Pergi ke kandungan

Batu, Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Batu merupakan nama kawasan parlimen di pinggir Kuala Lumpur, Malaysia,[1]

Kawasan penempatan di kawasan Batu termasuk Sentul. Kawasan ini mempunyai apartmen perumahan awam Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang paling banyak dan juga kadar penjenayahan kecil yang paling tinggi di Kuala Lumpur.[2]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12, Tian Chua dari Parti Keadilan Rakyat menewaskan calon Barisan Nasional, Lim Si Pin dengan 9,455 majoriti.

Pada Pilihanraya Umum Malaysia ke 13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013, Tian Chua sekali lagi mengekalkan kemenangannya di Parlimen Batu dengan majoriti 13,284 undi menewaskan 4 orang pencabar beliau iaitu Atan Bin Jasin (Bebas - 164 undi), Hashim Bin Abdul Karim (Berjasa - 949 undi), Dominic Lau Hoe Chai (Barisan Nasional - 28,388 undi) dan Nazariah Binti Abbas (Bebas - 209 undi). Dengan kemenangan tersebut telah menjadikan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen Batu bagi penggal kedua berturut - turut

  1. ^ Gullick, J.M. (1981.) "Malaysia: Economic Expansion and National Unity". Westview Press, page 132. Retrieved on 2007-10-12.
  2. ^ Tian Chua says he will not change his ways, New Straits Times, 22 Mac 2008.