Putat kampung
Putat kampung Putat ayam | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | B. racemosa
|
Nama binomial | |
Barringtonia racemosa (L.) Spreng.
| |
Sinonim | |
|
Putat kampung atau putat ayam (nama saintifik: Barringtonia racemosa[3]) merupakan sejenis tumbuhan dalam keluarga Lecythidaceae, ia mempunyai taburan luas serata hutan-hutan paya dan muara sungai sepanjang pesisiran Lautan Hindi dari pantai timur Mozambique and KwaZulu-Natal ke Madagascar ke Asia Selatan, Asia Tenggara, selatan tanah besar China dan pesisiran pulau Taiwan, utara Australia, kepulauan Ryukyu sampailah ke Polinesia.[4]
Botani
[sunting | sunting sumber]Daun-daun pokok selebar 20 sm.[3]
Bunga yang dihasilkan mempunyai banyak stamen lebat berwarna merah kejambuan. Buah yang dihasilkan membujur sepanjang 8 sm di mana ia bertukar warna dari hijau ke merah apabila masak.[3]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Pucuk putat boleh dibuat ulam.
Daun dan kulit kayu pokok digunakan untuk merawat gigitan ular dan tikus.[3]
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Pucuk Putat boleh dibuat ulam.
-
Daun pokok Putat.
-
Akar ditebing sungai
-
Bunga pokok Putat.
-
Buah Putat
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ IUCN SSC Global Tree Specialist Group & Botanic Gardens Conservation International (BGCI) (2020). "Barringtonia racemosa". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T160298203A160301831. Dicapai pada 11 September 2020.
- ^ http://www.theplantlist.org/tpl/record/kew-313527
- ^ a b c d Hwee Ling Koh; Tung Kian Chua; Chay Hoon Tan (2009). A Guide to Medicinal Plants: An Illustrated, Scientific and Medicinal Approach. Singapura: World Scientific Publishing. m/s. 26–27, 167. ISBN 978-981-283-709-7.
- ^ "Australian plant common name database". Australian National Botanic Gardens. Dicapai pada 2007-08-19.