Pergi ke kandungan

Batavia Air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Batavia Air
IATA ICAO Pengenal
Y6 BTV BATAVIA
Ditubuhkan2002
Operasi ditamatkan31 Januari 2013[1]
HabLTA Soekarno-Hatta
LTA Juanda
Bandar tumpuanLTA Ngurah Rai
Pesawat34
Destinasi48
Ibu pejabatJakarta, Indonesia
Orang pentingYudiawan Tansari (Presiden)
Laman webBatavia Air

Batavia Air (PT. Metro Batavia) adalah sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia. Ia mengendali perkhidmatan penerbangan dalam negeri ke 30 destinasi dan juga ke luar negara seperti China, Emiriah Arab Bersatu dan Malaysia. Batavia Air berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta[2].

Kod penerbangan

[sunting | sunting sumber]
  • Kod IATA : 7P
  • Kod ICAO : BTV
  • Tanda panggilan (callsign) : BATAVIA [3]

Batavia Air ditubuhkan pada 2002 dan memulakan operasinya pada Januari 2002. Ia pada asalnya dikenali sebagai Metro Batavia dan mula menggunakan kapal terbang Fokker F27 yang disewa dari Sempati Air. Penerbangan pertama yang dilancarkan adalah dari Jakarta ke Pontianak pada Januari 2002.

Pada Mac 2007, Kementerian Pengangkutan Indonesia memberi amaran kepada 7 syarikat penerbangan tempatan yang ia akan menarik balik lesen syarikat-syarikat tersebut kecuali jika mereka memperbaiki prosedur-prosedur dalaman bagi meningkatkan keselamatan di udara. Syarikat-syarikat ini diberi tempoh 3 bulan untuk melaksanakan apa yang ditetapkan oleh kementerian. Kementerian itu juga telah menghasilkan sebuah sistem penilaian bagi menilai kadar keselamatan di udara. Syarikat penerbangan yang menduduki tangga ke-3 dianggap memiliki kapal terbang yang kurang selamat. Mereka adalah: Adam Air, Batavia Air, Jatayu Airlines, Kartika Airlines, Manunggal Air Services, Transwisata Prima Aviation dan Tri-MG Intra Asia Airlines[2].

Pada 31 Januari 2013, pada pukul 12:00 waktu tempatan, Batavia Air berhenti beroperasi.

Destinasi

[sunting | sunting sumber]

Batavia Air mengenadali perkhidmatan-perkhidmatan di bawah (pada January 2005): [perlu rujukan]

Sehingga Disember 2012, armada Batavia Air terdiri daripada:[4][5]

Batavia Air
Pesawat Dalam armada Kerusi
Airbus A320-200 5 180
Airbus A321-200 1 220
Airbus A330-200 2 314
Boeing 737-300 15 126
148
Boeing 737-400 10 168
Boeing 737-500 1 133
Total 34

Peristiwa dan kemalangan

[sunting | sunting sumber]

Pada 21 November, 2007 pesawat Batavia Air 737-400 telah hilang bahagian kepaknya sebesar 40cm kali 50cm jurus selepas berlepas dari Jakarta. Kapal terbang ini berjaya melakukan pendaratan kecemasan dengan selamat dan tiada penumpang yang cedera.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ http://www.merdeka.com/uang/batavia-air-berhenti-terbang-rute-diambil-alih-mandala-airlines.html
  2. ^ a b "Directory: World Airlines". Flight International. 2007-03-27. m/s. 84.
  3. ^ Airline Codes
  4. ^ Batavia Fleet | Airfleets aviation
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-12. Dicapai pada 2012-08-12.