Pergi ke kandungan

Brosur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Brosur, buku kecil, atau pamflet adalah terbitan bukan berkala yang dapat terdiri dari satu hingga sejumlah kecil muka surat, tidak mempunyai perkaitan dengan terbitan lain, dan selesai dalam sekali terbit. Halamannya sering dijadikan satu (antara lain dengan pengokot, benang, atau kawat), tapi tidak menggunakan jilid keras. Menurut takrifan UNESCO, brosur adalah terbitan tidak berkala yang tidak dijilid keras, lengkap (dalam satu kali terbitan), memiliki paling sedikit 5 halaman tetapi tidak lebih dari 48 halaman, di luar perhitungan halaman sampul.[1]

Di England dari abad ke-16 hingga abad ke-18, istilah pamphlet digunakan untuk risalah singkat dan berkontroversi mengenai topik-topik terkini, umumnya berhubungan dengan agama atau politik.[1]

Bentuk dan isi

[sunting | sunting sumber]

Apabila terdiri daripada satu halaman, brosur umumnya dicetak pada kedua sisi, dan dilipat dengan pola lipatan tertentu hingga membentuk sejumlah panel yang terpisah. Pamflet yang hanya terdiri dari satu lembaran/halaman sering disebut lembar iklan (bahasa Inggeris: leaflet, flier, atau flyer). Selain itu, brosur yang memuatkan maklumat tentang barangan disebut juga sebagai katalog produk atau sering hanya disebut katalog.

Brosur atau pamflet memuat maklumat atau penerangan tentang suatu produk, perkhidmatan, syarikat, sekolah, kemudahan umum, atau dimaksudkan sebagai kemudahan pengiklanan. Maklumat dalam brosur ditulis dalam bahasa yang ringkas, dan dimaksudkan untuk mudah difahami dalam waktu yang singkat. Brosur juga direka agar menarik perhatian, dan dicetak dengan menggunakan kertas yang baik dalam usaha memberikan kesan yang baik terhadap produk tersebut.

Buku kecil sering memiliki sampul, halaman judul, dan dijilid, dan memiliki jumlah muka surat yang lebih banyak dari pamflet. Bentuknya sering kelihatan seperti buku ukuran kecil. Berbeza dengan pamflet, buku kecil tidak sesuai untuk pengiklanan.

Sejumlah barangan seperti barang elektronik, sering menyertakan buku kecil yang mengandungi perincian produk atau penjelasan cara penggunaan. Buku kecil yang disertai barang elektronik kadang-kala memiliki jumlah halaman yang banyak dan tidak habis dibaca sekali. Album rekaman, seperti kaset atau CD sering menyertakan buku kecil yang berisi lirik lagu, foto, dan nama-nama artis.

  1. ^ a b The ALA Glossary of Library dan Information Science. American Library Association. 1983. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)