Pergi ke kandungan

Baryonyx

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Baryonyx
frames
Pengelasan saintifik


Baryonyx merupakan jenis dinosaur karnivor yang memakan ikan seperti kebanyakan spinosauridae yang lain. Sepanjang kira-kira 7.5 hingga 10 meter (sekitar 25 hingga 33 kaki), dan mempunyai berat antara 1.2 sehingga 1.9 tan. Dinosaur ini mempunyai rahang seperti jejulung dan berkuku besar.

Baryonyx (disebut /ˌbæriːˈɒnɪks/ bererti "cakar berat", merujuk kepada cakarnya yang besar (Yunani βαρως/barus bererti 'berat' dan ονυξ/onyx bererti 'cakar' atau 'paku') adalah satu genus dinasour maging yang pertama kali dijumpai dalam lubang tanah liat selatan Dorking, dalam Pembentukan Weald Clay di Surrey, England pada tahun 1983, dan kemudiannya dilaporkan dari fosil yang dijumpai di utara Sepanyol dan Portugis. Ia mengandungi satu spesies, Baryonyx walkeri. Fosilnya telah diletak tarikh sejak zaman Barremian Awal Tempoh Cretaceous, sekitar 130 sehingga 125 juta tahun dahulu.

Baryonyx merupakan salah satu dari dinosaur pemakan ikan piscivorous, yang mempunyai adaptasi khusus seperti muncung panjang dengan rahang halus dipenuhi gigi bergerigi halus dan cakar seperti penyangkuk bagi membantunya memburu mangsa utamanya.Ia memiliki moncong yang panjang dan sempit diiisi dengan gigi yang berbentuk kon - perbezaan sebenar daripada gigi berbentuk bilah dinosaur pemakan daging biasa.

Kerana bentuk moncong dan giginya yang mirip seperti buaya moden. Sesetengah ahli paleontologi berpendapat bahawa baryonyx memakan ikan dengan jumlah yang sangat banyak. Bagaimanapun, sesetengah yang lain berpendapat jika ia memakan dinosaur lain. Kedua-dua idea ini disokong oleh spesimen baryonyx asal dari Surrey, England. Dalam usus dinosaur ini, ahli paleontologi telah menemui sisik ikan besar yang dihadam serta tulang iguanodon muda yang dihadam sebahagiannya. Ini dapat menyokong idea bahawa baryonyx memakan kedua-duanya.

Pemulihan bangkai Baryonyx walkeri - Muzium Sejarah Semulajadi, London.
  • Paul Barrett and José Luis Sanz. "Larousse de los Dinosaurios", Larousse, 2000.
  • Benton MJ, Spencer PS (1995). Fossil Reptiles of Great Britain. Chapman & Hall. ISBN 0-412-62040-5.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]