Budaya Kumpulan X
Budaya Kumpulan X (sekitar 300 – 600 Masihi) ialah tamadun Nubia purba yang wujud di Nubia Hilir.[2] Penggalian tanah perkuburan menunjukkan bahawa tamadun itu dahulu mencapai sejauh Dodekaskhoinos di utara hingga Delgo di selatan.
Penggalian
[sunting | sunting sumber]George A. Reisner mencipta istilah Budaya Kumpulan X kerana tiadanya pentakrifan sejarawi yang lebih tepat.[3] Nama ini telah digantikan dengan budaya Ballana kerana dapatan dan penemuan baharu yang semakin banyak ditemui di Qustul dan Ballana seperti yang dicadangkan oleh Bruce Trigger.[4]
Menurut pakar kaji Mesir, Keith Seele dan Bruce Williams, pengebumian Kumpulan X menunjukkan bahawa kubur-kubur mereka asalnya Meroitik kemudian telah berkembang kepada bentuk kubur unik Ballana, yang kebanyakannya berciri-ciri Nubia bersama-sama kebanyakan barang yang terdapat di dalamnya. Dalam satu makam diraja, seorang permaisuri telah ditemui dengan tujuh belas korban manusia. Makam diraja yang lain mengandungi mayat seorang lelaki yang mungkin seorang raja, persembahan makanan dan minuman, dan barang-barang peribadinya, seperti mahkota, permainan papan dan senjata.[2]
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Pelana dengan bingkai, s. 375 TM
-
Sepatu dari Qustul, s. 370–410 TM
-
Tembikar dari pengebumian Kumpulan X, Wadi Qitna dan Kalabsha Selatan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ W.B. Emery, Nubian Treasure: An Account of the Discoveries at Ballana and Qustul, London 1948. pl. 13A
- ^ a b Lacovara, Peter; Ikram, Salima (2012). Fisher, Marjorie M. (penyunting). Ancient Nubia: African Kingdoms on the Nile (dalam bahasa Inggeris). Cairo: American University in Cairo Press. m/s. 10, 352, 354–355. ISBN 978-977-416-478-1. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ G. Mokhtar, General History of Africa II. Ancient Civilizations of Africa, 1981, ISBN 0435948059, m/s 326.
- ^ Bruce Trigger, History and Settlement in Lower Nubia. New Haven: Yale University Publications in Anthropology, 1965.