Pergi ke kandungan

Biawak air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Biawak Air)

Biawak air
CITES Appendix II (CITES)[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
V. salvator
Nama binomial
Varanus salvator
(Laurenti, 1768)

Biawak air (nama saintifik: Varanus salvator) ialah spesies biawak besar yang ditemukan di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia salah satu biawak yang biasa didapati di Asia dari India, Bangladesh dan Sri Lanka ke Indochina, Semenanjung Malaysia dan pulau-pulau Indonesia berhampiran dengan air.

Ia antara spesies reptilia bersisik terbesar di dunia.[2]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Nama genus Varanus terhasil dari perkataan bahasa Arab waral (ورل), yang diterjemah sebagai "pantau / monitor" dalam bahasa Inggeris. Nama spesies adalah bahasa Latin bagi "Penyelamat/Saviour" menunjukkan kemungkinannya konotasi keugamaan.[3] Biawak air kadang kala dikelirukan dengan Biawak Buaya ("Crocodile monitor") (V. salvadorii) disebabkan nama saintifik mereka yang hampir serupa.[4]

Di Thailand, nama tempatan biawak air 'เหี้ย' (hia) digunakan sebagai kata kejian bagi perkara buruk dan jahat termasuk orang jahat. Namanya juga dianggap perkataan yang membawa nasib malang, dengan itu sesetengah orang cenderung menggunakan panggilan 'ตัวเงินตัวทอง' yang bererti 'emas dan perak' dalam bahasa Thailand bagi mengelakkan sial.

Asal maksud penghinaan ini boleh dirujuk pada masa ketika lebih ramai orang tinggal di kawasan pendalaman berhampiran dengan biawak air. Secara tradisi, orang kampong Thailand tinggal dalam rumah dua tingkat, bahagian atas sebagai tempat kediaman sementara bahagian bawah sebagai kawasan haiwan ternak seperti babi, ayam, dan anjing. Biawak air sering memasuki bahagian bawah untuk makan atau mengigit haiwan ternakan, dengan itu juga nama lain 'ตัวกินไก่' (Tua kin kai – pencuri ayam).

Subspesies Varanus salvator

[sunting | sunting sumber]

Spesies bagi Varanus salvator Kompleks

[sunting | sunting sumber]

Spesies berikut pernah dikenali sebagai subsp[esies bagi Varanus salvator tetapi menjelang 2007 diakui sebagai spesies tersendiri.[5]

  • Varanus cumingi: Mindanao, Filipina; Jenis tempatan: Mindanao, Filipina.
  • Varanus marmoratus: Kepulauan Luzon, Palawan, Calamian dan Sulu archipelago, Filipina; Jenis tempatan: (dihad oleh Mertens 1942 pada) San Mateo behampiran Manila, Filipina.
  • Varanus nuchalis: Filipina (Cebu, Ticao, Negros, Panay and Masbate, Filipina); Jenis tempatan: Filipina.
  • Varanus togianus: Togian Islands, Sulawesi, Indonesia; Jenis tempatan: "Togian-Inseln (Timotto)" Indonesia

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Biawak ini mampu membesar sehingga lebih 3 meter (9.8 kaki) panjang, dengan saiz purata kebanyakan biawak matang sekitar 2.5 meter (8.9) panjang. Berat maksima Varanus salvator adalah lebih 90 kg, tetapi kebanyakannya adalah separuh saiz tersebut. Badannya berotot dengan ekor panjang, berkuasa, mampan secara melintang ("laterally").

Tabiat dan pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Biawak air mampu menjadi garang, menggunakan ekor, cakar, dan rahang mereka ketika berlawan. Ia handal berenang, menggunakan ridip yang boleh diangkat pada ekor mereka untuk mengarah dalam air. Biawak air merupakan haiwan maging, dan makan pelbagai makanan. Ia diketahui makan ikan, katak, tikus, burung, ketam, dan ular.[3] Ia juga diketahui memakan penyu, termasuk anak buaya dan telor buaya [6] Sebagaimana Biawak Komodo, ia sering memakan bangkai.[3]

Pengekalan

[sunting | sunting sumber]

Di Hong Kong, ia merupakan spesies dilindungi di bawah Bab 170 Ordinan Perlindungan Haiwan Liar. Di Malaysia, spesies ini adalah haiwan liar paling biasa dilihat dengan jumlah hampir separuh dari populasi kera (“macaques“). Sungguhpun banyak yang menjadi mangsa manusia melalui mangsa jalan raya dan kekejaman pada haiwan, ia masih banyak dikebanyakan negeri di Malaysia terutama di kawasan belukar pantai timur seperti Pahang dan Terengganu. Ramai budak kampung dan kelas kerja Melayu sering kali menangkap dan membunuh biawak air sebagai hiburan sungguhpun taburan luas spesies menyebabkan kurang perhating bagi pengekalan. Di negeri-negeri pantai timur Malaysia, spesies ini sering kali menjadi mangsa jalan. Di Thailand, semua biawak merupakan spesies dilindungi.[7]

Biawak air digambarkan sebagai biawak Komodo dalam filem, The Freshman (1990 film).

  1. ^ a b Quah, E.; Lwin, K.; Cota, M.; Grismer, L.; Neang, T.; Wogan, G.; McGuire, J.; Wang, L.; Rao, D.-Q.; Auliya, M. & Koch, A. (2021). "Varanus salvator". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2021: e.T178214A113138439. doi:10.2305/IUCN.UK.2021-2.RLTS.T178214A113138439.en. Dicapai pada 18 Oktober 2022.
  2. ^ Koch, A. (2007). "Morphological Studies on the Systematics of South East Asian Water Monitors (Varanus salvator Complex): Nominotypic Populations and Taxonomic Overview". Mertensiella. 16 (109): e80.
  3. ^ a b c Robert George Sprackland (1992). Giant lizards. Neptune, NJ: T.F.H. Publications. ISBN 0-86622-634-6.
  4. ^ Netherton, John; Badger, David P. (2002). Lizards: A Natural History of Some Uncommon Creatures--Extraordinary Chameleons, Iguanas, Geckos, and More. Stillwater, MN: Voyageur Press. m/s. 140–141. ISBN 0-7603-2579-0.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ a b c Koch, A., M. Auliya, A. Schmitz, U. Kuch & W. Böhme. (2007). Morphological Studies on the Systematics of South East Asian Water Monitors (Varanus salvator Complex): Nominotypic Populations and Taxonomic Overview. pp. 109-180. In Horn, H.-G., W. Böhme & U. Krebs (eds.), Advances in Monitor Research III. Mertensiella 16, Rheinbach.
  6. ^ Whitaker, Rom (1981) Bangladesh - Monitors and turtles Hamadryad. 6 (3): 7-9
  7. ^ "Species Diversity, Distribution and Proposed Status of Monitor Lizards (Family Varanidae) in Southern Thailand" (PDF). The Natural History Journal of Chulalongkorn University (dalam bahasa English). Chulalongkorn University. 1 (1): 39–46. Ogos 2001. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 Oktober 2011. Dicapai pada 28 Jun 2009. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Bennett, Daniel 1995 The water monitor Varanus salvator Reptilian 3 (8): 15-21
  • Das, Indraneil 1988 New evidence of the occurrence of water monitor (Varanus salvator) in Meghalaya J. Bombay Nat. Hist. Soc. 86: 253-255
  • Deraniyagala, P. E. P. 1944 Four New Races of the Kabaragoya Lizard Varanus salvator. Spolia Zeylanica 24: 59-62
  • Pandav, Bivash 1993 A preliminary survey of the water monitor (Varanus salvator) in Bhitarkanika Wildlife Sanctuary, Orissa Hamadryad 18: 49-51


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]