Bibiano Zapirain
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Bibiano Zapirain | ||
Tarikh lahir | 2 Disember 1919 | ||
Tempat lahir | Tomas Gomensoro, Uruguay | ||
Tarikh kematian | 2 Disember 2000 | (umur 81)||
Tempat kematian | Bogotá, Colombia | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1937 | Selezione di Artigas | ||
1939 | Bagé | ||
1940–1946 | Nacional | 58 | (18) |
1946–1948 | Internazionale | ||
1950 | Nacional | ||
1951–1952 | Cúcuta Deportivo | ||
1953 | Nacional | ||
1955–1956 | Cúcuta Deportivo | ||
Pasukan kebangsaan | |||
1942–1946 | Uruguay | 20 | (4) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Bibiano Zapirain (2 Disember 1919 – 2 Disember 2000) merupakan salah seorang pemain Uruguay.
Karier
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]Beliau merupakan salah seorang daripada penyerang Uruguay yang terkenal pada zaman 1940-an, seorang pemain yang berdaya tahan tinggi serta licik. Beliau memulakan kariernye bersama kelab Columbus di tempat lahir beliau. Semasa beliau berumur 18 tahun, beliau telah mewakili kelab Artigas dalam kejohanan Coastal Tournament.
Pada tahun 1946, beliau berhijrah ke Itali dan mewakili kelab Internazionale yang pada ketika itu beliau diperkenalkan oleh kelab berkenaaan bersama-sama dengan beberapa pemain dari Amerika Selatan yang lain seperti Alberto Cerioni Elmo dan Bovio dari Argentina, Luis Volpi dan Pedemonti dari Uruguay. Beliau telah bermain sebanyak 58 perlawanan bersama kelab Inter, di mana beliau menjaringkan 18 gol. Pada tahun 1949, beliau kembali pulang ke Uruguay.
Pada tahun 1950, beliau menyertai kelab Nacional, sebuah kelab bola sepak di Uruguay. Bersama-sama dengan rakan sepasukannya iaitu Atilio García, Anibal Ciocca dan Luis Volpi, mereka merupakan sebahagian daripada kumpulan "Quinquenio" iaitu kumpulan yang terkenal dengan serangan balas paling berkesan di dalam bola sepak Uruguay.
Negara
[sunting | sunting sumber]Beliau juga pernah mewakili pasukan Uruguay dalam Copa América. Pada tahun 1942, beliau menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan akhir di antara Uruguay menentang pasukan Argentina yang menyaksikan beliau menjulang piala kejohanan buat kali pertama.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Kelab
- 1940, 1941, 1942, 1943, 1950, 1952
- Pasukan kebangsaan
- Copa América: 1
Penampilan
[sunting | sunting sumber]Pasukan kebangsaan
[sunting | sunting sumber]Kejohanan | Tuan rumah | Keputusan | Penampilan (Gol) |
---|---|---|---|
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1942 | Uruguay | Johan | 6 (3)[1] |
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1945 | Chile | Tempat keempat | 4 (0)[2] |
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1946 | Argentina | Tempat keempat | 4 (0)[3] |
Kelab
[sunting | sunting sumber]Kelab | Negara asal | Tempoh |
---|---|---|
Nacional | Uruguay | 1940—1946 |
Internazionale | Itali | 1946—1948 |
Nacional | Uruguay | 1949—1950 |
Cúcuta Deportivo | Colombia | 1951 |
Nacional | Uruguay | 1952 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Martín Tabeira. "Campeonato Sudamericano 1942". RSSSF. Dicapai pada 2013-12-25.
- ^ Martín Tabeira. "Campeonato Sudamericano 1945". RSSSF. Dicapai pada 2013-12-25.
- ^ Martín Tabeira. "Campeonato Sudamericano 1946". RSSSF. Dicapai pada 2013-12-25.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Ringkasan karier pemain di playerhistory.com
- (Inggeris) Profil Bibiano Zapirain di National-Football-Teams.com