagi menyelamatkan nyawa rakannya. Obito tahu bahawa dirinya akan mati tidak lama lagi selepas dirinya dihimpap oleh batu yang besar. Maka, dia memberikan Sharingannya kepada Kakashi supaya Kakashi boleh menewaskan pihak musuh dan menyelamatkan Rin. Rin, seorang ninja perubatan memindahkan mata Sharingan Obito ke dalam soket mata kiri Kakashi. Maka, Sharingan Kakashi mula diaktifkan. Obito mati dan perkara terakhir yang terlintas di fikirannya adalah berkenaan keselamatan Kakashi dan Rin. Dia berhasrat untuk meluangkan lebih banyak masa bersama mereka berdua. Nama Obito kemudiannya terpahat pada monumen di Konoha yang mengenang nama shinobi yang terkorban semasa melaksanakan misi. Kakashi melawat monumen ini setiap hari demi Obito dan menyebabkannya selalu lewat ke sebarang perjumpaan, menyamai perangai buruk yang diwarisi daripada Obito. Kakashi juga sering mengulang kata-kata Obito iaitu "Dalam dunia ninja, mereka yang tidak mengikuti peraturan adalah sampah tetapi mereka yang tidak melindungi rakan seperjuangannya adalah lebih teruk daripada sampah."

Dalam Perang Dunia Ninja Ke-4, identiti ninja bertopeng yang bernama Tobi yang selama ini menjadi misteri akhirnya berjaya didedahkan. Dia sebenarnya adalah Uchiha Obito. Sewaktu berdepan dengan shinobi Iwa, dia sebenarnya telah diselamatkan dari runtuhan batu oleh seorang ninja legenda dari klan Uchiha iaitu Uchiha Madara, juga pengasas Konoha. Dan dia telah dijadikan alat oleh Madara untuk memulakan rancangan 'Mugen Tsukuyomi' (Tsukuyomi Tanpa Batasan).

Uchiha Sasuke

[sunting | sunting sumber]

Lihat rencana utama Uchiha Sasuke.

Uchiha Shisui

[sunting | sunting sumber]
Uchiha Shisui

Memiliki kebolehan menguasai teknik Shunshin no Jutsu, 瞬身の術 (Translasi Tubuh) dan salah seorang ninja berbakat dalam klan Uchiha. Uchiha Shisui ialah sahabat karib kepada Uchiha Itachi. Malah, Itachi menganggap Shisui sebagai abangnya. Dia dijumpai lemas di sungai dan dianggap membunuh diri. Tetapi, Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha percaya bahawa Shisui telah dibunuh. Shisui juga ditugaskan untuk mengintip gerak geri Itachi yang mula berkelakuan pelik dari hari ke hari. Itachi mengaku kepada Sasuke bahawa dialah yang telah membunuh Shisui untuk memperoleh Mangekyo Sharingan walaupun hakikatnya Shisui sendiri yang telah merancang kematian dirinya ekoran tindakan Danzo Shimura yang telah mengambil mata kanan Shisui bagi menghalang pemberotakan oleh klan Uchiha.

Uchiha Tekka

[sunting | sunting sumber]

Merupakan bekas ahli Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha. Dia menyoal Itachi tentang kes bunuh diri yang melibatkan Uchiha Shisui bersama-sama dengan Uchiha Yashiro dan Uchiha Inabi. Dia kemudiannya dibunuh oleh Itachi.

Uchiha Teyaki

[sunting | sunting sumber]

Merupakan tuan punya 'Kedai Biskut Beras Manis Uchiha'. DIa ialah suami kepada Uchiha Uruchi. Dia juga merupakan saudara kepada Uchiha Fugaku dan bapa saudara kepada Uchiha Sasuke dan Uchiha Itachi. Dia kemudiannya dibunuh oleh Itachi.

Uchiha Uruichi

[sunting | sunting sumber]

Merupakan pembantu di 'Kedai Biskut Beras Manis Uchiha' dan isteri kepada Uchiha Teyaki. Juga merupakan ibu saudara kepada Itachi dan Sasuke. Dia telah memuji bakat Itachi sebelum peristiwa pembunuhan keluarga Uchiha oleh Itachi.

Uchiha Yashiro

[sunting | sunting sumber]

Merupakan bekas ahli Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha. Dia menyoal Itachi tentang kes bunuh diri yang melibatkan Uchiha Shisui bersama-sama dengan Uchiha Tekka dan Uchiha Inabi. Dia kemudiannya dibunuh oleh Itachi. Sehingga kini, dia merupakan satu-satunya ahli keluarga Uchiha yang tidak berambut hitam. Tetapi, hal ini mungkin dipengaruhi oleh faktor usia.

  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.