Pergi ke kandungan

Bena belakang putih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bena belakang putih
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Arthropoda
Kelas: Insecta
Order: Hemiptera
Infraorder: Fulgoromorpha
Keluarga: Delphacidae
Genus: Sogatella
Spesies:
S. furcifera
Nama binomial
Sogatella furcifera
(Horváth, 1899)
Sinonim

Delphax furcifera

Benah belakang putih atau benah putih (Sogatella furcifera) ialah spesies benah dalam keluarga Delphacidae. Ia perosak bagi batang padi, jagung dan rumput-rumputan.[1] Benah jenis ini tersebar luas di wilayah Palaeartik (Jepun, Korea, Mongolia, Kep. Sakalin, Rusia dan Kep. Kurile), wilayah oriental (Bangladesh, Burma, Kemboja, India, Indonesia, Malaysia, Pakistan, Sabah, Sarawak, Taiwan, Thailand, Vietnam, Sri Lanka dan Filipina), wilayah Australia (Australia Mikronesia, New Hibrides, Kep. Solomon) dan wilayah Neotropika (Kep. Karibia dan Brazil).[2]

Benah putih pada awalnya merupakan serangga yang K-strategis yang mempunyai ciri pembiakan yang sangat lambat dan populasinya kekal rendah untuk mempertahankan makanan supaya tetap tersedia.[2] Selanjutnya perkembangan populasi benah putih mulai mengarah kepada r-strategis dengan ciri yang sama seperti pada benah perang.[2]

Dalam hal serangan benah perang dan benah putih terjadi fluktuasi.[2] Daripada hasil pengujian terhadap ketahanan varieti benah putih dengan benah perang biotaip 2 dan 3 menunjukkan bahawa ada beberapa varieti yang tahan terhadap benah perang biotaip 2 dan 3, namun menjadi rentan terhadap benah putih. Demikian juga varieti yang tahan terhadap benah perang hampir seluruhnya kurang tahan terhadap benah putih.[2] Hal ini menunjukkan benah putih bergerak dengan cepat menjadi perosak mengatasi perkembangan benah perang.[2]

Peringkat telur

[sunting | sunting sumber]

Benah betina bertelur di dalam pelepah daun. Kumpulan telur benah putih adalah antara 7-19 biji. Telurnya berbentuk bujur panjang dengan bahagian hujungnya tidak bersambung antara satu sama lain. Seekor benah betina boleh mengeluarkan telur sebanyak 200 biji dan sesetengahnya boleh mengeluarkan sebanyak 300-500 biji. Telur-telur ini akan menetas dalam masa 5-8 hari dan lebih cepat pada suhu 25-30°C.

Anak jelmaan

[sunting | sunting sumber]

Benah putih mempunyai lima peringkat anak jelmaan dan mengambil masa antara 2-3 minggu sebelum menjadi dewasa. Jika keadaan sesuai, perubahan hanya mengambil masa 11-55 hari. Pembentukan anak jelmaan adalah cepat pada suhu 27-28°C. Anak-anak jelmaan benah putih yang pertama adalah kecil dan berwarna putih. Anak jelmaan ini bersalin kulit menjadi anak jelmaan kedua dan seterusnya sehingga anak jelmaan kelima yang berwarna putih dengan tanda-tanda hitam di belakang badan.

Anak jelmaan ini cergas, menghisap cairan tumbuhan di bahagian pangkal pokok berhampiran dengan permukaan air. Biasanya anak-anak jelmaan yang baru selalu terdapat di bahagian pangkal pokok.

Peringkat dewasa

[sunting | sunting sumber]

Benah putih hidup selama 9-28 hari di peringkat dewasa. Saiz badannya agak kecil sedikit daripada benah perang tetapi mempunyai sayap yang lebih panjang. Sayapnya lutsinar dan di tengahnya terdapat bintik hitam. Badannya berwarna hitam dan toraksnya berwarna kuning pucat.

Benah putih menyerang padi sewaktu di tapak semaian hinggalah ke peringkat matang. Benah putih dewasa dan anak jelmaan menghisap cairan pokok padi dan serangan ini boleh menyebabkan daun-daun menjadi layu dan perlahan-lahan bertukar menjadi merah. Antara faktor-faktor yang menyebabkan serangan ialah:

  • Penanaman padi yang pesat seperti ditanam dua kali setahun
  • Penanaman yang tidak serentak dalam satu-satu kawasan
  • Penggunaan racun kimia tidak mengikut peraturan
  • Penggunaan jarak tanaman yang terlalu rapat dan banyak perdu padi
  • Penggunaan terlalu banyak baja nitrogen
  • Penggunaan jenis padi yang peka pada serangan benah ini

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Wereng Punggung Putih". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2014-06-24. Cite has empty unknown parameter: |4= (bantuan)
  2. ^ a b c d e f "Waspadai Ledakan Wereng Punggung Putih". Cite has empty unknown parameter: |4= (bantuan)[pautan mati kekal]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]