Bill Gates Sr.
Bill Gates Sr. | |
---|---|
Kelahiran | William Henry Gates, Sr. 30 November 1925 |
Meninggal dunia | 14 September 2020 | (umur 94)
Pusat pendidikan | Universiti Washington |
Pekerjaan | Peguam (bersara) |
Pasangan | Mary Maxwell Gates Mimi Gardner Gates |
Anak-anak | 3, termasuk Bill Gates |
Ibu bapa | William Henry Gates I Lillian Elizabeth Rice |
William Henry Gates II, juga dikenali sebagai Bill Gates Sr. (30 November 1925 – 14 September 2020) ialah seorang peguamcara, dermawan dan penulis buku Showing Up for Life: Thoughts on the Gifts of a Lifetime Amerika Syarikat. Beliau ialah bapa kepada pengasas Microsoft, Bill Gates.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1951, beliau berkahwin dengan Mary Maxwell Gates (1929-1994) yang dikenalinya di UW, dan mereka berkahwin sehingga 1994 apabila Mary meninggal dunia. Mereka mempunyai tiga anak: Kristianne, Bill, dan Libby. Dua anak perempuannya, Kristi Blake dan Libby Armintrout, ialah ahli aktif komuniti UW.[1]
Pada tahun 1996, Gates berkahwin dengan isteri keduanya Mimi Gardner Gates (lahir 1943), yang merupakan pengarah di Muzium Kesenian Seattle.[1]
Beliau ialah penyokong sepanjang hayat pasukan futbol kolej Washington Huskies.[2]
Pada tahun 2018, ia telah didedahkan bahawa beliau menghidap penyakit Alzheimer.[3][4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Glascock, Stuart. "Mighty is the Man Who Wears the Purple and the Gold". UW Alumni Magazine. Dicapai pada January 9, 2019.
- ^ Cauce, Ana Mari (November 30, 2015). "Happy Birthday, Bill Gates Sr". Universiti Washington. Dicapai pada January 8, 2019.
- ^ "Bill Gates reveals personal reason he's helping fight Alzheimer's disease". The Today Show. April 10, 2019.
- ^ "Bill Gates Reveals His Father Suffers From Alzheimer's". TIME. April 10, 2019.