Bantuan:Pengenalan jadual dengan teks wiki/3
Pengenalan
Macam mana dan kenapa
Menyunting jadual
Asas penyuntingan
Membesarkan jadual
Tambahkan lajur dan baris
Rumusan
Rumusan apa yang dipelajari
Biasanya, suntingan terhadap jadual hanya melibatkan penambahan jalur atau baris baharu.
Menambah baris
Untuk menambah baris baharu ke dalam jadual, anda perlu memasukkan pemotong baris baharu dan bilangan sel sama seperti baris-baris lain.
Cara termudah ialah sekadar salin-tampal baris sedia ada, dan kemudiannya menyunting kandungan sel. Pastikan anda kekalkan penanda akhir jadual, |}
, di bawah baris terakhir jadual.
Menambah jalur
Untuk menambah jalur baharu, anda hanya perlu menambah sel baharu di kedudukan sama di setiap baris.
Pralihat suntingan
Pralihat suntingan adalah begitu penting bagi jadual; biasanya, mudah sahaja penyunting menghasilkan ralat kecil yang merosakkan pemformatan jadual.