Pergi ke kandungan

Burung Murai Batu Siul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Burung Murai Batu Siul
frames
Pengelasan saintifik
Burung Murai Batu Siul di Jayanti di Peliharaan Harimau Buxa di daerah Jalpaiguri Bengal Barat, India.

Burung Murai Batu Siul adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Myophonus caeruleus.[1]

Burung Murai Batu Siul (Myophonus caeruleus) merupakan spesies burung siul dalam keluarga Turdidae. Burung Murai Batu Siul memiliki berat 178 gram (6.3 oz) dan sepanjang 33 cm (13 inci), dan dipercayai spesies burung siul terbesar di dunia. Makanan utamanya adalah serangga.[2]

Burung Murai Batu Siul terdapat di Afghanistan, Bangladesh, Bhutan, Kemboja, China, India, Indonesia, Kazakhstan, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Pakistan, Tajikistan, Thailand, Turkmenistan, dan Vietnam. Habitat semulajadinya adalah hutan serdahana dan separa-tropika atau hutan montane tropika lembab.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Burung Murai Batu Siul ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Murai Batu Siul adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Murai Batu Siul tidak bergigi.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Burung Murai Batu Siul membiak dengan bertelur. Telur Burung Murai Batu Siul bercangkerang keras.

  1. ^ "MURAI TIONG BATU Malayan Whistling Thrush FAMILI: Turdidae" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-01-07. Dicapai pada 2012-01-08.
  2. ^ Astley, HD (1903). "The Blue Whistling Thrush Myiophoneus temmincki". Avicultural Magazine. 1 (6): 196–201.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]



Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Templat:Turdidae-stub