Pergi ke kandungan

Brothers in Arms: Double Time

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Brothers in Arms: Double Time
PembangunGearbox Software
PenerbitUbisoft
SiriBrothers in Arms
EnjinUnreal Engine 2
PlatformWii, OS X
PelepasanWii
  • NA: 23 September 2008
  • AU: 25 September 2008
  • EU: 26 September 2008
OS X
  • NA: 16 April 2010
GenreFirst person shooter
ModPemain tunggal, multipemain

Brothers in Arms: Double Time adalah kompilasi permainan video penembak diri-pertama untuk pelantar Wii dan OS X. Tajuknya merupakan gabungan dua permainan pertama Brothers in Arms, Brothers in Arms: Road to Hill 30 serta Brothers in Arms: Earned in Blood dan dibangunkan oleh Gearbox Software dan diterbitkan oleh Ubisoft. Ia mempunyai 31 peringkat yang berkisar semasa Pertempuran Normandy.

Versi permainan Wii menggunakan kemampuan penginderaan gerak Wiimote dan lampiran Nunchuk untuk mengeluarkan isyarat pertempuran dan arahan skuad semasa permainan. Ia tidak mempunyai ciri multipemain.

Pada 23 Mac 2010, Feral Interactive mengumumkan versi OS X untuk Brothers in Arms: Double Time. Ia dikeluarkan pada 16 April 2010.

Seperti siri inti kedua permaianan Brothers in Arms sebelumnya, pemain mengawal Sarjan Matthew Baker dan Koperal (kemudian Sarjan) Joseph 'Red' Hartsock dalam misi mereka mengharungi barisan musuh. Pemain boleh mengarahkan skuad mereka untuk ke kedudukan-ke-kedudukan serta menyuruh mereka memberi tembakan lindung supaya pemain dapat mengapit kedudukan musuh dari arah berlainan. Selain menembak, pemain juga boleh membaling bom tangan dan melawan musuh dari jarak dekat.

Penerimaan

[sunting | sunting sumber]
Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
Metacritic45/100[1]
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
Eurogamer5/10[2]
Game Informer5/10[3]
GameSpot4.5/10[4]
GameZone3.9/10[5]
IGN3/10[6]
Nintendo Power7/10[7]
Official Nintendo Magazine69%[8]
PALGN3/10[9]

Brothers in Arms: Double Time menerima ulasan "umumnya tidak disukai" menurut agregator ulasan Metacritic.[1]

  1. ^ a b "Brothers in Arms: Double Time for Wii Reviews" (dalam bahasa Inggeris). Metacritic. Dicapai pada 30 Oktober 2014.
  2. ^ Whitehead, Dan (6 Oktober 2008). "Brothers in Arms: Double Time" (dalam bahasa Inggeris). Eurogamer. Dicapai pada 12 November 2014.
  3. ^ Bertz, Matt (Disember 2008). "Brothers in Arms: Double Time - A Broken Port of Two Games That Were Better Last Gen". Game Informer (dalam bahasa Inggeris) (188). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 12 November 2014.
  4. ^ Light, Austin (20 November 2008). "Brothers in Arms: Double Time Review" (dalam bahasa Inggeris). GameSpot. Dicapai pada 12 November 2014.
  5. ^ Grabowski, Dakota (19 Oktober 2008). "Brothers In Arms Double Time - WII - Review" (dalam bahasa Inggeris). GameZone. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2008. Dicapai pada 12 November 2014.
  6. ^ Bozon, Mark (7 Oktober 2008). "Brothers in Arms: Double Time Review" (dalam bahasa Inggeris). IGN. Dicapai pada 12 November 2014.
  7. ^ "Brothers in Arms: Double Time". Nintendo Power (dalam bahasa Inggeris). 235: 98. Disember 2008.
  8. ^ "Brothers in Arms: Double Time". Official Nintendo Magazine (dalam bahasa Inggeris): 99. 25 Disember 2008.
  9. ^ Van Leuveren, Luke (5 November 2008). "Brothers In Arms: Double Time Review" (dalam bahasa Inggeris). PALGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mei 2010. Dicapai pada 12 November 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]