Bantuan:Pengenalan suntingan dengan VisualEditor/4
Membuka suntingan
Mengaktifkan mod suntingan
Asas bar alatan
Alatan penyuntingan
Pautan dan pautan wiki
Hubungkan sesama laman
Menyimpan perubahan
Menerbitkan suntingan
Mencipta rencana baharu
Menulis laman baharu dari kosong
Rumusan
Rumusan apa yang dipelajari
Apabila anda rasa berpuas hati dengan suntingan anda, masanya untuk terbitkan (menyimpan) suntingan anda! Apabila anda terbitkan suntingan anda, ia dengan serta-merta mengubah laman Wikipedia yang anda sunting. Untuk batalkan suntingan anda, tutup saja tetingkap tempat anda sunting tanpa mengeklik 'Terbit perubahan'.
Apabila anda sudah siap menyunting, klik butang Terbit perubahan berwarna biru di atas kanan (di bar alatan). Ini akan membuka sebuah kotak dialog di mana anda seelok-eloknya perlu memberikan ringkasan suntingan. Rumusan ini membantu penyunting lain memahami apa perubahan yang anda buat dan sebab suntingan anda.
Sekiranya anda hanya melakukan suntingan kecil-kecilan (cth. pembetulan ejaan, format atau tatabahasa), sebaiknya anda menanda suntingan anda sebagai suntingan kecil untuk memberitahu penyunting lain (tidak ada sekiranya tidak log masuk). Di samping itu, sekiranya anda ingin mendapat pemberitahuan perubahan lanjutan laman, anda boleh menambahkannya ke dalam Senarai pantau (juga tidak ada sekiranya tidak log masuk).
Butang Semak perubahan anda akan memaparkan perubahan suntingan yang anda buat dalam format kod sumber teks/penanda wiki bagi tujuan semakan. Butang Sambung menyunting pula membawa anda kembali ke tapak suntingan agar anda boleh terus melakukan suntingan tambahan (anda boleh terbitkan semua suntingan anda nanti).