Brownie
Brownie | |
---|---|
Jenis | Segi empat atau bar |
Tempat asal | Amerika Syarikat |
Bahan utama | Tepung, mentega, telur, coklat atau serbuk koko, gula |
Keragaman/variasi | Blondie |
sunting · sunting di Wikidata |
Brownie [brau-ni] merupakan kepingan pencuci mulut berasaskan coklat bersegi empat dibakar. Brownie datang dalam pelbagai bentuk dan mungkin sama ada berfudge atau berkerak, bergantung kepada ketumpatan bahan yang digunakan. Bahan yang digunakan mungkin termasuk kekacang, aising, keju krim, cip coklat dan sebagainya. Variasi yang dibuat dengan gula perang selain coklat dalam adunan dipanggil brownie blondie atau blondie. Makanan ini pertama kali dibangunkan di Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dan dipopularkan di dua-dua negara tersebut dan Kanada pada separuh pertama abad ke-20.
Brownies biasanyab oleh dimakan begitu sahaja mahupun bersampingan dengan susu, dihidangkan panas dengan ais krim (ala mode), dihiasi dengan krim putar, atau ditaburi dengan gula aising dan fudge. Di Amerika Utara mereka menjadikannya seperti makan tengahari biasa, [perlu rujukan] dan juga popular di restoran [1] dan kedai kopi.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Perkembangan makanan ini umumnya diketahui bermula dengan Bertha Palmer, seorang tokoh sosial Chicago yang bersuamikan pemilik Palmer House Hotel. Pada tahun 1893, Palmer meminta tukang masak pastri untuk pencuci mulut yang sesuai untuk para wanita yang menghadiri Eksposisi Dunia Columbus pada tahun itu. Hasilnya ialah Palmer's House Brownie yang diisi walnut dan aprikot; hotel tersebut masih menyajikan hidangan dari resipi asal untuk para tetamunya.[2] Nama diberikan kepada pencuci mulut pada suatu masa selepas tahun 1893, tetapi tidak digunakan oleh buku masak atau jurnal pada masa itu. | Gage | 2010}}
Perkataan brownie pertama kali diungkapkan jelas dalam cetakan dalam edisi 1896 Boston Cook-School Cook Book nukilan Fannie Merritt Farmer yang memaparkan suat resipi kek molases yang dibakar dalam tin acuan.[3] Resipi yang paling awal diterbitkan untuk gaya coklat moden Home Cookery (1904, Laconia, NH), Cook Book Club Service (1904, Chicago, IL), The Boston Globe (2 April 1905 p. ; 34), [4] dan buku masakan Farmer edisi 1906. Resipi ini menghasilkan kek coklat yang agak ringan dan berkek.
Pada tahun 1907, brownie telah dikembangkan ke dalam resipi moden yang dikenali dalam buku "Cook Book of Lowney" oleh Maria Willet Howard (diterbitkan oleh Walter M. Lowney Company, Boston), resipi dalambuku Howard menyesuaikan suatu resipi "Bangor Brownie" daripada Sekolah Memasak Boston dengan menambah telur dan coklat lalu menghasilkan kuih yang lebih kaya dan lembab seakan fudge.[5]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Saekel.
- ^ Palmer.
- ^ The Nibble '.
- ^ Gage 2010.
- ^ Smith 2013, m/s. 220.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Clegg, Jo-Ann (27 Februari 1998). "Brownie connection just doesn't pan out". The Virginian-Pilot. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-20. Dicapai pada 7 Februari 2016.CS1 maint: ref=harv (link)
- Gage, Mary E. (Februari 2010). "History of Brownies (Chocolate)". Dicapai pada 2010-03-13.CS1 maint: ref=harv (link)
- "Nothing beats a brownie". The Age. 21 Jun 2005. Dicapai pada 7 Februari 2016.
- Saekel, Karola. "Panel Gives Baking Mixes a High Score". San Francisco Chronicle.CS1 maint: ref=harv (link)
- Sheraton, Mimi (2015). 1,000 Foods To Eat Before You Die: A Food Lover's Life List. Workman Publishing. ISBN 076118306X.CS1 maint: ref=harv (link)
- Snow, Jane (30 April 2003). "Seeking the ultimate brownies". Akron Beacon Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-20. Dicapai pada 7 Februari 2016.CS1 maint: ref=harv (link)
- Smith, Andrew F., penyunting (2007). The Oxford Companion to American Food and Drink. Oxford University Press. ISBN 0199885761.CS1 maint: ref=harv (link)
- Smith, Andrew F., penyunting (2013). The Oxford Encyclopedia of Food and Drink in America. 2. OUP USA. ISBN 0199734968.CS1 maint: ref=harv (link)
- "The History of Brownies". The Nibble. Lifestyle Direct. Dicapai pada 13 Mac 2013.
- "The Palmer House Hilton Brownie" (PDF). Palmer House Hilton Hotel. Dicapai pada 2017-08-05.