Blas padi
Penyakit blas padi disebabkan oleh kulat Pyricularia grisea Sacc. (sinonim Pyricularia oryzae Cavara) adalah salah satu penyakit penting pada tanaman padi (Rossman et al. 1990). Penyakit ini telah merosotkan hasil tanaman padi di Asia Tenggara dan Amerika Selatan sekitar 30-50% (Baker et al. 1997; Scardaci et al. 1997) dan mengakibatkan kerugian berjuta-juta dolar Amerika (Shimamoto et al. 2001). Di Indonesia serangan penyakit blas mampu merangkumi keluasan 1.285 juta haktar atau sekitar 12% dari luas keseluruhan pertanaman padi di Indonesia.
Antara sebab penyebaran penyakit blas padi yang meluas adalah kerana kebanyakan padi yang ditanam adalah dari satu jenis sahaja, iaitu keseragaman genetik padi yang di tanam. Mempelbagaikan genetik yang dipelihara dari sumber semulajadi merupakan salah satu faktor penting sebagai tunjang merangsangkan ketahanan padi. Spesies tanaman liar adalah salah satu alternatif sumber kepelbagaian genetik. Menggunakan spesies liar dalam program menyemarakkan tanaman padi telah banyak dilakukan (Jena dan Khush 1989; Sitch dan Romero 1990).
Dalam rangka pembangunan variasi padi yang tahan penyakit blas, penelitian telah dilakukan untuk menganalisis gen pengendali ketahanan terhadap penyakit blas pada spesies padi liar Oryza rufipogon (IRGC # 105491). Spesies padi liar yang berpotensi untuk program perbaikan adalah kultivar IR64, yaitu hasil analisis molekuler QTL untuk sifat kuantitatif daya hasil kualiti benih dan QTL untuk sifat ketahanan terhadap penyakit blas pada populasi BC2F3 dari persilangan IR64/O. rufipogon//IR64 (Septiningsih et al. 2003; Utami et al. 2001). IR64 telah dikenal sebagai baka padi yang popular dan berdaya tahan terhadap penyakit blas di sawah (Bonman et al. 1989; Roumen 1992). Namun demikian, hasil pemantauan perkembangan penyakit blas yang dilakukan akhir-akhir ini menunjukkan bahwa penyakit blas telah meluas dari padi biasa ke padi sawah, termasuk variati IR64. Perkembangan selular dan morfologi P. grisea sangat adaptif pada tanaman padi yang dijangkitinya, di samping itu kulat patogen ini juga mempunyai keragaman genetik yang tinggi (Dean et al. 1994).