Bilis
Ikan bilis | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | Engraulidae
|
Genera | |
Amazonsprattus |
Ikan bilis (Jawi: ايکن بيليس) merupakan ahli keluarga (Engraulidae) bagi ikan air masin kecil yang lazim. Ikan ikan genera Stolephorus dan Encrasicholina (bunga air) adalah biasa di Malaysia. Ikan bilis ialah ikan hijau yang kecil dengan pantulan biru berikutan jalur melintang pada badannya. Panjang maksimumnya ialah 23 cm. Muncungnya tumpul dengan gigi yang kecil dan tajam pada kedua-dua rahangnya. Mulutnya lebih besar daripada ikan herring. Makanan utama ikan bilis ialah plankton.
Penggunaan
[sunting | sunting sumber]Di Malaysia, Indonesia, dan beberapa tempat di Singapura, ikan bilis digunakan untuk membuat pati ikan, sambal, atau digorang minyak banyak serta dihidangkan dengan nasi lemak. Ikan bilis biasanya digunakan dengan cara yang sama dengan udang kering dalam masakan Malaysia. Ikan bilis juga digunakan dalam penghasilan budu, melalui proses penapaian. Di Vietnam, ikan bilis adalah ramuan utama sos ikan- nước mắm- sos kebangsaan tidak rasmi Vietnam.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]