Bukan Sekadar Lafaz (musim 1)
Musim pertama Bukan Sekadar Lafaz memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula pada 17 Oktober 2023 hingga 13 November 2023 menggantikan Luruhnya Bunga Cinta dan digantikan oleh I Love You, Stupid.
Bukan Sekadar Lafaz | |
---|---|
Musim 1 | |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bil. episod | 20 |
Keluaran | |
Rangkaian | TV3 |
Tarikh siaran | 17 Oktober – 13 November 2023 |
Kronologi musim |
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Syikin (Wanna Ali) adalah seorang pelatih yang baru bekerja di sebuah kafe yang terkenal. Semasa bekerja, dia bertemu dengan sahabat lamanya dari sekolah bernama Hud (Alif Satar) yang bertugas sebagai supervisor kepada Syikin di kafe tersebut. Kenangan lama yang terpahat pada zaman sekolah dahulu membangkitkan semula perasaan cinta yang terpendam di dalam hati Hud. Namun, Syikin kini bersama dengan seorang doktor bernama Dr Firman (Malek Mccrone).
Hubungannya bersama Dr Firman sangat dicemburui oleh adik tirinya Aein (Yuna Rahim), yang menaruh hati kepada Dr Firman. Perasaan cemburu ini membuatkan Aein menyusun rancangan jahat untuk merosakkan hidup Syikin. Syikin terpedaya dengan helah Aein yang mengakibatkan kehamilan. Akibat sangkaan tersebut, Tuan Zaman (Ahmad Idham) berang dan memaksa Syikin untuk berkahwin dengan Dr Firman untuk mengelakkan fitnah terhadap keluarga mereka.
Dr Firman rasa seolah dirinya dipermainkan lalu menolak permintaan Tuan Zaman. Menyedari situasi yang dialami Syikin, Hud kemudian menawarkan dirinya untuk berkahwin dengan Syikin untuk menyelamatkan maruah mereka sekeluarga.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Alif Satar sebagai Hud @ Hudzaifah
- Wanna Ali sebagai Syikin @ Asyikin Zaman
- Yuna Rahim sebagai Aein
- Malek Mccrone sebagai Firman
- Mia Nasir sebagai Lufya
- Ahmad Idham sebagai Tuan Zaman
- Kuza Muzani sebagai Puan Mahani
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Datin Fadilah Mansor sebagai Nenek Maryam
- Watie Sadali sebagai Huda
- Azhar Amir sebagai Razlan
- Wanns Ahmad sebagai Khalid
- Razzuan Rosli sebagai Wafi
- Maya Jaafar sebagai Lia
- Shyrim Husni sebagai Rostam
- Naim Radzali sebagai Arif
- Nurul Shafiqah Shamsul Kahar sebagai Fina
- Rozminy Ghazy sebagai Puan Ida
- Ahmad Nazri b. Mokhtar sebagai Tan Sri Abbas