Butch Hartman
Butch Hartman | |
---|---|
Kelahiran | Elmer Earl Hartman IV 10 Januari 1965 |
Pendidikan | Anchor Bay High School |
Pusat pendidikan | Institut Kesenian California |
Pekerjaan | Juruanimasi, pengarah, penulis, pelakon, penerbit, pelakon suara, voice actor |
Tahun aktif | 1986–kini |
Karya terkenal | The Fairly OddParents, T.U.F.F. Puppy, Danny Phantom, Bunsen Is a Beast |
Pasangan | Julieann Hartman (m. 1992) |
Anak-anak | 2 |
Butch Hartman (lahir Elmer Earl Hartman IV; 10 Januari tahun 1965) adalah pencipta siri animasi Amerika Syarikat rangkaian Nickelodeon iaitu The Fairly OddParents dan Danny Phantom.
Zaman Kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]Butch Hartman dilahirkan di Highland Park, Michigan kepada pasangan Elmer Earl Hartman III dan Carol Davis. Beliau diberi nama samaran “Butch” semasa beliau kanak-kanak dan beliau masih menggunakan nama tersebut dengan profesional sebagai seorang dewasa. Butch menghabiskan zaman kanak-kanak beliau di Roseville, Michigan dan zaman remaja beliau di New Baltimore, Michigan. Beliau menerima ijazah dari Sekolah Tinggi Anchor Bay yang terletak di New Baltimore pada tahun 1983. Beliau selalu menghadiri Perbadanan Seni California di Valencia, California.
Kerjaya Awal
[sunting | sunting sumber]Hartman memasuki bidang kartun pada tahun 1986, My Little Pony adalah antara kerja yang pertama beliau diikuti dengan It's Punky Brewster. Pada tahun 1990, beliau memasuki Dic Entertainment, dimana beliau bekerja dengan kartun Adventures of Sonic the Hedgehog, Captain N: The Game Master dan Gadget Boy. Kemudian, beliau menjadi penulis skrip, pengarah dan storyboard artist untuk beberapa rancangan Cartoon Network, iaitu Dexter's Laboratory, Cow and Chicken, dan Johnny Bravo.
The Fairly OddParents dan Danny Phantom
[sunting | sunting sumber]Kejayaan terbesar beliau tiba pada tahun 1997 apabila bila beliau mencipta The Fairly OddParents (yang beliau membuat suara watak juga). Ia sebenarnya adalah beberapa kartun pendek kepada rancangan antologi Oh Yeah! Cartoons. Nickelodeon mengambilnya sebagai sebuah siri yang penuh. The Fairly OddParents menjadi popular di tempat kedua selepas SpongeBob SquarePants. Disebabkan oleh siri ‘OddParents’, Butch mencipta kartun yang lain untuk Nickelodeon, iaitu Danny Phantom pada tahun 2004. Kedua-dua rancangan tersebut akan dihentikan pengeluaran pada sekitar tahun 2006 dan 2007. Walau bagaimanapun, banyak peminat The Fairly OddParents dan Danny Phantom telah membuat surat rayuan beramai-ramai untuk menyelamatkan kedua-dua rancangan tersebut.
Doogal
[sunting | sunting sumber]Beliau juga pernah menjadi penerbit eksekutif dan penulis untuk rancangan Doogal, iaitu filem Franco-British The Magic Roundabout yang telah dialih suara oleh Syarikat Weinstein yang berpejabat di Amerika Syarikat. Filem tersebut ditayangkan pada 24 Februari 2006. Bagaimanapun, Doogal mendapat keuntungan kasar 7 juta dollar dan mendapat 7% untuk Rotten Tomatoes.[1]
Masa depan dan Lain-lain
[sunting | sunting sumber]Butch sedang menjalani dua projek untuk Nickelodeon, iaitu sebuah siri “live action” dan sebuah kartun.
Kerja lain beliau termasuklah menyuarakan beberapa watak pada kartun Family Guy dan memainkan watak Sean Masters pada siri yang berjangka hayat pendek Generations pada tahun 1991.
Sekarang beliau menetap di Bell Canyon, California dengan isteri beliau, Julieann dan dua orang anak, iaitu Carly dan Sophia.
Trivia
[sunting | sunting sumber]- Beliau dahulunya menetap di Encino, California semasa pembunuhan Phil Hartman, iaitu kira-kira 5 batu dari rumah beliau. Kedua-dua orang tersebut tidak ada talian persaudaraan.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Judul | Peran | Catatan |
---|---|---|---|
1986 | An American Tail | In between artist | |
1992 | California Hot Wax | Eddie | |
1995 | Pocahontas | Video reference cast | |
1997 | Annabelle's Wish | Storyboard artist Direct-to-video film | |
1998 | Adventures in Odyssey: Baby Daze | Storyboard artist | |
Adventures in Odyssey: A Stranger Among Us | Storyboard artist | ||
2004 | Channel Chasers | Animator for "Channel 297" scene | |
2005 | The Magic Roundabout | Writer: United States screenplay | |
2011 | A Fairly Odd Movie: Grow Up, Timmy Turner! | Waiter | Writer: series and characters |
2012 | A Fairly Odd Christmas | Christmas caroler | Writer: series and characters |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Judul | Peran | Catatan |
---|---|---|---|
1985–1986 | It's Punky Brewster | Models | |
1987 | Growing Pains | Robert Jordan | Episode 3.5: "Michaelgate" |
1988 | Just the Ten of Us | Rod Grossman | Episode 1.4: "Close Encounters" |
Police Academy | Models | ||
1988–1989 | Days of Our Lives | Henry Jake |
|
1989 | Dink, the Little Dinosaur | Storyboard artist | |
1990 | Piggsburg Pigs! | Key model designer | |
1991–1993 | Tom & Jerry Kids | character designer | |
1993 | Droopy, Master Detective | Designer | |
1995 | The Cartoon Cartoon Show | Creator: "Pfish & Chip" and "Gramps" | |
1996–1997 | Dexter's Laboratory | Storyboard artist/background designer/layout artist | |
1997–1999 | Johnny Bravo | Writer/director | |
1997 | Cow & Chicken | Models | |
1997 | I Am Weasel | Models | |
1998 | The Powerpuff Girls | Storyboard artist/layout artist | |
1998–2001 | Oh Yeah! Cartoons | Creator: "The Fairly OddParents" and "Dan Danger", director/storyboard artist: "Zoomates" | |
1999–2002 | Family Guy | Additional voices | |
2001–present | The Fairly OddParents | Dr. Rip Studwell | Creator/executive producer |
2003 | Pet Star | Judge | Episode 1.11 |
2004–2007 | Danny Phantom | Creator/executive producer | |
2010–present | T.U.F.F. Puppy | Agent Weaselman Agent Rodentski |
Creator/executive producer |
2013 | Big Time Rush | Guest star |