Misbun Sidek
Datuk Dr. Misbun Sidek | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Maklumat peribadi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nama timangan | Bun | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nama kelahiran | Mohmed Misbun bin Mohd Sidek | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Negara | Malaysia | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lahir | Banting, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 17 Februari 1960|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tinggi | 1.77 m (5 ka 10 in) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tahun aktif | 1978 – 1990 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Cakat tangan | Kanan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Perseorangan lelaki | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ranking tertinggi | 2 (1983) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rekod pingat
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Profil BWF |
Datuk Dr. Mohmed Misbun bin Dato' Haji Mohd Sidek DMSM AMN BSD, nama singkatan: Bun; (lahir 17 Februari 1960) merupakan bekas pemain dan jurulatih badminton profesional Malaysia. Beliau merupakan anak sulung lelaki daripada lima Sidek bersaudara yang terkenal.[1][2]
Beliau dan kesemua adik-beradiknya pernah terlibat secara aktif di pentas badminton antarabangsa.[3]
Tahun terawal
[sunting | sunting sumber]Visi Allahyarham Datuk Mohd Sidek Abdullah Kamar untuk melihat anak-anaknya menjadi jagoan badminton bermula dengan anak lelaki pertamanya, Misbun sebagai eksperimen.[4]
Ketika usianya mencecah tujuh tahun iaitu pada 1967, Misbun sudah mula dilatih secara serius oleh bapanya di gelanggang badminton yang terletak bersebelahan rumah mereka di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor. Dua tahun kemudian, rutin sama turut dilalui adiknya, Razif dan Jalani setahun kemudian.[5]
Namun di peringkat awal, bakat Misbun dalam badminton ditenggelami adiknya, Razif. Razif atau dikenali sebagai Ajib di kalangan adik-beradik, lebih berdisiplin dan jarang ponteng latihan, berbanding Misbun dan Jalani yang lebih nakal. Tetapi sejak kategori bawah umur 15 tahun, Misbun sudah mula menewaskan Razif yang dua tahun lebih muda darinya.
Kerjaya amatur
[sunting | sunting sumber]Pada usia 16 tahun, Misbun Sidek terpilih mewakili negara dalam Kejohanan Jemputan Asia di Hong Kong berikutan kejayaannya muncul juara kategori bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Selain kejohanan itu, anak sulung daripada lima itu juga terpilih ke Terbuka Australia atau lebih dikenali dengan nama Silver Bowl.
Di peringkat kebangsaan, Misbun terus mengekalkan dominasinya dan melakar gelaran hatrik bawah 18 tahun pada 1978, diikuti kategori bawah 21, setahun kemudian.
Pada 11 November 1976, Stadium Negara bergema menandakan dominasi keluarga Sidek bermula. Selepas Misbun muncul juara bawah 18 tahun beberapa bulan sebelumnya, adiknya, Razif dan Jalani muncul juara bawah 15 tahun MSSM selepas menewaskan pasangan Negeri Sembilan, Michael Chua dan Lim Jit Eng 15-10, 15-1.
Razif juga unggul dalam acara perseorangan dengan menewaskan pemain Pulau Pinang, Chung Peng Hoong 15-9, 15-3. Misbun menemani bapanya, Datuk Sidek Abdullah Kamar menyaksikan detik bersejarah itu. Misbun bertembung buat pertama kali dengan Razif dalam kategori 18 tahun merebut gelaran Novices Selangor di Dewan SBA, Kampung Attap pada 30 Januari 1977. Pertembungan itu amat dinantikan kerana Misbun adalah juara bawah 18 tahun MSSM manakala Razif unggul dalam kategori bawah 15.
Sesuai dengan statusnya sebagai abang, Misbun menewaskan Razif dalam saingan sengit rubber game 10-15, 15-5, 15-2. Setahun kemudian, pada usia 18 tahun, Misbun sudah terpilih untuk menjalani latihan skuad Piala Thomas negara. Dia boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pemain senior ketika itu seperti Suffian Abu Bakar, James Selvaraj, Saw Swee Leong, Phua Ah Hua Moo Foot Lian, Ong Teong Boon, Ho Khim Soon dan Kwek Chiew Peng.
Kerjaya profesional
[sunting | sunting sumber]Selepas beberapa tahun menimba pengalaman di pentas antarabangsa, Misbun merangkul kejuaraan pertamanya di Terbuka Jerman diikuti dengan kemenangannya ke atas Liem Swie King di Sukan Sea 1981, selain bergelar juara kebangsaan. Kejayaan itu melayakkan Misbun bergelar Olahragawan Kebangsaan 1981.[6]
Ketika final Piala Dunia 1982 di Stadium Negara, Misbun Sidek tewas kepada bintang Indonesia, Lim Siew King.[7] Walhal dia ada peluang memenangi perlawanan. Selepas kalah set pertama 12-15, Misbun bangkit untuk menang set kedua 15-3 dan mendahului 10-1 pada set penentuan. Sepanjang kejohanan itu, Misbun beraksi cemerlang.[8] Dalam laluannya hingga ke final, dia menundukkan pemain terkemuka seperti Luis Pongoh dari Indonesia, Morten Frost Hansen (Denmark)[9] dan Prakash Padukone (India).[10] Pada awal September 1982, ketika persiapan menghadapi Sukan Komanwel dan Asia, Misbun tiba-tiba mengejutkan pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan peminat apabila meninggalkan kem latihan skuad negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) bersama rakan sepelatihnya, Ajib Mohiddin. Selain muncul naib juara dunia, Misbun juga memenangi Terbuka Sweden dan mengekalkan kejuaraan kebangsaan pada 1982.
Setahun kemudian, dia muncul juara Terbuka Jerman, Sweden, Kanada, separuh akhir Piala Dunia dan tempat ketiga Kejohanan Grand Prix Dunia. Dalam kejohanan Piala Dunia, Misbun tewas kepada pemain Indonesia, Hastomo tetapi penampilan uniknya nyata menarik perhatian peminat membanjiri Stadium Negara. Malah penampilan warna warni Misbun sedikit sebanyak membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memenuhkan kantung dengan hasil jualan tiket luar dugaan. Pada 19 Ogos 1983, ketika Misbun bertemu Jens Peter Nierhoff dari Denmark, dilaporkan BAM mengutip tiket berjumlah RM70,000, keesokannya bertemu pemain China, Chen Changjie (RM117,000) manakala ketika tewas kepada Hastomo, jualan tiket adalah RM128,840.
Bakat, penampilan dan karisma Misbun turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Pada 7 Oktober 1983, Misbun menempa sejarah sebagai pemain pertama Asia Tengara dan kedua Asia selepas jaguh India, Prakash Pradukone menjadi pemain profesional di bawah International Management Group (IMG). Pengiktirafan itu suatu yang menakjubkan kerana Misbun kini setaraf dengan bintang antarabangsa lain di bawah IMG seperti Bjorn Borg, Jimmy Connors, Jack Nicklaus, Arnold Palmer, Sebastian Coe dan Alberto Salazar.[11]
Tahun 1984 menyaksikan Misbun Sidek membuat kejutan apabila mengambil keputusan menunaikan haji di Mekah pada usia 24 tahun. Namun pada 30 September 1984, Misbun tiba-tiba sakit akibat kekeringan air dalam badan di Mekah dan ia menggemparkan keluarga serta peminat badminton negara. Misbun pulang ke tanahair pada 4 Oktober 1984. Pada bulan sama, Misbun kembali memegang raket dan mewakili Malaysia ke Terbuka Kanada.
Pada 8 Januari 1985, sejarah tercipta lagi dalam keluarga Sidek. Kali ini, mereka menjadi keluarga terbesar mewakili negara dalam kejohanan luar negara. Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid terpilih kali pertama beraksi bersama di pentas antarabangsa di Terbuka Hong Kong. Maka lengkaplah Sidek bersaudara - lima anak lelaki keluarga Sidek.[12].
Apapun, di sebaliknya penampilan peliknya, Misbun masih mampu menyinar di pentas antarabangsa dengan gelaran terakhir dicapai pada 1988 selaku naib juara Piala Thomas, selepas tewas kepada China 4-1. Setahun kemudian, Misbun mengambil keputusan nekad untuk bersara. Hatinya masih kuat untuk bermain namun keadaan fizikalnya tidak mengizinkan.[13]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Misbun merupakan anak kedua daripada enam beradik dan anak lelaki sulung kepada Dato' Haji Sidek (1936-2005) dan Datin Rukinah Sulaiman (1938-2003),[14] kakak sulungnya ialah Rusitah dan empat adiknya ialah Razif, Jalani, Rahman, Rashid, Shahrezan dan Zamaliah.
Pada 1984, pemain badminton dan peminat telah diperkenalkan oleh Sidek kepada bakal isterinya Latifah. Pasangan ini berkahwin pada 1987 dan dikurniakan enam anak, Misbun Syawal, Lia Murni, Misbun Ramdan, Lia Alifah, Lia Dewi Rubita, dan Misbun Awalauddin. Perkahwinannya bertahan selama 34 tahun sehingga Latifah meninggal dunia pada 23 Julai 2021[15].
Dalam budaya masyhur
[sunting | sunting sumber]Anak-Anak Sidek
[sunting | sunting sumber]Misbun diperwatak sebagai Bun dalam komik dan siri televisyen animasi Anak-anak Sidek. Dia digambarkan sebagai seorang yang nakal dan degil serta pantang dicabar. Beliau juga dikatakan sering menyeksa haiwan dan sering membuli adiknya, Ajib (Razif). Beliau sebenarnya mewarisi tabiat kenakalannya daripada bapanya, Haji Sidek.
Di dalam komik bilangan kedua, "Bun Mengamuk di Kubur", Misbun pernah mengamuk di tanah perkuburan kerana mendapat tahu datuknya, Haji Sulaiman yang mesra dengan panggilan Buyut oleh beliau, meninggal dunia dan pernah menyerang seorang penggali kubur.
Lee Chong Wei: Rise of the Legend
[sunting | sunting sumber]Beliau dilakonkan oleh Rosyam Nor dalam filem biopik pemain badminton terkenal, Lee Chong Wei—Lee Chong Wei: Rise of the Legend yang ditayangkan pada 15 Mac 2018.[16]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
1994 | Black Widow - Wajah Ayu | Imran |
Anugerah dan penghargaan
[sunting | sunting sumber]Pada 28 Ogos 2008, kerajaan negeri Melaka menganugerahi jurulatih badminton kebangsaan Misbun Sidek dengan darjah kebesaran negeri iaitu Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob menyampaikan darjah kebesaran itu kepada bekas pemain badminton kebangsaan di Istana Melaka.
Beliau telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Insan)[17] oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
- Malaysia :
- Ahli Mangku Negara (AMN) (1982)[18]
- Bentara Setia Diraja (BSD) (1988)[18]
- Panglima Jasa Negara (PJN) -- Datuk (2021)[19]
- Melaka :
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Juara Badminton Kebangsaan Malaysia 1981, 1982, 1983, 1984, 1986, 1987
- Tempat ke-3 Kejohanan Dunia (regu bersama Jalani Sidek) 1980
- Juara Terbuka Jerman 1981, 1983
- Naib juara Piala Dunia 1982
- Tempat ke-3 Piala Dunia 1983, 1985
- Juara Terbuka Sweden 1982, 1983
- Juara Terbuka Kanada 1983
- Juara Terbuka Malaysia 1985
- Naib juara Malaysia Masters 1985
- Naib juara Seluruh England 1986
- Naib juara Terbuka Malaysia 1986
- Naib juara Terbuka China 1986
- Juara Terbuka Singapura 1987
- Juara Terbuka Taiwan 1987
- Naib juara Piala Thomas 1988 (berpasukan lelaki)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "10 perkara anda perlu tahu tentang Misbun Sidek". Astro Awani. 10 Jun 2017. Dicapai pada 8 Julai 2017.
- ^ "10 things you need to know about Misbun Sidek". Astro Awani. 10 Jun 2017. Dicapai pada 8 Julai 2017.
- ^ "biodata Misbun Sidek". nusa-mahsuri.com. Dicapai pada 2017-05-28.
- ^ "Badminton: Offer he can't refuse | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-07-29.
- ^ 10 perkara anda perlu tahu tentang Misbun Sidek Astro Awani (10 Jun 2017). Dicapai pada 21 September 2017.
- ^ "NewspaperSG - Terms and Conditions". Dicapai pada 2017-05-28.
- ^ "Our Badminton Greats". www.viweb.mysite.com. Dicapai pada 2017-05-28.
- ^ "NewspaperSG - Terms and Conditions". Dicapai pada 2017-05-28.
- ^ "NewspaperSG - Terms and Conditions". Dicapai pada 2017-05-28.
- ^ "NewspaperSG - Terms and Conditions". Dicapai pada 2017-05-28.
- ^ "Misbun Sidek". www.pnm.gov.my. Dicapai pada 2017-05-28.
- ^ "NewspaperSG - Terms and Conditions". Dicapai pada 2017-05-28.
- ^ "NewspaperSG - Terms and Conditions". Dicapai pada 2017-05-28.
- ^ Ibu Misbun meninggal dunia Diarkibkan 2018-12-09 di Wayback Machine Utusan Malaysia (30 Januari 2003). Diperoleh pada 9 Disember 2009.
- ^ "Isteri Misbun Sidek meninggal dunia". Kosmo!. 23 Julai 2021. Dicapai pada 23 Julai 2021.
- ^ "Get ready for Misbun: Chong Wei". NST Online (dalam bahasa Inggeris). 2017-06-10. Dicapai pada 2018-02-02.
- ^ Misbun terima ijazah kehormat PhD
- ^ a b "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-08-26.
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Dicapai pada 2021-11-13.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web rasmi Diarkibkan 2008-01-20 di Wayback Machine