Pergi ke kandungan

Bungkar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

BUNGKAR - PAHLAWAN DUSUN TAMBUNAN

[sunting | sunting sumber]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Sejarah lembah Tambunan tidak dapat mengenepikan sumbangan seorang pahlawan Dusun bernama Bungkar. Tarikh kelahiran Bungkar tidak dapat ditentukan secara tepat tetapi hanya dapat dianganggar pada tahun 1830an berdasarkan suatu peristiwa besar yang mempunyai kesan global, iaitu peledakan/meletusnya gunung berapi Krakatoa di Indonesia pada tahun 1886, dan kematian anaknya Oroyok, berumur 114 tahun[perlu rujukan], seorang "bobolian", pada tahun 1978. Bapanya yang bernama Gubou adalah seorang pemburu-pemerangkap binatang hutan. Keluarga Bungkar juga mengamalkan cucuk-tanam secara "vegeculture"[1]. Amalan penanaman padi di sawah atau di bukit, belum diperkenalkan atau sampai ke kawasan pedalaman dan mereka hanya menanam ubi kayu, keladi dan ubi manis sebagai makanan asas. Amalan bercucuk tanam secara vegeculture memang sesuai cara hidup mereka yang separuh-nomadik kerana kegiatan ini tidak memerlukan penyimpanan benih dan hasil yang rumit seperti pembinaan setor.

Tempat kelahiran Bungkar adalah di Pahu, suatu perkampungan di atas pergunungan Banjaran Gunung Trus Madi-Gunung kinabalu, di pinggir ulu sungai Liwagu Kogibangan (bererti cabang kiri). Nenek moyang Bungkar, mungkin 4 generasi yang lampau, telah keluar dari Nunuk Ragang dalam gelombang migrasi besar-besaran suku kaum Dusun akibat apa yang disebut Tekanan Minorit. Kedua-dua Gubou dan isterinya, Konditim, adalah dari suku Liwan dalam bangsa Dusun.

Perubahan Minda

[sunting | sunting sumber]

Pada waktu umurnya 14 tahun, Bungkar mengalami beberapa perubahan minda. Pertama, Bungkar melihat di sekelilingnya gelombang migrasi dari Nunuk Ragang masih giat berlaku dan sub-suku Tagahas, juga salahsatu suku dalam bangsa Dusun, sangat aggresif dan selalu berusaha, kadang-kadang mengunakan kekerasan sehinggah ada jiwa terkorban, untuk merebut kawasan penempatan suku-suku yang lain. Bungkar menyadari bahawa ia memerlukan kemahiran untuk melindungi kaum keluarga dan sukunya. Bungkar mengambil keputusan untuk pergi ke kampung Sayap, dalam wilayah Kota Belud. Sayap, yang letaknya berhampiran Gunung Kinabalu adalah tempat untuk semua kaum lelaki yang berminat belajar ilmu yang disebut "Kuntau", kuasa ghaib dan bertafakur pada zaman dahulu kala. Di Sayap terdapat guru-guru yang datang dari berbagai latarbelakang seperti Jawa, Bugis dan Brunei. Dalam perjalanannya ke Sayap, Bungkar berpeluang melihat kawasan Kota Belud, terutama sekali kawasan penanaman padi sawah yang luas yang sedang dimajukan oleh Dusun Tempasuk. [2]. Bungkar juga sempat melihat bagaimana padi yang dihasilkan boleh ditukar secara dagang dengan keperluan asas iaitu garam dan ikan kering, komoditi-komoditi yang sangat sukar diperolehi di bahagian pedalaman seperti kampung Pahu.

Panggilan Lembah

[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar ilmu yang dipelajarinya adalah dari guru yang berketurunan Dusun. Setelah 3 tahun belajar ilmu ghaib yang disebut "Pilumou", "Piluso" dan "Pinjodop" dan mencapai tahap yang disebut "Duabelas Langkah" maka suatu acara "pelepasan" diadakan. Dalam acara pelepasan setiap murid menghadiahkan sebuah gong jenis "Canang Kimanis" kepada gurunnya. Disebaliknya guru akan menghadiahkan sebilah pedang atau gayang kepada anak muridnya. Bungkar berada di Sayap selama 3 tahun, belajar sambil melakukan kerja-kerja yang diperlukan untuk gurunya. Bersama-sama dengannya adalah ramai suku-suku lain seperti Tagahas, Tuhawon, Rumanau, Kimaragang dan lain-lain. Dalam pertemuannya dengan mereka ia mendengar banyak perbualan mengenai dengan lembah Tambunan. Lembah Tambunan menarik dan mencabar perhatian kerana dianggap sebagai wilayah yang belum selesai didiami[3]. Bungkar mengambil keputusan untuk berhijrah ke Tambunan sebaik-baik ia pulang nanti ke kampung Pahu. Bungkar kini berminat untuk menanam padi sawah dan berdagang beras.

Pembinaan Hubungan

[sunting | sunting sumber]

Strategi keluarga Bungkar dan suku Liwan untuk masuk ke lembah Tambunan diawali dengan usaha pembinaan hubungan rapat dengan suku yang telah lama mendiami lembah Tambunan. Gubou dan isterinya melakukan suatu lawatan ke kampung Sunsuron bertujuan melamar seorang gadis dari suku Tuhawon untuk dijadikan istri Bungkar. Suku Tuhawon adalah kaum Dusun yang paling awal datang dan mendiami kawasan lembah Tambunan[4]. Tambunan diberi nama sempena nama dua orang pemimpin suku Tuhawon, iaitu Tamadon dan Gambunan, yang pertama-tama masuk ke lembah itu dan memulakan penempatan di pertemuan sungai Kaingaran, sungai Pagalan dan sungai Tondulu. Tujuan Gubou dan Konditim mencapai kejayaan dan Bungkar berkahwin dengan gadis Tuhawon bernama Enuoi. Dengan terbinanya hubungan baik melalui perkahwinan ini maka Bungkar, ayah dan ibunya, serta 3 orang saudara lelaki dan seorang saudara perempuan bernama Soria, berpindah ke Tambunan. Mereka mendirikan penempatan mereka di kawasan yang bernama Borotutuan, dekat dengan kampung Sunsuron. Lama kelamaan kampung Sunsuron yang dulunya majoriti penduduk suku Tuhawon menjadi kawasan perkampungan bagi ramai orang Liwan. Umur Bungkar pada waktu masuk ke Tambunan adalah 22 tahun.

Selain dari suku Liwan terdapat juga suku Bundu, sebahagian kaum Dusun yang juga sedang berusaha untuk memasuki ke lembah Tambunan. Nenekmoyang suku Bundu, dalam penghijraan mereka keluar dari Nunuk Ragang telah menelusuri sungai Liwagu Kawananan (cabang kanan) dan keturunan mereka pada hari ini tersebarluas ke Bundu Tuhan, Kundasang, Bundu Apin-Apin, Keningau dan Bundu, Kuala Penyu. Penyebarluasan kawasan penempatan mereka di bagian Pantai Barat sukar kerana pada ketika itu kaum-kaum lain seperti Cina, Suluk dan Bajau sedang berkembang di wilayah pantai Barat Borneo Utara. Lampayung, seorang pemimpin suku Bundu, yang pada ketika itu tinggal di Libodon, Inanam telah menemui jalan untuk menyeberang Banjaran Crocker dari Pantai Barat masuk ke Lembah Tambunan. Lampayung dan orang-orangnya yang telah merintis jalan sehingga ke ulu sungai Tuaran untuk tujuan pengumpulan hasil hutan seperti herba dan damar. Di Darawid, atas pergunungan Banjaran Crocker, mereka menemui sebuah gua di mana mereka membina perkemahan untuk pemburuan. Dalam kerja pemburuan mereka Lampayung dan anaknya bernama Butog tersesat jalan. Mereka berjalan menyelusuri sebuah anak sungai yang akhirnya mereka ketahui adalah ulu sungai Sunsuron. Sungai Sunsuron mengalir turun ke lembah Tambunan. Secara Kebetulan pada ketika itu Gubou dan anaknya Bungkar juga sedang memasang perangkap binatang seperti "balatik, "kasip" dan "Turudang" di Gunung Alab. Lampayung dan anaknya Butog, yang pernah menjalani latihan kepahlawanan bersama Bungkar di Sayap, menemui kesan rentis yang dibuat oleh Gubou dan Bungkar dan setelah mengikuti kesan tersebut mereka akhirnya bertemu di suatu tempat yang disebut "Kalangaan id puruh" atau "lapangan di tengah hutan". Pertemuan tersebut dan bantuan yang dihulurkan kepada kedua orang tersesat jalan memulakan hubungan baik sehingga ramai orang-orang suku Bundu berhijrah masuk ke Tambunan khususnya kampung Sunsuron secara aman. Kerjasama antara tiga suku kaum Dusun, iaitu suku Tuhawon, suku Bundu dan suku Liwan berhasil dengan pembinaan jalur perdagangan antara Lembah Tambunan, Inanam, Tuaran dan Penampang. Jalur perdagangan tersebut diberi nama "The Salt Trail". Medan pertemuan pedagang-pedagang dari wilayah-wilayah tersebut di bangun di suatu kawasan yang dulu dikenali sebagai "Tamu Nulu Wakid". Antara pedagang-pedagang yang datang ke Sunsuron adalah orang-orang Cina. Orang-orang Cina membawa kemahiran penanaman sawah padi, selain membeli hasil hutan seperti damar, tanduk rusa dan lain-lain. Kampung Sunsuron dilaporkan menjadi kampung terbesar di wilayah Borneo Utara.

Permulaan Krisis

[sunting | sunting sumber]

Suku Tagahas adalah kumpulan gelombang yang kedua masuk ke Lembah Tambunan selepas suku Tuhawon, sebelum kedatangan suku Liwan dan suku Bundu, Suku Tagahas, yang terkenal sebagai suku aggresif, telahpun memilih atau merebut kawasan tanah yang lebih subur di sepanjang sungai Pagalan. Nama Pagalan berakar kata pada perkataan "pagalaiyan" yang bererti "menyimpang jalan". Kemasukan suku suku Dusun yang berhijrah dari Nunuk Raganag masuk ke lembah Tambunan pada masa sebelum kedatangan suku Tagahas adalah melalui sungai Kaingaran, tetapi suku Tagahas dengan sengaja memilih jalan melalui sungai Pagalan. Mereka menyimpang jalan dari kebiasaan penghijrah penghirah.

Suku Liwan dan suku Bundu hanya dapat memperolehi kawasan tanah Susuron yang memang sukar diterokai, kurang subur dan sangat berbatu-batu. Akan tetapi pada kemudian hari setelah terbinanya jalur perdagangan Salt Trail melalui Kampung Sunsuron maka ia menjadi lebih pesat membangun berbanding kawasan yang sudah dikuasai oleh suku Tagahas. Perkara ini membuat suku Tagahas irihati terhadap suku Tuhawon, suku Bundu dan suku Liwan, walaupun suku Tagahas diberi peluang untuk menjadi kumpulan pengangkut barang-barang perdagangan. Perkataan "Tagahas" bererti "yang kuat". Kegiatan suku Tagahas yang terlalu agressif dan amalan pemburuan kepala manusia untuk memenuhi tradisi kahwin mereka akhirnya mencetuskan perang antara suku-suku di Tambunan. Kegiatan pemburuan kepala di kawasan Lembah Tambunan bukan terjadi kerana pengamalnya mendapat keseronokan atas perbuatan tersebut tetapi bermula semata-mata kerana ketiadaan pihak berkuasa, ketiadaan undang-undang[5] dan kewujudan adat perkahwinan yang menyimpang dari norma dalam masyarakat Dusun. Kemungkinan besar amalan menyediakan kepala manusia sebagai hadiah kepada keluarga pengantin perempuan, sebelum diterima untuk berkahwin, adalah pengaruh orang-orang Dayak dari Kalimantan atau Sarawak.

Serangan Pertama

[sunting | sunting sumber]

Serangan pertama berlaku dengan suku Tagahas merampas beberapa ekor kerbau milik masyarakat Sunsuron. Dalam serangan tersebut orang-orang Tagahas hanya mengunakan kuasa ghaib ia itu "pinjodop", "piluso" dan "pilumou". Tiada nyawa manusia terkorban. Pinjodop, (dari perkataan "modop" bererti "tidor") adalah mentera yang diguna untuk membuat pendengarnya tertidor. "piluso" (dari perkataan "tilo'us" bererti memberi hadiah) adalah juga mentera yang membuat pendengarnya "menyerah segalah-galah" manakala "pilumou" (dari perkataan "romou" bererti air mata tangisan) adalah mentera yang membuat si pendengar merasa sangat berbelaskasihan pada musuh sehingga tiada keinginan untuk lawan atau membalas serangan. Dalam masyarakat moden kuasa yang digunakan ini mungkin setaraf dengan apa yang disebut "Hypnosis". Kebetulan juga pada ketika itu semua kaum lelaki yang muda dan pahlawan Sunsuron telah pergi berburu binatang di ulu sungai Sunsuron.

Sekembalinya kaum lelaki dari hutan, dan setelah mendengar berita mengenai rampasan tersebut, Bungkar mengambil keputusan untuk mengejar suku Tagahas. Ramai kaum lelaki menawarkan diri untuk menyertai Bungkar, akan tetapi di menolak tawaran mereka atas alasan mereka tidak mahir dalam ilmu "pinjodop, piluso, pilumou" dan kehadiran ramai orang akan hanya mengakibatkan adanya pertumpahan darah yang memang jauh dari kemahuan Bungkar. Bungkar, untuk mudah mengawal keadaan, hanya membawa dua orang abang saudaranya iaitu, Yumpiau dan Balayan. Seorang kanak kanak bawah umor, bernama Bolinti, telah secara sembunyi sembunyi menyusul ikut dan hanya diketahui kemudian. Dengan hanya mengunakan ilmu "pinjodop, piluso dan pilumou" Bungkar berjaya merampas kembali 14 ekor kerbau, tetapi ketika mereka sedang berjalan pulang ke Sunsuron, mereka dikejar dan suatu pertempuran antara Bungkar seorang diri melawan 14 orang Tagahas berlaku di suatu tempat bernama Tumoh Modulis. Dalam pertempuran itu kesemua orang Tagahas telah terbunuh.

Kaum Kososoluon; Wanita dan Kanak

[sunting | sunting sumber]

Walaupun keadaan di lembah Tambunan pada zaman itu seolah olah penduduknya kelihatan seperti tiada bertamadun, tetapi sebenarnya mereka telah membuat satu perjanjian yang membezakan antara mereka yang terlibat dalam peperangan dan mereka yang tidak terlibat. Perjanjian secara adat resam itu disebut "Piniupakatan Kososoluon" atau "perjanjian pengecualian". Dalam perjanjian tersebut semua kaum wanita, kanak kanak bawah umor dan lelaki yang memilih untuk tidak mahu terlibat kerana telah berkahwin dengan pasangan dari pihak musuh tidak akan diserang. Sebagai tanda, seseorang kososoluon diwajibkan memegang dahan dan daun tumbuhan hijau apabila mereka berjalan keluar dari rumah atau kawasan kampung.

Serangan Kedua

[sunting | sunting sumber]

Serangan kedua berlaku dengan seorang pahlawan Tagahas menyerang seorang kaum kososoluon, ia itu seorang wanita dara bernama Soria, adek kepada Bungkar.


  1. ^ Huw Barton dan Tim Denham (2011) Prehistoric Vegeculture and Social Life in Southeast Asia and melanesia. McDonald Institute for Archeological Research. United kingdom. ms 17-23
  2. ^ Hj. Mahali, Saidatul Nornis (2015). Dikir Mistik dalam Masyarakat Bajauː Satu Pemerhatian Awal pada Perubahan Minda terhadap Upacara Penanaman. International Journal of the Malay World and Civilisation. ms.35-43
  3. ^ William, Thomas Rhys (1965).The Dusunː A North Borneo Society. Londonː Holt, Rhinehart & Winston. m.s 67
  4. ^ Gibon, A (1986). Tambunanː The People, their Culture and Customary Laws. Kadazan Culture Association, Penampang, Sabah.
  5. ^ Rutter, Owen (1922). British North Borneoː An Account of its History, Resources and Native Tribes. Constable & Company Limited, London. ms. 331-334