Brad Maloney
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Bradley Maloney | ||
Tarikh lahir | 19 Januari 1972 | ||
Tempat lahir | Sydney, Australia | ||
Posisi permainan | Tengah | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1990–1991 | A.P.I.A. Leichhardt | 25 | (2) |
1991–1993 | Newcastle Breakers | 40 | (8) |
1993–1995 | Sydney Olympic | 37 | (7) |
1995–2000 | Marconi | 143 | (47) |
1995 | → Guangzhou Apollo | 1 | (0) |
2000–2002 | Perth Glory | 41 | (13) |
2002–2003 | Parramatta Power | 23 | (5) |
2003–2004 | Marconi | 19 | (7) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
1991 | Australia B-20 | ||
1992 | Australia B-23 | ||
1998–2000 | Australia | 6 | (2) |
Pasukan diurus | |||
2014–2018 | Malaysia (penolong jurulatih) | ||
2014– | Malaysia B-23 (penolong jurulatih) | ||
2019–2022 | Malaysia B-20 | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 10:04, 29 Mei 2009 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10:04, 29 Jun 2019 (UTC) |
Bradley 'Brad' Maloney (lahir 19 Januari 1972) ialah jurulatih bola sepak dari Australia.
Beliau juga pemegang biasiswa Institut Sukan Australia.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Brad Maloney memulakan karier beliau di A.P.I.A Leichhardt pada umur 18 tahun. Selain itu beliau juga bermain untuk Newcastle Breakers, Sydney Olympic, and paling terkenal sekali bersama Marconi Stallions dimana beliau menjaring 47 gol dari musim 1995 hingga 2000. Selain mencetak nama di Marconi, beliau juga dipinjamkan ke kelab China Guangzhou Apollo, sebelum menghabiskan sesi karier di Perth Glory, Parramata Power, and kembali ke Marconi.[2] Pada 2000 Maloney diberi Pingat Johnny Warren yakni penghargaan pemain terbaik bagi NSL dan kemudian A-League.
Brad juga pernah membuat penampilan bagi pasukan bawah umur-20 Australia serta B-23, dimana beliau dan pasukannya raih tempat ke-4 di Olimpik 1992 selepas tewas kepada Ghana. Maloney dipanggil beberapa kali untuk pasukan kebangsaan Australia sekitar 1998 hingga 2000, beliau menamatkan karier bersama skuad kebangsaan dengan 2 gol.
Kerjaya sebagai pengurus
[sunting | sunting sumber]Nama Brad Maloney mula mendapat perhatian di Malaysia apabila beliau dikontrakan sebagai penolong jurulatih kepada pasukan kebangsaan Malaysia pada 2014, beliau juga berkhidmat untuk tempoh sebagai penolong jurulatih kepada skuad B-23 dibawah Dato' Ong Kim Swee sebelum fokus sepenuhnya pada skuad senior dan kemudian B-19. Pada 2019 beliau diberikan tugas sebagai jurulatih skuad B-19 apabila Bojan Hodak tidak lagi disambung kontrak selepas kegagalan pada Kejohanan AFC B-19 2018.[3] Brad berjaya membawa Malaysia ke pentas akhir Kejohanan AFF B-19 2019, namun tewas kepada Australia 1-0.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ AIS at the Olympics Diarkibkan 6 Jun 2011 di Wayback Machine
- ^ Meet The Former Socceroos Helping Spearhead Rise of Malaysia SBS. Dicapai 4 November, 2019.
- ^ Aussie Maloney Appointed As U-19 Interim Head Coach The Star. Dicapai 4 November, 2019.
- ^ Kejohanan AFF B-18 Malaysia Terlepas Kejuaraan Kepada Australia Stadium Astro. Dicapai 4 November, 2019