Bubur sum-sum
Kandungan rencana ini berkait dengan makanan. |
Bubur sum-sum merupakan sejenis kuih yang dimakan dengan kuah manis (air nisan/gula). Bubur sum-sum mempunyai rupa dan rasa yang hampir sama dengan kuih lompat tikam tetapi bubur sum-sum hanya mempunyai bahagian kepala (kuih lompat tikam) (bahagian atas yang bewarna putih). Bubur sum-sum dibuat daripada tepung beras dan dihidangkan bersama-sama air nisan atau gula kabong.
Ia terdapat di Malaysia (terutama di bahagian pantai timur) dan juga di Indonesia.[1]
Asal
[sunting | sunting sumber]Tiada maklumat mengenai asalnya.
Nama
[sunting | sunting sumber]Nama Bubur sum-sum datangnya dari rupanya seperti sum-sum tulang.
Penyebaran
[sunting | sunting sumber]Bubur sum-sum biasanya agak tahan lama, tetapi kuahnya yang manis itu boleh menarik perhatian banyak serangga seperti semut dan lipas. Bubur sum-sum tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia agak jarang untuk dihasilkan bagi jualan harian, tetapi biasanya dihasilkan hanya untuk makan sendiri.
Dalam budaya popular
[sunting | sunting sumber]Bubur sum-sum biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan pagi atau petang. Bubur sum-sum biasanya agak sukar untuk dihidangkan kerana ia mempunyai kuah yang melekit dan manis, yang akan menarik perhatian serangga seperti semut dan lipas. Oleh itu Bubur sum-sum biasanya jarang dihidangkan sebagai hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Bubur Sum Sum di Mesra.net Diarkibkan 2010-12-19 di Wayback Machine