Pesawat ulang-alik
Rencana ini adalah mengenai kenderaan angkasa. Untuk Program Angkasa NASA, sila lihat Program Bolak-balik Angkasa. Untuk Bolak balik angkasa Soviet, lihat Bolak balik angkasa Buran.
Bolak balik angkasa | |
Bolak balik angkasa Discovery dilancarkan dalam misi STS-120. | |
Fungsi | Manned partially re-usable launch and reentry system |
---|---|
Pengeluar | United Space Alliance: Thiokol/Alliant Techsystems (SRBs) Lockheed Martin (Martin Marietta) - (ET) Rockwell/Boeing (pengorbit) |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Saiz | |
Tinggi | 184 kaki (56.1 m) |
Ukur lilit | 28.5 kaki (8.69 m) |
Berat | 4,470,000 lb (2,030 tan) |
Tahap | 2 |
Keupayaan | |
Muatan ke LEO | 24,400 kg (53,600 lb) |
Muatan ke GTO |
3,810 kg (8,390 lb) |
Sejarah pelancaran | |
Status | Aktif |
Tapak pelancaran | LC-39, Pusat Angkasa Kennedy SLC-6, PTU Vandenberg (tidak digunakan) |
Jumlah pelancaran | 125 |
Kejayaan | 124 |
Kegagalan | 1 (launch explosion, Challenger) |
Lain | 1 (gagal semasa masuk semula, Columbia) |
Penerbangan sulung | 12 April, 1981 |
Muatan terkenal | Komponen-komponen Stesen Angkasa Antarabangsa Teleskop Angkasa Hubble Galileo Magellan Bali cerap Sinar-X Chandra Balai cerap Sinar Gamma Compton |
Penggalak (Tahap 0) - Penggalak Roket Pepejal | |
No penggalak | 2 |
Enjin | 1 pepejal |
Tujahan | 2,800,000 lbf setiap satu, pelancaran aras laut (12.5 MN) |
Impuls spesifik | 269 s |
Masa bakar | 124 saat |
Bahan api | pepejal |
Tahap pertama - tangki luar | |
Enjin | (tiada) (3 SSME ditempatkan pada pengorbit) |
Tujahan | 1,225,704 lbf keseluruhan, pelancaran pada aras laut (5.45220 MN) |
Impuls spesifik | 455 s |
Masa bakar | 480 saat |
Bahan api | LOX/LH2 |
Tahap ke-2 - Pengorbit | |
Enjin | 2 OME |
Tujahan | 53.4 kN jumlah tujahan vakum gabungan (12,000 lbf) |
Impuls spesifik | 316 saat |
Masa bakar | 1250 saat |
Bahan api | MMH/N2O4 |
Bolak balik angkasa lepas [1] atau pesawat ulang alik[2] (bahasa Inggeris:Space Shuttle atau nama rasminya Space Transportation System atau STS) merupakan sejenis kenderaan angkasa yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet untuk digunakan bagi misi penerbangan ulang-alik ke angkasa. Bolak balik angkasa, tidak seperti kenderaan angkasa yang lain dapat digunakan berulang-ulang kali. Bolak balik angkasa yang boleh beroperasi kini hanya dimiliki oleh NASA, setelah Rusia memutuskan untuk menamatkan program bolak balik angkasa Buran. Amerika Syarikat menghasilkan sebanyak 5 buah bolak balik angkasa, akan tetapi kini hanya terdapat tiga buah yang masih tinggal.
Bolak balik angkasa biasanya digunakan untuk membawa pelbagai muatan kebiasaannya adalah satelit, membawa anak kapal ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan untuk misi-misi penyelenggaraan seperti membaiki Teleskop Angkasa Hubble.
NASA telah mengumumkan untuk menamatkan armada bolak balik angkasanya bermula pada tahun 2010 dan akan menggantikannya dengan roket jenis Orion bukan sahaja direka untuk mengangkut manusia ke bulan, malah berupaya untuk mengangkut manusia ke orbit angkasa yang lebih jauh.
Bahagian dan komponen
[sunting | sunting sumber]Mirip dengan pesawat terbang, pesawat ulang alik ini dilengkapi dengan sayap, sistem kemudi, sistem pendorong, dan badan pesawat tempat antariksawan bekerja. Bedanya pesawat ulang-alik ini lebih komplet baik badan maupun mesin yang menggerakannya.
Pesawat ini secara umumnya dari tiga sistem dasar iaitu dua buah roket padat sebagai tenaga pendorong awal dari pusat pelancaran, tangki luar untuk membekalkan mesin utama, dan pengorbit di mana tiga dek ditempatkan sebagai tempat penginapan dan pekerjaaan angkasawan selama tempoh perjalanan.
Pesawat ini dikendalikan dari dek penerbangan di bahagian atas. Di bahagian bawah merupakan kawasan tempat tinggal antariksawan yang dilengkapi dengan dapur, tempat tidur dan sebagainya. Sistem pengendali lingkungan ditempatkan pada dek ketiga.
- Tangki luar yang berisi 526,126 galon bahan bakar berfungsi untuk membekalkan bahan bakar ke mesin utama. Saat dua roket padat (Solid Rocket Boosters) dipisahkan dari pesawat pada ketinggian 45 km, mesin utama dihidupkan dengan bahan bakar dari tangki luar (external tank). Tangki luar ini akan dilepaskan daripada pesawat pada ketinggian 113 km dan jatuh ke lautan.
- Roket padat seberat 1.3 juta paun ini berupaya menghasilkan daya tujahan sebesar 2,650,000 paun berfungsi sebagai pendorong pesawat saat dilancarkan sampai ketinggian 45 km daripada permukaan bumi. Roket ini kemudian di lepaskan dari pesawat ruang angkasa dan jatuh ke laut.
- Orbiter merupakan bahagian inti dari pesawat ulang-alik. Orbiter mirip pesawat terbang, di dalamnya terdapat dek tempat antariksawan tinggal dan peralatan navigasi. Mesin utama pun ditempatkan di belakang orbiter atau pengorbit. Pengorbit inilah yang kembali ke Bumi jika misi telah selesai.
Penamatan khidmat
[sunting | sunting sumber]Bolak-balik angkasa asalnya bertujuan digunakan sebagai suatu "trak angkasa" oleh pihak Amerika Syarikat bagi membina suatu stesen angkasa di orbit Bumi rendah pada sekitar tahun 1990-an. Projek ini lama kelamaannya beransur ubah menjadi Stesen Angkasa Antarabangsa yang ditunda pembinaannya berkali-kali sehingga pesawat beroperasi 15 tahun lebih lama daripada yang dijangkakan.
Misi ke-135 dan terakhir yang melibatkan pesawat ini terdiri daripada empat orang angkasawan—Christopher Ferguson (komander), Douglas Hurley (juruterbang), Sandra Magnus (Mission Specialist 1), and Rex Walheim (Mission Specialist 2)[3] dalam pesawat Atlantis yang berlepas pada 8 Julai 2011 dan mendarat dengan selamatnya di Pusat Angkasa Kennedy pada 21 Julai 2011 pukul 5:57 pagi waktu tempatan (09:57 UTC).[4]
Pihak Amerika Syarikat kini bergantung kepada roket Soyuz Rusia untuk tujuan pengangkutan bekalan dan bahan binaan ke ISS.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ bolak balik angkasa lepas
- ^ pesawat ulang alik
- ^ "Rare Four-Member Crew to Fly Final Shuttle". FoxNews. July 3, 2011. Dicapai pada July 4, 2011.
- ^ "Launch and Landing". NASA. Dicapai pada July 23, 2011.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pesawat ulang-alik |
- NASA Human Spaceflight - Shuttle Diarkibkan 2005-11-06 di Wayback Machine: Current status of shuttle missions
- Video of current and historical missions (STS-1 thru Current) Diarkibkan 2010-09-09 di Wayback Machine
- NASA TV: View live streaming of launch and mission coverage
- Space Shuttle Newsgroup - sci.space.shuttle
- List of all Shuttle Landing Sites
- Map of Landing Sites
- Official NASA Human Space Flight Orbital Tracking Diarkibkan 2007-04-08 di Wayback Machine system
- Congressional Research Service (CRS) Reports regarding the Space Shuttle
- Weather criteria for shuttle launch Diarkibkan 2006-09-12 di Wayback Machine
- NASA Shuttle Gallery: Newer images, audio, and video of the space shuttle program Diarkibkan 2009-06-18 di Wayback Machine
- Older images of the space shuttle program Diarkibkan 2008-04-05 di Wayback Machine
- The maiden launch of the space shuttle (Google Video) Diarkibkan 2007-08-29 di Wayback Machine
- Different details and perspectives from the orbiter (Gallery drafts.de) Diarkibkan 2010-01-17 di Wayback Machine (ger.)
- 04/16/07: Consolidated Launch Manifest: Space Shuttle Flights and ISS Assembly Sequence.
- NASA Further Updates Launch Schedule. Diarkibkan 2011-09-30 di Wayback Machine
- GRiD Compass History at Hrothgar's Cool Old Junk Page
- NASA History Series Publications (many of which are on-line)
- Space Shuttle Endeavour Pictures at the ISS[pautan mati kekal]
- A timeline slideshow of the space shuttle SwitchYard Media for the Discovery Channel.