Pergi ke kandungan

Bernd Michael Rode

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bernd Michael Rode

Bernd Michael Rode (Lahir pada 14 Julai 1946 di Innsbruck, Austria) adalah Profesor bidang Kimia berbangsa Austria di Universiti Innsbruck dan pengasas Austrian-South-East-Asian Academic University Network (ASEA-UNINET). Prof Rode telah bersara pada tahun 2011, tetapi masih aktif dalam pengajaran, penyelidikan dan penyeliaan tesis.

Pada tahun 1964 Bernd Michael Rode lulus dari Sekolah Tinggi (“Akademisches Gymnasium Innsbruck”) dan memulakan pengkajian didalam bidang Kimia di Universiti Innsbruck. Pada tahun 1973 ia dianugerahkan ijazah Ph.D. dalam bidang Kimia dengan sub auspiciis praesidentis dari Universiti Innsbruck.

Dalam tahun 1973 yang sama, Prof. Rode memulakan kerjayanya sebagai Assistant Profesor di Institut Takorganik dan Kimia Analisis di Universiti Innsbruck. Setelah melakukan penyelidikan di Jerman (Universiti Stuttgart dan Universiti Karlsruhe), beliau menjadi Profesor Madya pada tahun 1976. Setelah membuat penyelidikan selama 1—tahun di Universiti Tokyo, Prof. Rode memulakan kerjaya Profesor di Institut Takorganik dan Kimia Teori di Universiti Innsbruck. Pada tahun 2006-2011 beliau menjawat ketua Jabatan Kimia Teori dan juga sebagai ketua Institute for General Inorganic and Theoretical Chemistry di Universiti Innsbruck.[1]

Salah satu pencapaian terbesar oleh Prof. Rode adalah pembentukan jaringan universiti ASEA-UNINET (Austrian South East Asian University Partnership Network) pada tahun 1994[2][3]. Asas jaringan ini dibentuk dari hubungan tak formal antara Universiti Innsbruck dan beberapa universiti di Thailand pada akhir dekad 1970. Pada tahun 1980, kerjasama diantara Universiti Innsbruck, Universiti Vienna, Universiti Sains Pertanian Vienna, Universiti Chulalongkorn, Universiti Mahidol, Universiti Kasetsart dan Universiti Chiang Mai dijalinkan. Bagi mensasarkan persetujuan kerjasama dua hala menjadi kerjasama pelbagai hala, Prof. Rode menjemput universiti-universiti berminat dari Austria, Indonesia, Thailand dan Vietnam untuk mengambil bahagian di dalam ASEA-UNINET Plenary Meeting yang pertama di Ho Chi Minh City. Pada 1994, jaringan ini terdiri dari 25 universiti dari Austria, Thailand, Indonesia dan Vietnam. Sehingga Jun 2014, lebih dari 70 universiti dari 16 negara di Eropah dan Asia Tenggara mengambil bahagian di dalam jaringan ASEA-UNINET.

Selain daripada aktiviti sains dan jaringan universiti, Prof. Rode pernah menjadi Timbalan Presiden untuk United Nations Commission on Science and Technology for Development (UNCSTD) bagi tempoh 1998-2001 dan 2005-2008, mewakili negera EU WEOG, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia. Pada tahun 2004, beliau menjadi orang Austria pertama yang menjadi Presiden bagi UNCSTD tersebut.[4]

Anugerah dan Darjah Kebesaran

[sunting | sunting sumber]

Prof. Rode mendapat berbagai penghargaan di atas komitmennya kepada negara-negara di Asia. Diantaranya adalah Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang sains dari Universiti Chulalongkorn, Bangkok (1995), Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang sains dari King Mongkut’s Institute of Technology, Ladkrabang, Bangkok (1998) dan Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang sains dari Universitas Gadjah Mada, Jogjakarta, Indonesia (2000).[5] Pada tahun 2007, Prof. Rode dianugerahkan Knight Grand Cross (First Class), the Most Noble Order of the Crown of Thailand oleh Raja Thailand, untuk aktiviti dan pencapaiannya untuk memperkuatkan kerjasama sains antara Eropah dan Asia.[6] Pada tahun 2008, Cornelius Universiti Bratislava menganugerahkannya Ijazah Doktor Kehormat dalam pengkajian bidang kimia kuantum bagi molekul and sistem super molekul pensolvatan ion dan pemodelan bermolekul biomolekul and perubatan.[7]

Daftar Anugerah dan Darjah Kebesaran:

  • 1985 Goldenes Ehrenzeichen, Republic of Austria
  • 1994 Austrian Decoration for Science and Art, Republic of Austria
  • 1997 Honorary Member, Slovak Chemical Society
  • 2003 Cross of Merits, State of Tyrol
  • 2004 Cross of Merits, Austria
  • 2007 Cross of Honours in Science and Arts first class, Republic of Austria
  • 2008 Jan-Weber-Medal of the Slovak Pharmaceutical Society
  • 2010 Sitara-e-Qaid-i-Azam (Civil decoration of Pakistan)
  • 2011 Knight Grand Cross (First Class of the The Most Exalted Order of the White Elephant with Slash)

Berdasarkan Theoretical Chemistry Genealogy Project, Bernd Michael Rode adalah penyelia tesis kedoktoran yang paling berjaya diantara negara-negara berbahasa jerman untuk bidang Kimia Teori.[8] Dianatara 1976-2011, beliau berjaya membimbing tidak kurang dari 62 mahasiswa dalam mendapatkan ijazah kedoktoran. Ramai diantara mahasiswa tersebut berasal dari Asia tenggara karena hubungan rapat dengan negara-negara di kawasan tersebut.

Aktiviti Penyelidikan

[sunting | sunting sumber]

Pencapaian ilmiah dari Prof. Rode dicerminkan di dalam 7 buah buku/monograph, lebih dari 440 penerbitan jurnal antarabangsa dan 30 buku bersama. Berdasarkan ISI Thomson’s Web of Science citation report, kontribusi ilmiah dari Prof. Rode menerima lebih dari 8300 citation (per Mei 2014) dengan Hirsch-index sebanyak 41.

Fokus bidang pengkajian Prof Rode adalah Kimia Teori dan Komputasi serta Kimia Biotakorganik. Secara terperinci penerbitan Prof. Rode menekankan aspek-aspek berikut:

  • Perhitungan kimia kuantum untuk sistem bermolekul dan sistem supermolekul
  • Simulasi Ab initio Monte Carlo dan simulasi Dinamika Molekuler untuk sistem cairan / pelarut,
  • Struktur larutan elektrolit,
  • Ultrafast Dinamik zat terlarut,
  • Pemodelan biomolekul dan obat-obatan,
  • QSAR / QSPR,
  • Evolusi peptida / protein dan Asal-usul kehidupan

Kimia Teori

[sunting | sunting sumber]
Contoh dari simulasi hybrid QM/MM Sn(II) akues yang dilakukan oleh Rode et al. [9]. Atom oksigen dari molekul pertama ditampilkan dalam warna merah. Pengaruh dari pasangan elektron tunggal dari Sn (II) pada struktur hidrasi jelas terlihat.

Walaupun aktiviti penyelidikan awal Prof Rode adalah dalam bidang kimia takorganik, beliau kemudian mengembangkan kepakarannya pada bidang kimia teori dan komputasi kimia yang sedang berkembang pesat. Kebanyakan pengkajian Prof. Rode awalnya tertumpu pada perhitungan kimia kuantum dari berbagai sistem kimia. Akan tetapi, belakangan ini penelitian beliau lebih difokuskan pada penerapan teknik simulasi kimia seperti Monte-Carlo (MC) dan Dinamika Molekuler (MD), terutama dalam konteks kimia larutan.

Sumbangan penting daripada penyelidikan Prof Rode adalah perkembangan dan penggunaan teknik simulasi hibrid mekanik kuantum/mekanik bermolekul (QM / MM) yang berfokus kepada kimia larutan. Pada tahun 2004 teknik QM/MM bergelar Quantum Mechanical Charge Field (QMCF) Molecular Dynamics bertujuan mengolahkan secara eksplisit system tersolvat telah dibangunkan dalam kumpulan penyelidikan Prof. Rode. Ditahun-tahun akhir, penggunaan teknik QMCF MD membolehkan simulasi tepat sebatian ionik dan spesis organik serta kompleks koordinasi dalam larutan akues.

Kimia Evolusi

[sunting | sunting sumber]

Bidang penyelidikan Prof Rode yang kedua ialah dalam bidang biotakorganik, terutamanya abiogenesis. Pada akhir tahun 1980-an, Prof Rode bersama rakan-rakannya menemui tindakbalas pembentukan peptida terinduksi garam (SIPF) sebagai laluan mudah bagi sintesis peptida daripada asid monomer dalam keadaan prebiotik. Selain enzim, logam peralihan bertindak sebagai mangkin bagi menginduksi pembentukan peptide dalam larutan akues NaCl pekat, dengan kuprum(II) menunjukkan aktiviti pemangkinan tertinggi. Biasanya, eksperimen kitar pengewapan telah dijalankan bagi meniru kitar siang/malam didarat dan di laguna sehingga menghasilkan larutan supertepu. Oleh karena larutan begini cenderung mencair sendiri, termodinamik dan kinetic tindakbalas yang tak cenderung membentuk peptida dipromosikan. Penyelidikan Prof. Rode mengkaji sifat-sifat tindakbalas dibawah pelbagai keadaan, menekankan hubungan mungkin kepada biohomokiralan.

Lebih lanjut lagi, Prof Rode juga melakukan eksperimen Miller-Urey, dan dapat memasukkan pandangan baru tentang komposisi udara primordial. Telah ditunjukkan bahawa peptida mungkin juga terbentuk dalam suasana udara neutral (CO2/N2/H2O) bergantung kepada discas elektrik.

Molvision®

[sunting | sunting sumber]
Logo Molvision®

Bersama mahasiswa beliau, Hung Tran Tung, Prof Rode mengembangkan software visualisasi Molvision Molvision® yang praktikal dan fleksibel dan mampu secara interaktif menganalisis data simulasi dinamik. Pada tahun 2003 Dr Tran dianugerahi penghargaan European Innovation Award diatas pengembangan program ini.

Publikasi Pilihan

[sunting | sunting sumber]
  • Hofer, Thomas; Pribil, Andreas; Randolf, Bernhard; Rode, Bernd M. (2005); "Structure and dynamics of solvated Sn(II) in aqueous solution - an ab initio QM/MM MD approach", J. Am. Chem. Soc. 2005, 127(41), p.14231-14238. DOI:10.1021/ja052700f.
  • Tongraar, A.; Liedl, K. R.; Rode, Bernd M. (1997);"Solvation of Ca2+ In Water Studied By Born-Oppenheimer Ab-Initio QM/MM Dynamics"; J. Phys. Chem. A 1997, 101(35), p.6299-6309,DOI: 10.1021/jp970963t.
  • Rode, Bernd M.; Schwenk, Christian F., Tongraar, Anan (2004); "Structure and Dynamics of Hydrated Ions - New Insights through Quantum Cechanical Simulation"; J. Mol. Liq. 2004, 110(1-3), p.105-122. DOI: 10.1016/j.molliq.2003.09.016.
  • Rode, Bernd M.; Schwenk, Christian; Hofer, Thomas; Randolf, Bernhard (2005); "Coordination and ligand exchange dynamics of solvated metal ions"; Coord. Chem. Rev. 2005, 249(24), p.2993-3006. DOI: doi:10.1016/j.ccr.2005.03.032.
  • Rode, Bernd M.; Hofer, Thomas (2006); "How to Access Structure and Dynamics of Solutions: The Capabilities of Computational Methods", Pure Appl. Chem. 2006, 78(3), p.525-539. DOI: 10.1351/pac200678030525.
  • Rode, Bernd M.; Hofer, Thomas; Randolf, Bernhard; Schwenk, Christian; Xenides, Demetrios; Vchirawongkwin, Viwat(2006); "Ab initio Quantum Mechanical Charge Field (QMCF) Molecular Dynamics - A QM/MM - MD Procedure for Accurate Simulations of Ions and Complexes"; Theor. Chem. Acc. 2006, 115(2-3), p.77-85. DOI: 10.1007/s00214-005-0049-1.
  • Hofer, Thomas S.; Randolf, Bernhard R.; Rode, Bernd M. (2008); "Molecular Dynamics Simulation Methods including Quantum Effects"; In: Solvation Effects on Molecules and Biomolecules, Canuto, Sylvio (Eds.), ISBN 978-1-4020-8269-6, Springer, Heidelberg 2008, p.247-278.
  • Rode,Bernd M.; Hofer, Thomas S.; Pribil, Andreas B.; Randolf, Bernhard R. (2010); "Simulations of Liquids and Solutions Based on Quantum Mechanical Forces"; In: Theoretical and Computational Inorganic Chemistry , van Eldik, Rudi; Harvey, Jeremy (Eds.), ISBN 978-0-12-380874-5, Elsevier, Amsterdam 2010,p.143-175.
  • Hofer, Thomas S.; Pribil, Andreas B.; Randolf, Bernhard R.; Rode, Bernd M.; "Ab Initio Quantum Mechanical Charge Field Molecular Dynamics - A Nonparametrized First-Principle Approach to Liquids and Solutions"; In: Advances in Quantum Chemistry, Sabin, John R.; Brändas, Erkki (Eds.), ISBN 978-0-12-380898-1, Elsevier, Amsterdam 2010, 213-246.
  • Lutz, Oliver M. D.; Messner, Christoph B.; Hofer, Thomas S.; Glätzle, Matthias; Huck, Christian W.; Bonn, Günther K.; Rode, Bernd M.; "Combined Ab Initio Computational and Infrared Spectroscopic Study of the cis- and trans-Bis(glycinato)copper(II) Complexes in Aqueous Environment"; J. Phys. Chem. Lett. 2013, 4, p.1502-1506. DOI: 10.1021/jz400288c.
  • Jakschitz, Thomas; Fitz, Daniel; Rode, Bernd Michael (2012); "The origin of first peptides on earth: from amino acids to homochiral biomolecules"; In: Genesis - In The Beginning, Joseph Seckbach (Edp.), ISBN 978-94-007-2940-7, Springer, Dordrecht 2012, p.469-489.
  • Schwendinger, M. G.; Rode, Bend M.(1998); "Possible Role of Copper and Sodium Chloride in Prebiotic Evolution of Peptides"; Anal. Sci. 1989, 5(4), p.411-414. DOI: 10.2116/analsci.5.411.
  • Schwendinger, M. G.; Rode, Bend M. (1990); "Copper-Catalyzed Amino Acid Condensation in Water - A Simple Possible Way of Prebiotic Peptide Fromation"; Origins Life Evol. Biosphere 1990, 20(5), p.401-410. DOI: 10.1007/BF01808134.
  • Rode, Bernd M.; Plankensteiner, Kristof (2013); "Prebiotic Peptides",; In: Handbook of Biologically Active Peptides, Second Edition , Abba J. Kastin (Eds.), ISBN 978-012-3850959, Elsevier, Amsterdam 2013, p.1899-1903.
  • Jakschitz, Thomas A.; Rode, Bernd M. (2012); "Chemical Evolution from simple inorganic compounds to chiral peptides"; Chem. Soc. Rev. 2012, 41(16), p.5484-5489. DOI: 10.1039/C2CS35073D.
  • Fitz, Daniel; Jakschitz, Thomas; Rode, Bernd M. (2011); "Salt-Induced Peptide Formation in Chemical Evolution: Building Blocks Before RNA - Potential of Peptide Splicing Reactions"; In: Origins of Life: The Primal Self-Organization, Egel, Richard; Lankenau, Dirk-Henner; Mulkidjanian, Armen Y. (Eds.), ISBN 978-3-642-21624-4, Springer, Heidelberg, Berlin 2011, p.109-127.
  • Fitz, Daniel; Reiner, Hannes; Rode, Bernd M. (2007); "Chemical evolution toward the origin of life"; Pure Appl. Chem. 2007, 79(12), p.2101-2117. DOI: 10.1351/pac200779122101.
  • Plankensteiner, Kristof; Reiner, Hannes; Schranz, Benjamin; Rode, Bernd M. (2004); "Prebiotic formation of amino acids in a neutral atmosphere by electric discharge"; Angew. Chem., Int. Ed. 2004, 43, p.1886-1888. DOI: 10.1002/anie.200353135.

Publikasi Bersama Dosen Kimia UGM

[sunting | sunting sumber]
  • Pranowo, H. D., & Rode, B. M. (1999). Solvation of Cu2+ in liquid ammonia: Monte Carlo simulation including three-body corrections. The Journal of Physical Chemistry A, 103(21), 4298-4302.
  • Pranowo, H. D., Bambang Setiaji, A. H., & Rode, B. M. (1999). cu+ in liquid ammonia and in water: intermolecular potential function and monte carlo simulation. The Journal of Physical Chemistry A, 103(50), 11115-11120.
  • Pranowo, H. D., & Rode, B. M. (2001). Preferential Cu< sup> 2+ solvation in aqueous ammonia solution of various concentrations. Chemical Physics, 263(1), 1-6.
  • Pranowo, H. D., & Rode, B. M. (2000). Simulation of preferential Cu2+ solvation in aqueous ammonia solution by means of Monte Carlo method including three-body correction terms. Journal of Chemical Physics, 112(9), 4212-4215.
  • Armunanto, R., Schwenk, C. F., & Rode, B. M. (2003). Structure and dynamics of hydrated Ag (I): Ab initio quantum mechanical-molecular mechanical molecular dynamics simulation. The Journal of Physical Chemistry A, 107(17), 3132-3138.
  • Armunanto, R., Schwenk, C. F., Tran, H. T., & Rode, B. M. (2004). Structure and dynamics of Au+ ion in aqueous solution: ab initio QM/MM MD simulations. Journal of the American Chemical Society, 126(8), 2582-2587.
  • Armunanto, R., Schwenk, C. F., Bambang Setiaji, A. H., & Rode, B. M. (2003). Classical and QM/MM molecular dynamics simulations of Co2+ in water. Chemical physics, 295(1), 63-70
  • Armunanto, R., Schwenk, C. F., & Rode, B. M. (2004). Gold (I) in liquid ammonia: ab initio QM/MM molecular dynamics simulation. Journal of the American Chemical Society, 126(32), 9934-9935.
  • Armunanto, R., Schwenk, C. F., Randolf, B. R., & Rode, B. M. (2004). Ag (I) ion in liquid ammonia. Chemical physics letters, 388(4), 395-399.
  • Armunanto, R., Schwenk, C. F., Randolf, B. R., & Rode, B. M. (2004). Structure and dynamics of Co2+ in liquid ammonia: ab initio QM/MM molecular dynamics simulation. Chemical physics, 305(1), 135-140.
  1. ^ University of Innsburck: Universitätsleben: Dank und Glückwunsch 2011: Bernd M. Rode , p.22, December 2011, retrieved on June, 19th 2014
  2. ^ Austrian Foreign Ministry: Bilateral Relations Austria & Thailand Bilaterale Beziehungen mit Thailand, retrieved on May, 23rd 2014.
  3. ^ Austrian agency for international mobility and cooperation in education, science and research (OeAD):ASEA UNINET Diarkibkan 2014-07-15 di Wayback Machine, retrieved on June, 16tth 2014y
  4. ^ University of Innsbruck:"Univ.-Prof. Dr. Bernd Michael Rode Präsident der UNCSTD", published by: iPoint - das Informationsportal der Unviversität Innsbruck on June,9th 2004, retrieved on June, 16th 2014
  5. ^ University of Innsbruck: Erfolgreicher Doktorvater, published by: iPoint - das Informationsportal der Unviversität Innsbruck on February, 1st 2013, retrieved on June, 16th 2014
  6. ^ University of Innsbruck: Innsbrucker Chemiker erhält königliche Ehrung, published by: iPoint - das Informationsportal der Unviversität Innsbruck on November,13th 2007, retrieved on June, 16th 2014
  7. ^ Comenuis University Bratislava: Prof. Dr. Bernd Michael Rode, Dr. h. c. Diarkibkan 2014-07-14 di Wayback Machine, Dezember, 15th 2010, retrieven on June, 16th 2014
  8. ^ University of Innsbruck:Erfolgreicher Doktorvater, published by: iPoint - das Informationsportal der Unviversität Innsbruck on February,1st 2013, retrieved on June, 16th 2014
  9. ^ Hofer, Thomas; Pribil, Andreas; Randolf, Bernhard; Rode, Bernd M. (2005); "Structure and dynamics of solvated Sn(II) in aqueous solution - an ab initio QM/MM MD approach", J. Am. Chem. Soc. 2005, 127(41), p.14231-14238. DOI:10.1021/ja052700f

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]