Bocchi the Rock!
Bocchi the Rock! (ぼっち・ざ・ろっく! , Bocchi za Rokku!) adalah siri manga panel berempat ditulis dan dilukis oleh Aki Hamaji, disirikan dalam majalah manga seinen Houbunsha, Manga Time Kirara Max sejak Disember 2017. Ia telah dikumpulkan dalam 5 jilid tankōbon setakat November 2022. Satu adaptasi siri televisyen anime dihasilkan oleh CloverWorks mula bersiaran pada Oktober 2022.
Watak
[sunting | sunting sumber]Kessoku Band
[sunting | sunting sumber]Kessoku Band (結束バンド , Kessoku Bando, har. "pengikat kabel") adalah band tumpuan dalam siri ini, berpengkalan di STARRY, sebuah tempat gig di Shimokitazawa. Nama keluarga setia ahlinya diilhamkan daripada band J-Rock, Asian Kung-Fu Generation, dengan alat muzik dimainkan turut berpadanan (contoh, Yamada dalam kedua-dua band bermain gitar bass).[1]
- Hitori Gotō (後藤 ひとり , Gotō Hitori) / Bocchi (ぼっち )
- Disuarakan oleh: Yoshino Aoyama[2]
- Protagonis dan pemain gitar utama Kessoku Band. Introvert kronik yang bermasalah dalam kebanyakan kes interaksinya. Dia belajar bermain gitar ketika usia mudanya, dengan harapan dia akan mendapat kawan. Walaupun muncul handal dalam aksi gitarnya untuk peminat dalam talian (dibawah nama "guitarhero"), dia masih sukar berbuat kawan di alam nyata, sehingga dia ditarik masuk untuk bermain bersama Kessoku Band. Sejak itu, Hitori mula keluar dari sarangnya, memperoleh beberapa kawan dan belajar lebih lagi untuk berhubungan dengan orang lain.
- Nijika Ijichi (伊地知 虹夏 , Ijichi Nijika)
- Disuarakan oleh: Sayumi Suzushiro[3]
- Pemain dram Kessoku Band dan pengasasnya. Kakaknya, Seika, mengendalikan ruang gig tempat mereka bermain. Nijika sangat mengikuti Seika sejak mereka hilang ibu ketika mereka kecil dan ayahnya melarikan diri.
- Ryō Yamada (山田 リョウ , Yamada Ryō)
- Disuarakan oleh: Saku Mizuno[4]
- Pemain gitar bass Kessoku Band yang sering berperilaku tenang dan tampak androgini, sehingga menawan hati gadis lain (termasuk Ikuyo) tanpa sengaja. Seringkali memborosi wang saku keluarganya untuk alat muzik baru, dia mendakwa hidupnya hanya dapat berbekalkan rumput dan daun sahaja. Setelah keluar dari band lamanya akibat perbezaan haluan, Ryo diajak Nijika untuk menyertainya menubuhkan band baru.
- Ikuyo Kita (喜多 郁代 , Kita Ikuyo)
- Disuarakan oleh: Ikumi Hasegawa[5]
- Vokalis dan pemain gitar Kessoku Band, ekstrovert riang yang bertentangan dengan Hitori. Asalnya dia menyertai Kessoku Band untuk lebih dekat dengan Ryo, namun setelah menipu mengenai kebolehannya bermain gitar, dia melarikan diri. Dengan bantuan Hitori, dia dapat menjadi pemain gitar yang baik.
SICK HACK
[sunting | sunting sumber]SICK HACK ialah kumpulan rock psychedelic, berpangkalan di FOLT, sebuah rumah gig di Shinjuku. Ahli-ahlinya berkongsi nama keluarga mereka dengan nama ahli dari kumpulan nyata 88Kasyo Junrei .
- Kikuri Hiroi (廣井 きくり , Hiroi Kikuri)
- Disuarakan oleh: Sayaka Senbongi
- Voklais dan pemain bass SICK HACK. Kaki arak yang memboroskan duitnya semata-mata untuk arak, khususnya sake kotak Onikoroshi, dan menamakan gitarnya "Shuten-Douji EX."
- Eliza Shimizu (清水 イライザ , Shimizu Iraiza)
- Disuarakan oleh: Sally Amaki[6]
- Pemain gitar SICK HACK.
- Shima Iwashita (岩下 志麻 , Iwashita Shima)
- Disuarakan oleh: Maki Kawase[7]
- Pemain dram SICK HACK.
SIDEROS
[sunting | sunting sumber]SIDEROS ialah sebuah band metal, berpangkalan di FOLT, sebuah rumah gig di Shinjuku. Ahlinya berkongsi nama keluarga mereka dengan nama keluarga ahli-ahli kumpulan Kinniku Shōjo Tai .
- Yoyoko Ōtsuki (大槻 ヨヨコ , Ōtsuki Yoyoko)
- Vokalis dan gitaris SIDEROS.
- Akubi Hasegawa (長谷川 あくび , Hasegawa Akubi)
- Pemain dram SIDEROS.
- Fūko Honjō (本城 楓子 , Honjō Fūko)
- Gitaris SIDEROS.
- Yuyu Uchida (内田 幽々 , Uchida Yuyu)
- Pemain bass SIDEROS.
Watak berkait muzik
[sunting | sunting sumber]- Seika Ijichi (伊地知 星歌 , Ijichi Seika)
- Disuarakan oleh: Maaya Uchida[8]
- Kakak Nijika dan pengurus STARRY.
- PA-san (PAさん , PA-san)
- Disuarakan oleh: Kotori Koiwai[9]
- Jurutera bunyi dan siaraya STARRY.
- Ginjirō Yoshida (吉田 銀次郎 , Yoshida Ginjirō)
- Pengurus FOLT.
- Poison Yami (ぽいずん♡やみ , Poizun Yami)
- Penulis bebas yang menulis di laman-laman muzik
- Miyako Shiba (司馬 都 , Shiba Miyako)
- Pengurus Stray Beat, sebuah label rekod. Dia ditugaskan bagi mengurus Kessoku Band.
Watak sokongan
[sunting | sunting sumber]Keluarga Gotō
[sunting | sunting sumber]- Michiyo Gotō (後藤 美智代 , Gotō Michiyo)
- Disuarakan oleh: Rie Suegara[10]
- Ibu Hitori.
- Naoki Gotō (後藤 直樹 , Gotō Naoki)
- Disuarakan oleh: Junji Majima[11]
- Ayah Hitori.
- Futari Gotō (後藤 ふたり , Gotō Futari)
- Disuarakan oleh: Misaki Watada[12]
- Adik perempuan Hitori.
- JimiHen (ジミヘン , JimiHen)
- Disuarakan oleh: Kotori Koiwai[13]
- Anjing peliharaan keluarga Gotoh.
Media
[sunting | sunting sumber]Manga
[sunting | sunting sumber]Bocchi the Rock! ditulis dan dilukis oleh Aki Hamaji. Mulanya ia disirikan dalam majalah Manga Time Kirara Max Houbunsha pada 19 Disember 2017, sebagai karya jemputan. [14] Siri penuh bermula dalam majalah yang sama pada 19 Mac 2018. [15] Ia telah dikumpulkan dalam lima jilid tankōbon setakat 26 November 2022.
No. | Tarikh keluaran | ISBN |
---|---|---|
1 | February 27, 2019[16] | ISBN 978-4-8322-7072-5 |
2 | February 27, 2020[16] | ISBN 978-4-8322-7170-8 |
3 | February 25, 2021[16] | ISBN 978-4-8322-7252-1 |
4 | August 26, 2022[16] | ISBN 978-4-8322-7388-7 |
5 | November 26, 2022[16] | ISBN 978-4-8322-7419-8 |
Anime
[sunting | sunting sumber]Adaptasi siri televisyen anime telah diumumkan pada 18 Februari 2021. [17] Ia diterbitkan oleh CloverWorks dan diarahkan oleh Keiichirō Saitō, dengan Yūsuke Yamamoto berkhidmat sebagai penolong pengarah, Erika Yoshida menulis skrip cerita, Kerorira mereka bentuk watak, dan Tomoki Kikuya menggubah muzik. Siri ini mula ditayangkan pada 9 Oktober 2022, di Tokyo MX dan pelbagai rangkaian lain. [2] [18] [a] Kessoku Band mempersembahkan lagu pembukanya "Seishun Complex" (青春コンプレックス ) , dan lagu penamat "Distortion! !" . [20] Crunchyroll melesenkan siri ini di luar Asia. [21] Plus Media Networks Asia melesenkan siri ini di Asia Tenggara dan menyiarkannya di Aniplus Asia dan Bilibili . [22]
Penerimaan
[sunting | sunting sumber]Pada 2019, siri ini menduduki tempat kelapan di Next Manga Awards dalam kategori percetakan. [23]
- ^ 【インタビュー】『ぼっち・ざ・ろっく!』はまじあき「きららの女子高生だって、学校以外に居場所があっていい」|コミスペ!. コミスペ! (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada December 18, 2021.
- ^ a b Mateo, Alex (December 17, 2021). "Bocchi the Rock! TV Anime's Teaser Video Reveals Cast, Staff, 2022 Premiere". Anime News Network. Dicapai pada December 17, 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "ANN1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Mateo, Alex (January 17, 2022). "Bocchi the Rock! TV Anime Casts Sayumi Suzushiro". Anime News Network. Dicapai pada January 17, 2022.
- ^ Mateo, Alex (February 18, 2022). "Bocchi the Rock! TV Anime Casts Saku Mizuno". Anime News Network. Dicapai pada February 18, 2022.
- ^ Hodgkins, Crystalyn (March 18, 2022). "Bocchi the Rock! TV Anime Casts Ikumi Hasegawa". Anime News Network. Dicapai pada March 18, 2022.
- ^ @sally_amaki (December 11, 2022). "Had the honor of voicing Eliza in this week's episode of Bocchi the Rock! Hope everybody checks it out 🥰She's so cute 🎸🎸🎸" (Twit). Dicapai pada December 11, 2022 – melalui Twitter.
- ^ @maki_kawase (December 11, 2022). 『ぼっち・ざ・ろっく!』第10話にてSICK HACKのドラム 岩下志麻の声を担当させて頂きました🥁 志麻さまー! (Twit) (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada December 11, 2022 – melalui Twitter.
- ^ @maaya_taso (October 13, 2022). ぼっち・ざ・ろっく! 伊地知 星歌役で出演します🎸 1話にもちらっとでてました〜🌼 (Twit) (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada October 16, 2022 – melalui Twitter.
- ^ @koiwai_kotori (October 9, 2022). TVアニメ「#ぼっち・ざ・ろっく!」 PAさん役で出演させて頂いております! (Twit) (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada October 11, 2022 – melalui Twitter.
- ^ @suzygara (October 9, 2022). 事後報告になりますが、本日より始まりました『ぼっち・ざ・ろっく!』に後藤ひとりちゃんのお母さんの美智代さん役として出演させて頂きました☺️ (Twit) (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada October 9, 2022 – melalui Twitter.
- ^ @maji_opai (October 16, 2022). あ、MXで『ぼっち・ざ・ろっく』2話始まったー。 ひとりのお父さん役で出てます。 この話数出てるかは覚えてないですw (Twit) (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada October 16, 2022 – melalui Twitter.
- ^ @machauq (October 9, 2022). 🎀おしらせ🐕 TVアニメ【#ぼっち・ざ・ろっく!】本日、放送開始…❕✨🎉 後藤ふたり役で出演致しました☺︎ (Twit) (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada October 9, 2022 – melalui Twitter.
- ^ @koiwai_kotori (October 9, 2022). そして、ジミヘン役も 担当させて頂いております!🐶 (Twit) (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada October 9, 2022 – melalui Twitter.
- ^ 音楽好きのぼっち少女描く「ぼっち・ざ・ろっく!」など、きららMAXにゲスト2本. Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. December 19, 2017. Dicapai pada December 17, 2021.
- ^ バンド活動に憧れる超人見知り少女4コマ「ぼっち・ざ・ろっく!」が連載化. Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. March 19, 2018. Dicapai pada December 17, 2021.
- ^ a b c d e ぼっち・ざ・ろっく! (dalam bahasa Japanese). Houbunsha. Dicapai pada February 18, 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Mateo, Alex (February 18, 2021). "Bocchi the Rock! 4-Panel Band Manga Gets TV Anime". Anime News Network. Dicapai pada February 18, 2021.
- ^ Loo, Egan (September 14, 2022). "Bocchi the Rock! Anime's 1st Video Announces More Staff, October 8 Debut". Anime News Network. Dicapai pada September 14, 2022.
- ^ アニメ「ぼっち・ざ・ろっく!」は10月8日から放送!PV&本ビジュアル公開. Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. September 14, 2022. Dicapai pada September 14, 2022.
- ^ ぼっち・ざ・ろっく!:OP、ED映像公開 結束バンド・喜多郁代がボーカル. Mantan Web (dalam bahasa Jepun). October 9, 2022. Dicapai pada October 9, 2022.
- ^ Mateo, Alex (September 21, 2022). "Crunchyroll Announces Release Schedule for Fall 2022 Anime Season". Anime News Network. Dicapai pada September 21, 2022.
- ^ Pineda, Rafael Antonio (September 26, 2022). "Aniplus Asia Airs Simulcast of Bocchi the Rock! Anime". Anime News Network. Dicapai pada October 8, 2022.
- ^ Loveridge, Lynzee (August 22, 2019). "SPY × FAMILY, Kusuriya no Hitorigoto Win Tsugi ni Kuru Manga Award 2019". Anime News Network. Dicapai pada October 9, 2022.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan