Lelayang pokok berjambul kelabu (burung)
Lelayang pokok berjambul kelabu | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Apodiformes |
Keluarga: | Hemiprocnidae |
Genus: | Hemiprocne |
Spesies: | H. longipennis
|
Nama binomial | |
Hemiprocne longipennis (Rafinesque, 1802)
|
Lelayang pokok berjambul kelabu (Hemiprocne longipennis) ialah spesies burung dalam keluarga Hemiprocnidae. Seperti ahli Hemiprocnidae yang lain, spesies tersebut berkait rapat dengan lelayang sungguh, tetapi tidak seperti lelayang sungguh, lelayang pokok bersifat arboreal, sering dilihat bertengger di atas pokok dan talian penghantaran kuasa tegangan tinggi, dan pada pilon. Ketika bertengger, hujung sayapnya berlintangan ekornya. Spesies tersebut biasanya ditemui di semenanjung Malaysia, tetapi mempunyai julat yang sangat besar dengan maklumat terhad tentang trend populasinya.[1][2]
Pemerihalan
[sunting | sunting sumber]Jantan dewasa mempunyai leher dan dada kelabu gelap yang menyerlah, bertentangan dengan perut putihnya. Bulu susup telinganya berwarna merah-jingga/berangan kusam. Betina dewasa tidak mempunyai warna merah-jingga/berangan kusam pada bulu susup telinganya. Ketika bertengger, hujung sayapnya berlintangan ekornya. Kedua-dua jantina mempunyai kilauan kehijauan pada bahagian atasnya.[2]
Pengagihan
[sunting | sunting sumber]Ia ditemui di Brunei, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, dan Thailand. Habitat semulajadinya ialah hutan tanah pamah lembap subtropika atau tropika, hutan bakau subtropika atau tropika, dan hutan pergunungan lembap subtropika atau tropika.[2]
Ekologi dan tingkah laku
[sunting | sunting sumber]Ia kekadang menangkap serangga dalam penerbangan dengan menyerang dari tenggerannya. Ia membina sarang pada dahan pokok. Sarangnya berbentuk separuh piring diperbuat daripada air liur mengeras yang diselangi dengan pelepah, lumut, dan/atau kepingan kulit pokok. Sebiji telur tunggal dilaporkan dilekatkan pada permukaan sarang dengan air liur. Disebabkan oleh sifat rapuh sarangnya, ia hanya dilekatkan pada satu sisi ke dahan. Oleh itu, induknya tidak duduk terus di sarang untuk pengeraman.[3] Begitu juga, induknya dilaporkan mengeram dengan bertengger di dahan atas sarangnya dan mengembangkan bulu dada untuk melitupinya.[4]
Kedua-dua jantina membantu mengeram telur. Semasa peralihan induk penjaga, pengganti tersebut hinggap berhampiran pengeram dan meluncur dengan berhati-hati di atas sarang.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b BirdLife International (2016). "Hemiprocne longipennis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22686894A93129985. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22686894A93129985.en. Dicapai pada 12 November 2021.
- ^ a b c Jeyarajasingam. A. and Pearson. A. 2012. A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore. Oxford University press
- ^ Chantler, P. (2000). Swifts. A guide to the swifts and treeswifts of the world. New Haven & London: Yale University Press. (2nd ed.)
- ^ Gibson-Hill, C. A. (1950). A note on the Crested Tree-swift. Malayan Nature Journal, 5: 5-8.
- ^ ^http://www.besgroup.org/2007/07/30/nesting-of-grey-rumped-treeswift/