Batolit Bintang
Batolit Bintang ialah salah satu batolit granit dalam Wilayah Granit Banjaran Utama di Semenanjung Malaysia.
Asal-usul
[sunting | sunting sumber]Nama Batolit Bintang diambil bersempena Banjaran Bintang di mana batuan ini mendasar.
Taburan
[sunting | sunting sumber]Batolit Bintang terdiri daripada Pluton Taiping, Pluton Selama, Pluton Damar, Pluton Bubu dan Mikrogranit
Pluton Taiping
[sunting | sunting sumber]Pluton Taiping berbentuk tirus dan memanjang arah utara - selatan. Pluton ini terdiri daripada 3 jenis iaitu Granit Kupang, Granit Buloh Pelang dan Mikrogranit Bukit Larut[1].
Granit Kupang dan Granit Buloh Pelang terdiri daripada fasies melagranit beramfibol yang dipisahkan oleh Sesar Bok Bak dan Pluton Selama.
Mikrogranit Bukit Larut terdiri daripada fasies megakris turmalin.
Pluton Selama
[sunting | sunting sumber]Pluton Selama terdiri daripada granit biotit porfiritik kasar.
Pluton Damar
[sunting | sunting sumber]Pluton Damar yang terletak di bahagian paling utara terdiri daripada granit alkali homogen yang mempunyai butiran sama saiz halus hingga sederhana.
Pluton Bubu
[sunting | sunting sumber]Pluton Bubu terdiri daripada granit biotit porfiritik kasar.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Cobbing, E.J., Pitfield, P.E.J., Darbyshire, D.P.F. & Mallick, D.I.J., 1992. The granites of the South–East Asian tin belt. British Geological Survey, Keyworth