Bukhari Che Muda
Bukhari Che Muda | |
---|---|
Kelahiran | 1957 |
Meninggal dunia | 10 November 2013 (umur 56) |
Pekerjaan | Eksekutif media |
Pangkat |
|
Pasangan | Suriyati Daud |
Anak-anak | 4 |
Bukhari Che Muda (1957–10 November 2013) merupakan eksekutif media Malaysia yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi TV9 dan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah.[2]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau menamatkan pengajian ijazah dalam bidang penyiaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dan memperoleh Executive MBA dari Beme University of Applied Sciences, Switzerland dan Cambridge International Diploma in Management.[2]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Bukhari memulakan kerjayanya sebagai wartawan di Berita Harian pada 1982, kemudian menyertai TV3 pada 1984 dengan tanggungjawab menubuhkan operasi Bilik Berita. Apabila Media Prima Berhad melancarkan TV9 pada 2006, beliau ditugaskan mengetuai stesen baharu itu untuk memperkenalkan kepada masyarakat penjenamaan dan kandungan TV yang disasarkan kepada penonton Melayu pelbagai lapisan umur.[2]
Bukhari juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi TV9 sebelum memegang jawatan sebagai Anggota Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah.[2]
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau meninggal dunia akibat penyakit barah pada 10 November 2013 pada usia 56 tahun.[3][4] Beliau meninggalkan isteri Datin Suriati Daud dan empat anak. Jenazah dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam untuk solat jenazah pada 12 tengah hari dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. [2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Bukhari dilantik CEO Alhijrah". Berita Harian. 9 Disember 2009. Dicapai pada 29 Mac 2014.
- ^ a b c d e "CEO TV Alhijrah Bukhari Che Muda Meninggal Dunia". mStar Online. 11 November 2013. Dicapai pada 29 Mac 2014.
- ^ "CEO TV Alhijrah Bukhari Che Muda Meninggal Dunia". The Borneo Post. 11 November 2013. Dicapai pada 29 Mac 2014.
- ^ Haider Yutim (10 November 2013). "TV Alhijrah's CEO Bukhari Che Muda dies of cancer". Astro Awani. Dicapai pada 29 Mac 2014.
Didahului oleh Jawatan baru |
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah 2010 – 2013 |
Diikuti oleh: Che Wan Alias Che Wan Abdullah |