Batu Bersurat Palas Pasemah
Penampilan
Batu Bersurat Palas Pasemah merupakan salah satu batu bersurat Kerajaan Melayu Srivijaya[1] yang ditemukan di Palas Pasemah, di tebing Way Pisang (Sungai Pisang) di Lampung, Indonesia.[2] Ditulis menggunakan aksara Pallava dan bahasa Melayu Kuno sebanyak 13 baris. Walaupun tidak bertarikh tahun, tetapi dari bentuk tulisannya, batu bersurat itu dianggarkan dari akhir abad ke-7. Isi kandungannya iaitu laknat bagi mereka yang tidak tunduk kepada Srivijaya.