Pergi ke kandungan

Bordetella parapertussis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bordetella parapertussis
Pertusis Bordetella membiak di agar arang dengan Cephalexin. Terbitan muncul dalam pembiakan 7 hari dalam 10% karbon dioksida; daripada sapuan pernasal pesakit batuk kokol
Pengelasan saintifik e
Domain: Bakteria
Filum: Pseudomonadota
Kelas: Betaproteobacteria
Order: Burkholderiales
Keluarga: Alcaligenaceae
Genus: Bordetella
Spesies:
B. parapertussis
Nama binomial
Bordetella parapertussis
(Eldering & Kendrick 1938) Moreno-López 1952

Bordetella parapertussis ialah suatu baketeria negatif Gram kecil dalam genus Bordetella yang menubuhkan koloni di saluran pernafasan mamalia.[1] Batuk kokol terbutan B. parapertussis muncul dengan gejala serupa dengan batuk kokol B. pertussis, tetapi secara amnya kurang teruk jika dibandingkan.[2] Keimunan yang diperoleh melalui B. pertussis tidak dibawa ke B. parapertussis kerana antigen O hanya ada pada B. parapertussis. Antigen ini melindungi B. parapertussis melawan antibodi khusus B. pertussis, menyebabkan bakteria dapat membiak bebas di peparu perumah tanpa diserang antibodi sebelumnya. Dapatan ini mencadangkan bahawa B. parapertussis berevolusi dalam populasi perumah yang telah memperoleh keimunan terhadap B. pertussis, di mana pengelakan daripada B. pertussis menjadi satu kelebihan.[3]

Dua keturunan B. parapertussis telah dihuraikan. Keturunan pertama menjangkiti manusia, dan bertanggungjawab bagi sebilangan kecil batuk kokol.[4] Keturunan kedua pula menyebabkan pneumonia tak progresif kronik dalam biri-biri.[5] Kedua-dua keturunan diandaikan telah berevolusi daripada leluhur seperti B. bronchiseptica.[6] Jangkitan ini boleh bergejala mahupun tidak, dan mungkin mendedahkan perumah terhadap jangkitan sekunder.[7]

  1. ^ Ryan KJ; Ray CG, penyunting (2004). Sherris Medical Microbiology (ed. 4th). McGraw Hill. ISBN 978-0-8385-8529-0.
  2. ^ Heininger U, Stehr K, Schmitt-Grohé S, Lorenz C, Rost R, Christenson P, Uberall M, Cherry J (1994). "Clinical characteristics of illness caused by Bordetella parapertussis compared with illness caused by Bordetella pertussis". Pediatr Infect Dis J. 13 (4): 306–9. doi:10.1097/00006454-199404000-00011. PMID 8036048.
  3. ^ Wolfe D, Goebel E, Bjornstad O, Restif O, Harvil E (2007). "The O Antigen Enables Bordetella parapertussis To Avoid Bordetella pertussis-Induced Immunity". Infection and Immunity. 75 (10): 4972–9. doi:10.1128/IAI.00763-07. PMC 2044517. PMID 17698566.
  4. ^ Cherry J (1996). "Historical review of pertussis and the classical vaccine". J Infect Dis. 174 Suppl 3: S259–63. doi:10.1093/infdis/174.supplement_3.s259. PMID 8896526.
  5. ^ Porter J, Connor K, Donachie W (1994). "Isolation and characterization of Bordetella parapertussis-like bacteria from ovine lungs". Microbiology. 140 (2): 255–61. doi:10.1099/13500872-140-2-255. PMID 8180690.
  6. ^ van der Zee A, Mooi F, Van Embden J, Musser J (1997). "Molecular evolution and host adaptation of Bordetella spp.: phylogenetic analysis using multilocus enzyme electrophoresis and typing with three insertion sequences". J Bacteriol. 179 (21): 6609–17. doi:10.1128/jb.179.21.6609-6617.1997. PMC 179586. PMID 9352907.
  7. ^ Porter J, Connor K, Krueger N, Hodgson J, Donachie W (1995). "Predisposition of specific pathogen-free lambs to Pasteurella haemolytica pneumonia by Bordetella parapertussis infection". J Comp Pathol. 112 (4): 381–9. doi:10.1016/S0021-9975(05)80019-2. PMID 7593760.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.