Battle B-Daman
B-Legend ! Battle B-Daman | |
![]() Siri ini ialah permainan guli yang telah didramatiskan | |
B-伝説 ! バトルビーダマン (B-Densetsu! Batoru BiiDaman) | |
---|---|
Genre | Pengembaraan, komedi, sukan |
Manga | |
B-Densetsu! Battle B-Daman [1] | |
Pengarang | Eiji Inuki |
Penerbit | Shogakukan |
Demografik | Shounen |
Pencetakan | CoroCoro Comic |
Tarikh Pengeluaran | April 2002 – November 2005 |
Jilid | 08 |
Siri televisyen anime | |
B-Legend! Battle B-Daman [2] | |
Pengarah | Hashimoto Mitsuo |
Studio | Nippon Animedia, Synergy Sp (FX komputer), Heewon Entertainment, Sonokong |
Penyiaran Asal | ![]() |
Penyiaran Lain |
|
Tarikh tayangan | 05 Januari 2004 – 27 Disember 2004 |
Episod | 52 |
B-伝説 Legend ! | |
B-Legend ! Battle B-Daman ( Bahasa Jepun : B-伝説 ! バトルビーダマン ; dibaca : B-Densetsu! Batoru BiiDaman ) ialah sebuah siri anime dan manga karya Eiji Inuki.
Anime untuk siri ini ditayangkan di Jepun oleh TV Tokyo pada hari Rabu, jam 18:30 petang, daripada 05 Januari 2004 sampai ke 27 Disember 2004.
Di Malaysia, ia ditayangkan oleh Astro Ceria (2007), ntv7 (2008), Astro Ria (2009) dan Astro Prima (2009).
Plot
[sunting | sunting sumber]Siri ini mengisahkan Daiwa Yamato dan mainan Cobalt Blade miliknya yang berlegenda. Dia bersama rakan-rakannya menggunakan sukan B-Daman untuk menentang kumpulan Shadow.
Rancangan ini berlatarkan alam B-Daman World yang penduduknya terdiri daripada manusia, haiwan bersifat manusia, dan robot.
Dengan menggunnakan B-Daman yang penuh lagenda, Yamato menyertai sebuah peraduan yang dianjurkan JBA untuk merebut gelaran juara B-Daman. Bagaimanapun, Yamato tetap terpaksa berlawan dengan kumpulan Shadow.
Watak utama
[sunting | sunting sumber]- Daiwa Yamato (大輪ヤマト)
- Watak utama siri ini yang pernah dibesarkan kucing liar sehingga berusia lima tahun apabila ibu angkatnya Mie menemuinya lalu menjaganya. Dia menggunakan B-Daman Cobalt Blade (yang kemudian dinaik taraf menjadi Cobalt Saber, Cobalt Saber Fire, Cobalt Blaster, dan Cobalt Blaster Drive Cannon). Nama Yamato bersempena nama lama negara Jepun.
- Armada (アルマーダ)
- Mahaguru B-Daman lagenda yang berupa kucing gergasi.
- Bull Borgnine (ブル・ボーグナイン)
- Bull mempunyai tiga keperibadian: satu yang tenang dan lurus, satu yang yakin dan satu lagi yang ganas apabila menggunakan B-Damannya.
- Daiwa Mie (大輪ミエ)
- Ibu angkat Yamato yang menjaganya sejak berusia 17 tahun. Dia membuka restoran dalam bangunan berbentuk kucing.
- Gray Michael Vincent (グレイ・マイケル・ビンセント)
- Seorang kawan Yamato yang gagah. Dia pernah menyertai kumpulan Shadow kerana ingin menyelamatkan adiknya Liena dari mereka. Dia menggunakan B-Daman Chrome Zephyr (yang kemudian dinaik taraf menjadi Chrome Raven, Chrome Raven Cyclone, Chrome Harrier dan Chrome Lancer).
- Lienna Grace Vincent (リエナ・グレース・ビンセント)
- Adik kembar Gray yang ditawan oleh kumpulan Shadow lalu dijadikan seorang pemain B-Daman yang kuat.
- Tsubakura Tsubame (燕ツバメ)
- Seorang pemain B-Daman yang kelihatan seperti gadis, tetapi sebenarnya lelaki.
Lagu
[sunting | sunting sumber]Pembuka
[sunting | sunting sumber]- 増子直純 Masuko Naozumi : "B-Fire"
Penutup
[sunting | sunting sumber]- 菜津美 Natsumi : "Forever"