Beduan
Penampilan
Beduan ialah sejenis persembahan rakyat tertua dari negeri Perlis yang diiringi dengan bunyi-bunyian gendang. Beduan biasanya dipersembahkan dalam majlis kenduri perkahwinan. Persembahan Beduan terdiri daripada lebih kurang sepuluh orang yang bernyanyi melaung-laung sambil memukul gendang.
Seni Beduan berasal dari zaman pemerintahan Siam di negeri-negeri Utara, apabila ia dicipta oleh dua buah keluarga yang kesunyian di puncak Bukit Tuk Wang Gunung semata-mata untuk mengelak peperangan. Untuk melegakan rasa sunyi mereka, mereka memukul keratan batang kayu sebagai gendang sambil menyanyi secara melaung-laung. Nama Beduan berasal daripada "berdua-duaan" yang merujuk kepada dua keluarga tersebut.