Pergi ke kandungan

Benci Jadi Cinta (drama vertikal)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Benci Jadi Cinta ialah sebuah drama vertikal Malaysia 2024 arahan Izuan Mokhtar terbitan Primeworks Studios Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Syahmie Thsaqeef, Harissa Adlynn dan Zhen Ning. Drama ini memulakan tayangan perdana di platform TikTok, Drama Sangat pada 9 Disember 2024.

Benci Jadi Cinta
GenreKomedi romantik
Ditulis olehFaten Syahmimie
PengarahIzuan Mokhtar
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Benci Jadi Cinta" - Dukes
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Tempoh siaran3 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTikTok (Drama Sangat)
Siaran asal9 Disember 2024 (2024-12-09) – 28 Disember 2024 (2024-12-28)

Mengisahkan hubungan antara Orked (Harissa Adlynn) dan Syah (Syahmie Thsaqeef), dua rakan Mengisahkan dua rakan sekerja, Syah (Syahmie Thsaqeef) dan Orked (Harissa Adlynn), yang saling bertentangan pendapat dan sering terlibat dalam perselisihan di tempat kerja. Dengan personaliti yang sangat berbeza – Syah yang tenang dan teratur, berbanding Orked yang ceria dan kelam-kabut – hubungan mereka dipenuhi ketegangan. Namun, takdir membawa mereka untuk bekerjasama dalam sebuah projek besar yang mengubah segalanya.

Pertemuan pertama mereka sudah penuh drama, apabila Orked secara tidak sengaja membaling tumit kasutnya ke arah Syah, menyebabkan situasi tegang. Namun, seiring berjalannya waktu, mereka terpaksa belajar untuk berkomunikasi secara profesional meskipun perasaan tidak senang hati masih menyelubungi.

Di tengah-tengah tekanan kerja, mereka mula mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam. Momen-momen kecil, seperti berkongsi kopi atau saling membantu, mula membina perasaan sayang antara mereka. Tetapi, adakah mereka mampu menurunkan ego dan mengakui perasaan yang baru tumbuh itu? Adakah cinta akan mengatasi kebencian yang dulu? Dan mampukah hubungan ini bertahan dengan kehadiran orang ketiga yang bakal menguji kesetiaan mereka?