Bella Hanna
Penampilan
Bella Hanna | |
---|---|
Kelahiran | Farhana Nabila binti Rosman 29 September 1996 |
Nama lain | Bella Luna |
Pendidikan | Pegawai Perhubungan Awam (PRO) |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model, personaliti media sosial, pegawai perhubungan awam |
Tahun aktif | 2020–kini |
Pasangan | Redza Rosli (k. 2024) |
Bella Hanna (lahir Farhana Nabila Rosman; 29 September 1996) ialah seorang pelakon, pengacara, personaliti media sosial dan model wanita Malaysia. Beliau memegang watak sebagai Aleen dalam drama Luruhnya Bunga Cinta (2023)[1].
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan sebagai Farhana Nabila Rosman pada Ahad, 29 September 1996 di Kuala Lumpur dan merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Beliau merupakan seorang graduan jurusan Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi MARA[1].
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau telah berkahwin dengan pelakon, Redza Rosli pada 21 Jun 2024 dengan sekali lafaz.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Bella Hanna memulakan kerjaya lakonan pada 2022. Beliau memegang watak lakonannya sebagai Aleen dalam drama Luruhnya Bunga Cinta (2023) lakonan Redza Rosli dan Tracie Sinidol.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Luruhnya Bunga Cinta | Aleen | TV3 | Drama pertama |
2024 | Oh Seragam Cinta | Cikgu Rena | TV Okey | |
Luruhnya Bunga Cinta 2 | Aleen | TV3 |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2023 | HLive! | Pengacara | Astro Ria |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Fatin Farhana Ariffin (29 Oktober 2023). "Bella Hanna tak sekadar bersandar rupa paras". Berita Harian. Dicapai pada 24 Jun 2024.