Pergi ke kandungan

Burung Belatuk Awan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Burung Belatuk Awan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
M. tristis
Nama binomial
Meiglyptes tristis
(Horsfield, 1821)


Burung Belatuk Awan atau juga dikenali sebagai Burung Belatuk Tonggek atau Burung Caladi Batu merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Meiglyptes tristis.[2] Ia merupakan spesies burung dalam keluarga Picidae. Ia terdapat di Brunei, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Singapore, dan Thailand. Habitat semulajadinya adalah kawasan hutan kering separa tropika atau tropika atau hutan tanah rendah lembab tropika.


Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Burung Belatuk Awan ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung Belatuk Awan mempunyai paruh tanpa gigi.

Jantung Burung Belatuk Awan terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Musim pembiakan burung Belatuk Awan di Malaysia adalah sekitar dari bulan Mac sehingga bulan April. Burung Belatuk Awan biasanya akan membuat sarang pada lubang di batang pokok dengan ketinggian sekitar 1.5 sehingga 15 meter dari aras tanah. Burung Belatuk Awan betina mampu menghasilkan dua biji telur yang bewarna putih setiap kali bertelor.

  • ^ BirdLife International (2012). "Meiglyptes tristis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)
  • ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-01-05. Dicapai pada 2011-11-07.
  • Pautan luar

    [sunting | sunting sumber]


    Senarai burung Burung merpati
    A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z