Buku P. Ramlee di Cakera Nusantara
Buku P.Ramlee di Cakera Nusantara merupakan sebuah buku terbitan Unimas ( Universiti Malaysia Sarawak ) tahun 2005. Ia adalah merupakan Himpunan 22 Kertas Kerja Tokoh-Tokoh Terkemuka termasuk penganalisis luar negara tentang kajian atas hasil karya Alahyarham Tan Sri P. Ramlee.
P.Ramlee di Cakera Nusantara membincangkan gagasan dan perkembangan artistic dan kreativiti, lirik, komposisi, skrip-skrip dan pengarahan P.Ramlee. Ini dikaitkan dengan konteks pemikiran kebudayaan dan zeitgeist pada ketika itu, dan pemikiran semula dalam bentuk kini. Secara keseluruhan, ia memberikan kefahaman bentuk semasa yang wujud untuk pembinaan karya kontemporari, dan mengeksplorasi bentuk-bentuk baru pada era convergence ini. Buku ini sesuai dibaca oleh mahasiswa seni, pengkaji dan peminat seni negara khususnya tentang Seniman Agung Negara. Buku ini juga ditujukan kepada semua yang prihatin terhadap sejarah perkembangan seni negara.
Himpunan kertas kerja yang terdapat dalam buku tersebut adalah seperti berikut:-
- P. Ramlee Seniman Ulung Negara - Ahmad Sarji Bin Abd Hamid
- P. Ramlee dan Saya - Jamil Sulong
- Perwatakan P. Ramlee: Perspektif Agama, Intelektual dan Moral - Abdullah Hussain
- Mencari Batin Nasional P. Ramlee - Mahadi J. Murat
- P. Ramlee Seniman Sepanjang Zaman - Jins Shamsuddin
- P. Ramlee dalam Konteks Minda dan Psyche Orang Melayu -Johan Jaaffar
- Dua Tokoh, Dua Naratif: Satu Ekspresi Kemiskinan - Awang Azman Awang Pawi dan Khor Chooi Lian
- P. Ramlee di Kaca Mata Etnik India: Suatu Perbandingan - Uthaya Sangkar
- P. Ramlee: Kenangan yang Tidak Mungkin Padam - Rahani Jamil
- Analisis Kaedah Komedi Visual dalam Filem Arahan P. Ramlee - Khairul Aidil Azlin Abd. Rahman dan Nur Afifah Vanitha Abdullah
- Dr. Rusdi dan Jangan Tinggal Daku: Dekadensi Kesenimanan P. Ramlee - Abdul Wahab Hamzah
- Layar Perak P. Ramlee: Menyuluh Kosmos Melayu Menyilau Atmos Global - Mohamed Zefri Ariff Mohammed Zain Ariff
- Antara Dua Darjat Antara Dua Zaman - Shaharuddin Maaruf
- Poster Filem P. Ramlee: Perbandingan Analisis Visual - Musdi Bin Haji Shanat
- "Not Just a Movie" : The Historical Context of P. Ramlee and His Films - Timothy P. Bamard
- Japan Meets Hollywood in the Films of P. Ramlee - Timothy R. White
- The Trishaw Puller And The Neorealist Legacy - Jan Uhde
- Transtextuality and Transmigration in Ibu Mertua-ku - Bill Van Der Heide
- P. Ramlee dan Leonid Utesov: Parallels of Creativity - Polina Pogadaeva & Victor Pogadaev
- Kepelbagaian Dalam Muzik P. Ramlee - Yusnor EF
- Pemikiran Tradisi Melayu Dalam Lagu Ciptaan P. Ramlee - Ariff Ahmad
- Getaran Jiwa: Analisis Melodi - Mohd Hafiz Askiak