Pergi ke kandungan

Brigedier Jeneral (Amerika Syarikat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Brigedier Jeneral
Brigadier General

Insignia satu bintang Brigedier Jeneral. Gaya dan kaedah pemakaian mungkin berlainan antara pakaian seragam yang berbeza dan cabang perkhidmatan yang berbeza.


Shoulder board Brigedier Jeneral

Negara
Amerika Syarikat
Cabang perkhidmatan Tentera Darat
Kor Marin
Tentera Udara
Tentera Angkasa
Singkatan BG (Army)
BGen (Marine Corps)
Brig Gen (Air Force dan Space Force)
Kumpulan pangkat Pegawai jeneral
Pangkat Satu bintang
Kod
NATO
OF-6
Pangkat tinggi seterusnya Mejar Jeneral
Pangkat rendah seterusnya Kolonel
Persamaan pangkat

Di dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, Brigedier Jeneral ialah pegawai jeneral berpangkat satu bintang dalam Tentera Darat, Kor Marin, Tentera Udara, dan Tentera Angkasa.

Pangkat brigadier general berada di atas colonel dan dibawah major general. Gred gaji brigadier general ialah O-7. Ia setaraf dengan pangkat laksamana muda rendah dalam perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat yang lain yang menggunakan pangkat tentera laut. Perkataan brigadier general disingkatkan ke BG bagi Tentera Darat, BGen bagi Kor Marin, dan Brig Gen bagi Tentera Udara dan Tentera Angkasa.

Peronda Udara Awam juga menggunakan pangkat ini untuk Timbalan Komander Nasional dan beberapa Komander Nasional yang lalu.

Had statutori

[sunting | sunting sumber]

Bendera Brigedier Jeneral A.S.

Kanun Amerika Syarikat mengehadkan sejumlah bilangan pegawai jeneral yang mungkin sedang menjalankan tugas aktif.[1] Sejumlah bilangan pegawai jeneral bertugas aktif dihadkan kepada 218 orang bagi Tentera Darat, 62 orang bagi Kor Marin, 170 orang bagi Tentera Udara, dan 21 orang bagi Tentera Angkasa. Presiden atau Setiausaha Pertahanan boleh menambah bilangan slot untuk satu cabang perkhidmatan, selagi mereka menolak jumlah yang sama daripada perkhidmatan yang lain.[2] Beberapa slot ini dikhaskan oleh statut.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]