Bersirih
Bersirih atau menginang adalah pemakanan sirih bersama bahan sampingan lain seperti pinang, gambir, tembakau, kapur dan cengkih setepak sebagai tujuan riadah dalam kalangan tidak sahaja masyarakat Nusantara (termasuk Melayu,[1][2] Aceh,[1] India dan sebagainya) Asia Tenggara tetapi juga meluas di Asia Selatan serata Bangladesh, Myanmar dan Thailand.[3][4] Barangan ini disediakan dalam kelengkapan tepak untuk tujuan ini. Adat ini memainkan peranan penting dalam pelbagai jenis tujuan adat istiadat Melayu terutamanya dalam perkahwinan dari saat merisik sehingga bersanding.[2]
Amalan ini diketahui dapat ditelusuri seawal lebih 3,000 bahkan juga 4000 tahun lampau berdasarkan kajian dilakukan terhadap barang peninggalan di Thailand, Indonesia dan Filipina.[5] Marco Polo dipercayai menyaksikan amalan pengunyahan daun ini oleh masyarakat setempat dalam catatan penjelajahannya; begitu juga dengan penulisan Tome Pires semasa berlabuh di Melaka antara 1512 dan 1515 dalam Suma Oriental.[3][4]
Kepercayaan
[sunting | sunting sumber]Kerana asal-usul tradisi ini dengan persemahan nenek moyang, pengunyahan sirih sering disertakan pantang larang yang dipercayai mengelakkan lemahnya semangat menjejaskan keperibadian diri menjadi tidak tentu fikirannya.[4]
Risiko kesihatan
[sunting | sunting sumber]Kajian dilakukan Agensi Penyelidikan Barah Antarabangsa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati bahawa amalan bersirih secara berterusan mampu mendatangkan bahaya barah mulut[6][7][8] yang berlanjutan dari fibrosis submukus oral terutamanya dari pengunyahan buah pinang;[9] risiko barah mulut diperhatikan dalam orang diselidik bertambah 8.4 kali tanpa tembakau, risiko barah bertambah 9.9 kali dengan tambahan tembakau.[10]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Tepak sirih, kelengkapan sirih pinang
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Tradisi Bersirih". Warisan Budaya Takbenda Indonesia. Direktorat Warisan dan Diplomasi Budaya Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2018. Dicapai pada 28 Jun 2021.
- ^ a b "Bersirih dan Adat". Sirih Pinang. Perpustakaan Negara Malaysia. 1999. Dicapai pada 28 Jun 2021.
- ^ a b Mahyudin Al Mudra (2001). "Tradisi Bersirih dan Nilai Budayanya". MelayuOnline. Yogyakarta: Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2014. Dicapai pada 21 Mei 2014. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ a b c Wan Faizah Wan Yusoff (12–13 Oktober 2014), "Nilai dan simbolisme sirih dalam budaya serta perubatan tradisional masyarakat Melayu dan India", 4th International Conference on Local Knowledge, Kuching, Sarawak, Malaysia: Universiti Sains MalaysiaCS1 maint: date and year (link)
- ^ "Archaeological evidence from Thailand, Indonesia and the Philippines". Epistola. Dicapai pada 10 Jun 2014.
- ^ WHO Report on the Global Tobacco Epidemic, 2008: the MPOWER package (PDF). Geneva: World Health Organization. 2008. ISBN 978-92-4-159628-2.
- ^ Warnakulasuriya, S.; Trivedy, C; Peters, TJ (2002). "Areca nut use: An independent risk factor for oral cancer". BMJ. 324 (7341): 799–800. doi:10.1136/bmj.324.7341.799. PMC 1122751. PMID 11934759.
- ^ Dave, Bhavana J.; Trivedi, Amit H.; Adhvatyu, Siddharth G. (1992). "Role of areca nut consumption in the cause of oral cancers. A cytogenetic assessment". Cancer. 70 (5): 1017–23. doi:10.1002/1097-0142(19920901)70:5<1017::AID-CNCR2820700502>3.0.CO;2-#. PMID 1515978.
- ^ Ray JG, Chatterjee R, Chaudhuri K (2019). "Oral submucous fibrosis: A global challenge. Rising incidence, risk factors, management, and research priorities". Periodontology 2000. 80 (1): 200–212. doi:10.1111/prd.12277. PMID 31090137.
- ^ Merchant, Anwar; Husain, Syed S. M.; Hosain, Mervyn; Fikree, Fariyal F.; Pitiphat, Waranuch; Siddiqui, Amna Rehana; Hayder, Syed J.; Haider, Syed M.; Ikram, Mubashir; Chuang, Sung-Kiang; Saeed, Shaikh A. (2000). "Paan without tobacco: An independent risk factor for oral cancer". International Journal of Cancer. 86 (1): 128–31. doi:10.1002/(SICI)1097-0215(20000401)86:1<128::AID-IJC20>3.0.CO;2-M. PMID 10728606.