Bulan Neptun
Penampilan
(Dilencongkan daripada Bulan Bahar)

Neptun memiliki 14 bulan yang diketahui. Yang terbesar ialah Triton, ditemui oleh William Lassell cuma 17 hari selepas penemuan Neptun. Ia mengambil masa kira-kira 100 tahun kemudian untuk menemui satelit semula jadi kedua, Nereid.
Bulan Neptun dinamakan bersempena watak ternama akuatik dalam mitologi Yunani dan Rom, kebanyakannya bersempena nimfa-nimfa Nereid mengikut kedudukan dewa Neptunus sebagai dewa laut.