Bentong Kali
Bentong Kali | |
---|---|
Kelahiran | Kalimuthu a/l Pakirisamy 22 Januari 1961 |
Meninggal dunia | 29 Jun 1993 Medan Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 32)
Sebab kematian | Ditembak mati |
Pekerjaan | Penjenayah |
Terkenal kerana | Melakukan tembakan pada jarak dekat, peras ugut, penyeludupan dadah dan senjata api |
Denda jenayah | Pembunuhan, keganasan, peras ugut, penyeludupan dadah, kongsi gelap. |
Status jenayah | Ditembak mati |
Kalimuthu a/l Pakirisamy atau P. Kalimuthu (22 Januari 1961 - 29 Jun 1993), namun lebih dikenali sebagai Bentong Kali ialah seorang penjenayah Malaysia[1] yang menjadi kemasyhuran negara pada 1990-an.[2] Beliau terbabit dalam 17 kes bunuh yang berbeza; terlibat dengan beberapa kes keganasan, peras ugut dan penyeludupan heroin. Beliau juga menjadi tajuk utama apabila mencabar polis untuk menahannya. Beliau telah ditembak mati oleh Pasukan Gerakan Khas Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur.[3][4]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Bentong Kali dilahirkan sebagai Kalimuthu a/l Pakirisamy dalam sebuah keluarga India di Bentong, Pahang pada 22 Januari 1961. Beliau merupakan anak kelapan daripada sebelas adik-beradik. Taraf pendidikannya setakat Tingkatan 1.
Bentong Kali juga dikatakan mempunyai banyak lukisan tatu di tubuh badannya bagi menggambarkan tahap keganasannya. Beliau mempunyai tatu 'BORN TO DIE' (DILAHIRKAN DEMI KEMATIAN) di tangan kanannya dan gambar kepala harimau pada tangan kirinya. Pada kedua-dua paha beliau, beliau mempunyai tatu gambar-gambar wanita bogel, serta tatu ular dan watak helang di belakangnya. Bentong Kali juga mempunyai kesan parut pembedahan pada abdomennya.
Senjata pilihan kegemarannya ialah pistol separa automatik buatan Jerman, SIG Sauer P226.
Kerjaya jenayah
[sunting | sunting sumber]Aktiviti jenayah Bentong Kali bermula pada awal zaman kanak-kanak, beliau telah ditahan pada usia 14 tahun. Dipenjarakan pada usia muda ini tidak meyakinkan beliau untuk kembali ke pangkal jalan selepas dibebaskan pada usia 19 tahun. Beliau kembali bergelumang dengan dunia jenayah dengan menyertai kumpulan kongsi gelap Cina yang dikenali sebagai 'Geng 04' di Bentong. Bersama-sama dengan kumpulan haram dan rakan penjenayah baru, Bentong Kali aktif di sekitar ibu negara di Brickfields, Segambut, Sungai Wei dan Ampang. Beliau telah ditangkap semula pada Julai 1985 di bawah Ordinan Darurat dan diletakkan di dalam penjara di Pulau Pinang tetapi dibebaskan tidak lama selepas pada tahun 1987. Beliau telah diletakkan di bawah sekatan kediaman terhad di Kuantan, Pahang.[5]
Kalimuthu enggan mengambil peluang kedua diberikan kepadanya untuk bertaubat lalu kembali ke dunia jenayah tidak lama kemudian. Walau bagaimanapun, kali ini, dia memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam kumpulan jenayah sedia ada dan sebaliknya beliau menubuhkan kongsi gelap sendiri dipanggil 'Geng 04' di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Penyeludupan dadah
[sunting | sunting sumber]Kumpulan 'Geng 04' telah terlibat secara aktif dalam mengedar dadah dan bagi kesalahan itu Kalimuthu ditahan lagi pada April 1990 dan didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952. Bagaimanapun, beliau terlepas daripada hukuman apabila tidak ada bukti yang cukup untuk menyabitkan beliau. Untuk kali kedua, beliau telah diletakkan di bawah tahanan rumah di Gopeng, Perak, selama dua tahun. Bentong Kali kemudian hilang pada November 1984.
Pembunuhan kejam
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1991, beliau mula mengganas lagi. Dilaporkan bahawa Bentong Kali kembali untuk melakukan pembunuhan demi pembunuhan, menyebabkan polis melancarkan operasi khas yang dinamakan 'Ops Buncit' pada Jun 1993 untuk menghentikan keganasannya. Polis mengklasifikasikan keganasan beliau seperti yang dilakukan oleh seseorang yang melakukan pembunuhan untuk kegembiraan membunuh tulen dan bukannya sebagai seorang pembunuh upahan untuk membunuh. 'Ops Buncit' telah disertai oleh 200 anggota polis, termasuk yang dari Kuala Lumpur, Selangor, Pahang yang secara besar-besaran digerakkan untuk memburu Bentong Kali.
Bentong Kali juga terkenal dengan sikap panas baran beliau. Pada 12 Jun 1993, beliau menghadiri satu majlis keluarga tanpa dijemput. Kekecohan timbul antara rakan sejenayah beliau dan tetamu, dan Bentong Kali membunuh beberapa tetamu dalam kekecohan tersebut.[6]
"Ops Buncit"
[sunting | sunting sumber]Dalam usaha untuk menangkap Bentong Kali, poster Bentong Kali dan jenayah beliau telah diletakkan di tempat-tempat awam di seluruh Malaysia. Ganjaran wang tunai sebanyak RM100,000 juga telah diiklankan sebagai hadiah bagi maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan beliau.[7] Poster beliau juga telah diedarkan ke negara-negara yang bersempadan seperti Thailand untuk mengelakkan Bentong Kali melarikan diri ke seberang sempadan. Pemburuan Kalimuthu ialah operasi 24/7. Ia ialah satu pemburuan yang berterusan di seluruh negara.[8]
Kematian
[sunting | sunting sumber]Risikan polis membawa mereka ke tempat persembunyiannya di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, Kuala Lumpur pada 29 Jun 1993. Pada waktu subuh, pasukan elit pegawai polis daripada Perintah Operasi Khas dari Bukit Aman mengambil kedudukan dan mengepung rumah itu.[9] Bentong Kali dan rakan sejenayah beliau melepaskan tembakan terhadap pegawai polis. Tembakan telah dilepaskan kepada Bentong Kali sekaligus menamatkan riwayatnya, meletakkan satu pengakhiran kepada kerjaya jenayah terkenal beliau. Rakan sejenayah beliau turut terkorban.[10][11][12]
Legasi
[sunting | sunting sumber]Kisah hidup Bentong Kali diterbitkan dalam sebuah buku bertajuk The Story of Bentong Kali: Crime and Society in 90s Kuala Lumpur, ditulis oleh bekas wartawan New Straits Times, Suganthi Supramaniam terbitan Gerakbudaya.[13] Buku ini diterbitkan pada 23 Ogos 2019.[14]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ https://cilisos.my/5-malaysian-criminals-who-are-100-supervillains/
- ^ http://www.nst.com.my/Saturday/National/2316265/Article/index_html
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-18. Dicapai pada 2016-04-10.
- ^ "Malaysian criminal Bentong Kali shot to death", The Straits Times, 29 June 1993.
- ^ KES - Bentong Kali
- ^ "Bentong Kali: Cold-blood murder". Beritanisma. Dicapai pada 2014-08-07.
- ^ "Police launch Ops Buncit to hunt Bentong Kali", The Malay Mail, June 1993.
- ^ "Polis lancar Ops Buncit", Berita Harian, Jun 1993.
- ^ "End of Bentong Kali terror", The Star (Malaysia), 30 June 1993.
- ^ "Bentong Kali tumpas", Berita Harian, 30 Jun 1993.
- ^ "Bentong Kali berjaya ditumpaskan", Utusan Malaysia, 30 Jun 1993.
- ^ K. Vijiyan; Tony Emmanuel; M. Jeffri Razali; Vijesh Kumar Rai (30 June 1993). "Bentong Kali killed in gun battle with police". New Straits Times. Dicapai pada 23 July 2018.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ "The Story of Bentong Kali: Crime and Society". Gerakbudaya. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-23. Dicapai pada 23 July 2020.
- ^ "The Story of Bentong Kali: Crime and Society by Suganthi Supramaniam". Goodreads. Dicapai pada 23 July 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Sejarah Penjenayah Tersohor di Malaysia Diarkibkan 2017-06-11 di Wayback Machine