Bentuk komunikasi
Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Adalah disarankan bahawa rencana ini mesti digabungkan ke dalam Komunikasi#Kategori Komunikasi. (Perbincangan) |
Penghuraian tentang pelbagai bentuk komunikasi telah banyak dibentangkan oleh sarjana dalam bidang ini. Salah satu penghuraian yang jelas dibentangkan oleh Zawiyah(2009). Memahami pelbagai bentuk dan tatacara yang berkesan dalam menghadapi bentuk komunikasi yang berbeza adalah penting bagi menwujudkan komunikasi yang baik dalam kehidupan individu. Hal ini seterusnya dapat membentuk budaya komunikasi yang sihat dalam komuniti serta menjadi tunjung kecemerlangan suatu masyarakat. Bagi menjalani komunikasi yang baik dengan orang lain perlulah seseorang itu memahami:
Komunikasi intrapersonal
[sunting | sunting sumber]Apabila berkomunikasi secara bersendirian tanpa melibatkan orang lain, seseorang itu dikatakan melakukan komunikasi intrapersonal. Komunikasi intrapersonal ialah fungsi psikologi untuk membentang, meneliti, mentafsir dan operasi terhadap apa juga maklumat, mesej atau pengalaman. Semua ini berlaku dalam fikiran individu.
Komunikasi interpersonal
[sunting | sunting sumber]Dalam komunikasi interpersonal dua individu terlibat dan saling menghasilkan serta mentafsirkan maklumat.
Komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang terjadi antara dua orang atau lebih, yang biasanya tidak diatur secara formal. Dalam komunikasi interpersonal, setiap partisipan menggunakan semua elemen dari proses komunikasi. Misalnya, masing-masing pihak akan membicarakan latar belakang dan pengalaman masing-masing dalam percakapan tersebut. Komunikasi sangat penting bagi semua aspek kehidupan manusia. Dengan komunikasi manusia dapat mengekspresikan gagasan, perasaan, harapan dan kesan kepada sesama serta memahami gagasan, perasaan dan kesan orang lain. Komunikasi tidak hanya mendorong perkembangan kemanusiaan yang utuh, namun juga menciptakan hubungan sosial yang sangat diperlukan dalam kelompok sosial apapun. Komunikasi memungkinkan terjadinya kerja sama sosial, membuat kesepakatan-kesepakatan penting dan lain-lain. Individu yang terlibat dalam komunikasi memiliki latar belakang sosial, budaya dan pengalaman psikologis yang berbeza-beza. Perbezaan ini dapat mempengaruhi keberkesanan sebuah komunikasi.
Komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang melibatkan dua orang atau lebih. Setiap pihak dapat menjadi pemberi dan pengirim pesan sekaligus pada waktu yang bersamaan.
Komunikasi berkumpulan
[sunting | sunting sumber]Komunikasi berkumpulan melbatkan lebih daripada dua individu.Komunikasi kumpulan kecil boleh melibatkan kelompok sehingga 25 orang malah lebih lagi di dalam suatu kumpulan besar.
Komunikasi organisasi
[sunting | sunting sumber]Dalam sebuah organisasi terdapat kelompok kumpulan kecil yang bebas ,berwibawa dan berpusat di bawah suatu permusatan kuasa yag lebih besar.Komunikasi di dalam sesebuah organisasi lebih rumit kerana melibatkan jumlah yang sangat besar dan protokol yang tertentu pula.
Komunikasi awam
[sunting | sunting sumber]Komunikasi awam melibatkan komunikasi seorang komunikator dengan sejumlah besar pendengar atau dengan rujukan lain sering disebut sebagai khalayak.
Komunikasi silang budaya
[sunting | sunting sumber]Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai.