Pergi ke kandungan

Barisan Tindakan Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Barisan Tindakan Islam
جبهة العمل الإسلامي
PemimpinMurad al-Adaileh
Wael Al-Saqa
Ditubuhkan8 Disember 1992
Ibu pejabatAmman
IdeologiIslamisme
Demokrasi Islam
Antirasuah
Anti-Zionisme
AgamaIslam
Penggabungan antarabangsaIkhwan Muslimin
Dewan Perwakilan
32 / 138
Dewan Senat
0 / 65
Laman sesawang
jabha-jo.com
Politik Jordan
Parti politik
Pilihan raya

Barisan Tindakan Islam (Arab: جبهة العمل الإسلامي, rumi: Jabhat al-'Amal al-Islami, lit.'Barisan Kerja Islam') ialah sebuah parti politik Islam di Jordan. Ia merupakan sayap politik Ikhwan Muslimin di Jordan.

Ditubuhkan secara rasmi pada 1992 selari dengan undang-undang Jordan mengenai parti politik pada Julai 1992[1], dengan 350 ahli, Ahmed Azaida, Ishak Al-Farhan dan Abdul Latif Arabiyat merupakan tulang belakang di sebalik pembentukan itu.[2]

Tapak sokongan parti ini sebahagian besarnya terdiri daripada warga Jordan berketurunan Palestin, dan mewakili salah satu gerakan pembangkang utama di negara itu. Ia terkenal dengan peranannya dalam bantahan antirasuah, serta peranannya dalam fasa liberalisasi negara pada 1990-an. Parti ini juga telah mengambil peranan kebangkangan terhadap hubungan Jordan-Israel. Pada 1997, tiga tahun selepas perjanjian damai Jordan dengan Israel, parti ini memboikot pilihan raya parlimen,[3] memetik penipuan oleh pihak kerajaan.[4]

Pada pilihan raya perundangan 17 Jun 2003, parti itu menghantar 30 calon dan memenangi 20 daripada 84 kerusi.[5] Semua kerusi lain dimenangi oleh bukan partisan.

Semasa pilihan raya perbandaran pada Ogos 2007, parti ini memboikot dan menarik balik 25 calon mereka untuk pilihan raya, menuduh 'pihak berkuasa memanipulasi undi yang diberikan oleh anggota tentera yang mengambil bahagian dalam pilihan raya perbandaran buat kali pertama.'[6][7]


Empat bulan kemudian, parti ini meletakkan 22 calon untuk pilihan raya negara yang diadakan pada 20 November 2007. Daripada 22 calonnya, parti ini menang enam kerusi, menandakan pencapaian terendah parti Islam itu sejak menyambung semula kehidupan berparlimen di Jordan pada 1989.


Pada 2015, parti ini berpecah antara pembaharu dan bukan pembaharu, menyebabkan parti itu menamatkan keahlian tujuh ahli: Abdul Majid Thuneibat, Qasem Taamaneh, Mamduh Muhaisen, Khalil Askar, Ali Tarawneh, Jaber Abul Hija dan Mohammad Qaramseh.[8] Hasilnya, mereka membentuk Persatuan Ikhwan Muslimin yang baharu, yang akan menyertai Inisiatif Kebangsaan untuk Pembinaan .

Pada Disember 2015, kira-kira 400 ahli telah meletak jawatan daripada parti ini, termasuk Hamzah Mansur, bekas setiausaha agung parti.[9]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]

Parlimen Jordan

[sunting | sunting sumber]
Dewan Perwakilan
Tahun Undi % Menang +/– Kedudukan Hasil Pemimpin
Calon bertanding Keseluruhan
1993
16 / 36
16 / 80
4 [10]
Pertama Pembangkang
1997 Boikot
0 / 80
16
2003 139,229 10.4
17 / 30
17 / 110
17
Pertama Pembangkang
2007
6 / 22
6 / 110
11
Pertama Pembangkang
2010 Boikot
0 / 110
6
2013 Boikot
0 / 150
2016 Mengetuai Gabungan Negara untuk Pembaharuan
10 / 122[11]
10 / 130
10
Pertama Pembangkang
2020
10 / 130
10 / 130
Pertama Pembangkang
2024
31 / 38[12]
31 / 138
21

Setiausaha Agung

[sunting | sunting sumber]
Bil Nama Tempoh khidmat Catatan
1 Ishak Al-Farhan 1993 - 1998
2 Abdul Latif Arabiyat 1998 - 2002
3 Hamzah Abbas Mansur 2002 - 2006
4 Zaki Saad Bani Irsyid 2006 - 2009 Meletak jawatan sebelum habis penggal
5 Ishak Al-Farhan 2009 - 2010 Memangku jawatan hingga penggal habis
6 Hamzah Abbas Mansur 2010 - 2014
7 Muhammad Awad Al-Zayoud 2014 - 2018
8 Murad Al-Adailah 2018 - 2022
2022 - kini

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "JORDAN: parliamentary elections Majlis Al-Nuwaab, 1993". archive.ipu.org. Dicapai pada 2024-09-12.
  2. ^ Jordan's Islamic Front rallies Muslims
  3. ^ "IMF to participate in Jordan's elections". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-12.
  4. ^ Jillian Schwedler, Faith in Moderation: Islamist Parties in Jordan and Yemen. Cambridge 2006.
  5. ^ "IPU PARLINE database: JORDAN (Majlis Al-Nuwaab) ELECTIONS IN 2007". archive.ipu.org. Dicapai pada 2024-09-12.
  6. ^ "Jordan: Islamic opposition urges king to cancel municipal elections results".
  7. ^ "IPU PARLINE database: JORDAN (Majlis Al-Nuwaab) ELECTIONS IN 2007". archive.ipu.org. Dicapai pada 2024-09-12.
  8. ^ "Members of new Muslim Brotherhood society to join 'planned Zamzam political party'". Jordan Times. November 4, 2015.
  9. ^ Khetam Malkawi (31 December 2015). "Hundreds, including top leaders, abandon Islamist party". The Jordan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 December 2015. Dicapai pada 31 December 2015.
  10. ^ Perbandingan daripada bilangan kerusi yang dimenangi pendahulu, Ikhwan Muslimin di Jordan pada 1989.
  11. ^ Gabungan Pembaharuan menang 15 kerusi. 10 daripadanya parti Barisan Tindakan Islam
  12. ^ https://www.reuters.com/world/middle-east/jordans-islamists-buoyed-by-anger-over-gaza-seek-shake-up-parliament-polls-2024-09-09/