Pergi ke kandungan

Batu uji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Set batu uji

Batu uji merupakan kepingan tablet yang diperbuat daripada batu kecil seperti sabak atau lidit dan digunakan untuk mencerakinkan aloi atau logam berharga. Ia mempunyai permukaan berbutir halus di mana logam lembut apabila digores meninggalkan jejak yang ketara.[1]

Batu uji pernah digunakan pada zaman Harappah dari Tamadun Lembah Indus sekitar tahun 2600-1900 SM untuk menguji ketulenan logam lembut.[2] Ia juga pernah digunakan di Yunani Purba.[3]

Batu uji membolehkan sesiapa sahaja menyukat ketulenan sampel logam dengan mudah dan cepat. Dari situ, ia membawa kepada penggunaan emas secara meluas sebagai kaedah pertukaran. Walaupun mencampurkan emas dengan bahan yang lebih murah adalah perkara biasa dalam duit syiling, penggunaan batu uji dengan mudah dapat menentukan kuantiti emas dalam duit syiling, dan dengan itu dapat mengira nilai intrinsiknya.

Penggunaan

[sunting | sunting sumber]

Menggores emas pada batu uji akan meninggalkan kesan garis yang nyata. Oleh sebab aloi emas yang berbeza-beza menghasilkan warna yang berbeza-beza, maka sampel yang tidak diketahui dapat dibandingkan dengan sampel-sampel yang diketahui ketulenannya. Kaedah ini telah digunakan sejak zaman dahulu lagi. Pada zaman moden ini, ujian tambahan dapat dilakukan di mana kesan tersebut akan bertindak balas secara berbeza terhadap kepekatan tertentu asid nitrik atau aqua regia, dengan itu dapat mengenal pasti kualiti emas. Oleh yang demikian, emas 24 karat tiada kesan ketara tetapi emas 14 karat akan menunjukkan aktiviti kimia.

  1. ^ "Touchstone". Oxford English Dictionary. Dicapai pada 10 March 2013.
  2. ^ Venable, Shannon L. (2011). Gold: A Cultural Encyclopedia. Santa Barbara, CA: ABC-CLIO, LLC. m/s. 264. ISBN 978-0313-384318.
  3. ^ Bisht, R. S. (1982). "Excavations at Banawali: 1974–77". Dalam Possehl, Gregory L. (penyunting). Harappan Civilization: A Contemporary Perspective. New Delhi: Oxford and IBH Publishing Co. m/s. 113–124.