Pergi ke kandungan

Bila Mencintaimu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Bila Mencintaimu"
"Mempercayaimu" album artwork
Single oleh Mina Amira
daripada album Bila Mencintaimu
Dilancarkan2021
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenrePop Balada
Panjang3:24 (single)
5:02 (muzik video)
SyarikatFusion Records MY
PenulisDeera Lee, Zul Norizan
PenerbitZul Norizan
Kronologi single Mina Amira
""Mempercayaimu"
(2020)"
"Bila Mencintaimu"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Bila Mencintaimu" merupakan lagu nyanyian Mina Amira[1] yang dikeluarkan pada 24 September 2021. Lagu ini merupakan single kedua beliau selepas mengeluarkan single pertamanya yang bertajuk "Mempercayaimu"

Mina Amira pernah bergelar juara dalam episod ketiga I Can See Your Voice Malaysia[2] musim yang kedua (2019)

Lagu ini ditulis sepenuhnya oleh Deera Lee, sebelum Mempercayaimu dirakam lagi. Lagu ini juga dan digubah bersama Zul Norizan. Rakaman lagu terpaksa dilakukan secara jarak jauh dan melalui dalam talian akibat kes positif COVID-19 di Malaysia pada Julai hingga Ogos meningkat naik tanpa kawalan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 sudah dikuatkuasakan ketika itu.

Muzik video

[sunting | sunting sumber]

Muzik video "Bila Mencintaimu" diarahkan oleh Zul Norizan dan Mina Amira. Perancangan produksi sudah dilakukan seawal Januari 2021 dan dilakonkan oleh Mina Amira sendiri dan Farid Danial.

Muzik video lagu ini mempunyai dua bahagian:

Muzik video utama dikira sebagai "Bahagian 1" dimana penceritaan secara visual mengenai satu pasangan yang baru memulakan hubungan percintaan. Muzik video utama diakhiri dengan visual Farid Danial melamar Mina Amira dan tergantung disitu.

Konklusi Muzik video dikeluarkan seminggu selepas muzik video utama dikeluarkan, dikira sebagai "Bahagian 2" dimana terdapat visual melamar dari muzik video utama sehingga ke visual perkahwinan antara dua watak utama dalam penceritaan ini. Perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan sebenar antara Mina Amira dan Farid Danial yang telah dirancang untuk dijadikan promosi lagu.

Format dan senarai runut

[sunting | sunting sumber]
Muat turun dan penstriman digital

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]