Bantuan:Bahasa Jepun
- Berikut merupakan huruf-huruf Bahasa Jepun: 日本語です. Jika huruf-huruf ini tidak kelihatan serupa dengan imej berikut: , sila lihat bahagian Huruf Bahasa Jepun untuk bantuan serta arahan.
Ortografi Bahasa Jepun
[sunting | sunting sumber]Teks Bahasa Jepun ditulis dengan campuran kanji dan dua ejaan sukuan kana. Hampir semua tulisan kanji berasal daripada China, dan setiap satunya mempunyai maksud dan sebutan lebih daripada satu. Maksud kompaun tulisan kanji umumnya diambil daripada kanji campuran. Sebagai contoh, perkataan Tokyo (東京) ditulis dengan dua kanji: "timur" (東) + "ibu negara" (京). Nama tersebut dipilih disebabkan kedudukan Tokyo sebagai ibu negara di sebelah timur ibu negara sebelumnya, iaitu Kyoto (京都). (Tulisan kompaun kanji yang lain, digelar "ateji", menggunakan huruf-huruf yang dipilih khas untuk sebutan mereka.)
Berabad-abad dahulu, ejaan sukuan kana - hiragana dan katakana - mendapat bentuk mereka daripada tulisan kanji disebut dalam cara yang sama. Namun begitu, tidak seperti kanji, kana tiada maksud yang tertentu, dan hanya digunakan untuk mewakili bunyi-bunyi. Hiragana digunakan untuk menulis tulisan Jepun kuno. Sebagai contoh, perkataan Bahasa Jepun "untuk melakukan" (する suru) ditulis dengan dua hiragana: す (su) + る (ru). Katakana secara umumnya digunakan untuk menulis perkataan pinjam dan onomatopia. Sebagai contoh, retasu dipinjam daripada perkataan Bahasa Inggeris lettuce (salad), dan ditulis dengan tiga katakana: レ (re) + タ (ta) + ス (su). Onomatopia untuk bunyi taipannya ialah kata kata, dan ditulis dengan 4 katakana: カ (ka) + タ (ta) + カ (ka) + タ (ta). Banyak perniagaan-perniagaan zaman sekarang menggunakan katakana dan bukan hiragana mahupun kanji dalam pengiklanan. Justeru, orang ramai boleh menggunakan katakana apabila menulis nama mereka atau dokumen tidak rasmi untuk sebab-sebab estetik.
Huruf-huruf Roman telah menjadi popular untuk kegunaan-kegunaan tertentu baru-baru ini dalam Bahasa Jepun (lihat rōmaji), namun kegunaan mereka masih lagi terhad.
== Sebutan Bahasa melayu|Fonologi Bahasa Jepun}}
Dalam Wikipedia, versi baru perumian Hepburn (Hepburn romanization) yang diterima secara meluas digunakan untuk mewakili bunyi-bunyi Bahasa Jepun dalam huruf-huruf Roman. Berikut merupakan peraturan-peraturan asas penggunaan Hepburn untuk menyebut Bahasa Jepun dengan tepat.
Vokal
[sunting | sunting sumber]- Vokal-vokal a, e, i dan o secara umumnya disebut seperti yang disebut dalam Jerman, Sepanyol, Itali atau bahasa-bahasa yang sama.
- Vokal u bersamaan dengan oo dalam moon (bulan), namun disebut lebih pendek dan tanpa membulatkan bibir (bersamaan dengan u dalam German). u termaktab dalam suku kata termasuk bunyi u disebut dengan cara yang sama (namun selalunya sebutannya ditelan seperti desu yang hanya disebut sebagai dess).
- Vokal-vokal Bahasa Jepun adalah sama ada panjang (dua mora (bomoraic)) ataupun pendek (satu mora (monomoraic)). Makron pula menandakan kepanjangan.
- Bunyi panjang a, o dan u selalunya ditulis dengan makron sebagai ā, ō dan ū.
- Bunyi panjang e dan i selalunya ditulis sebagai ei dan ii, tetapi dalam neologisme mereka ditulis dengan makron sebagai ē dan ī.
- Sirkumfleks (âêîôû) selalunya muncul sebagai alternatif topografi terhadap makron, lebih-lebih lagi dalam teks-teks lama.
Vokal-vokal Bahasa Jepun boleh dianggarkan dalam Bahasa Melayu seperti berikut:
Vokal | Sebutan Bahasa Melayu baku |
---|---|
seperti di dalam saya | |
seperti di dalam kaki | |
seperti di dalam burung | |
seperti di dalam enak | |
seperti di dalam bola |
Konsonan
[sunting | sunting sumber]- Konsonan selain daripada f dan r secara umumnya disebut dalam bahasa Inggeris.
- Konsonan f ialah konsonan dwibibir: bahagian gigi tidak digunakan, dan bunyinya adalah lebih lembut daripada "f" bahasa Inggeris.
- Konsonan r bersamaan dengan huruf r bahasa Korea. Kepada seseorang yang bercakap bahasa Inggeris, sebutannya adalah di antara t kibas (seperti better (lebih baik) dan ladder (tangga), l dan d.
- Konsonan berganda (kk, tt) pada dasarnya menunjukkan sedikit hentian tajam sebelum dan penekanan yang lebih kuat pada bunyi-bunyi berikut, lebih serupa dengan bahasa Itali berbanding bahasa Inggeris. Ejaan-ejaan ganjil seperti berikut:
- ch berganda ditulis sebagai tch (kadang-kala cch),
- sh berganda ditulis sebagai ssh dan
- ts berganda ditulis sebagai tts.
Nama-nama Jepun
[sunting | sunting sumber]Di Jepun, nama individu diletakkan selepas nama keluarga:
- Contohnya: 安倍晋三 (Abe Shinzō). 安倍 ("Abe") merupakan nama keluarga.
Walaupun begitu, untuk mencerminkan konvensyen Barat yang menyenaraikan nama keluarga selepas nama individu, sesetengah orang Jepun yang lahir sejak penubuhan era Meiji (1868-09-08) mematuhi peraturan "nama individu, nama keluarga" dalam teks-teks Barat. Jadi 安倍晋三 (Abe Shinzō) disenaraikan sebagai "Shinzō Abe". Di Wikipedia, bagi mereka yang lahir dari tahun pertama Meiji (1868) dan ke atas, urutan Barat selalu digunakan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Huruf Bahasa Jepun
[sunting | sunting sumber]Lihat: Wikipedia:Memaparkan Huruf-huruf Asia Timur bagi huruf-huruf Asia Timur yang lain.
Di Wikipedia, huruf-huruf Cina, Jepun dan Korea digunakan dalam rencana-rencana tertentu. Kebanyakan komputer dengan bahasa Inggeris atau sistem operasi Barat yang lain tidak menunjukkan mereka secara automatik.
Jika anda lihat kotak-kotak, tanda-tanda soal ataupun mojibake bercampur aduk dengan bahagian pertama, anda masih tidak mempunyai sokongan untuk memaparkan huruf-huruf Asia Timur.
Semak untuk Sokongan
[sunting | sunting sumber]1. Ini ialah teks Jepun seperti yang dipaparkan di laman-laman web Jepun dan Wikipedia:
- すべての人間は、生まれながらにして自由であり、
- かつ、尊厳と権利と について平等である。
- 人間は、理性と良心とを授けられており、
- 互いに同胞の精神をもって行動しなければならない。
2. Bandingkan teks di atas dengan gambar berikut yang serupa dengannya:
Windows 95, 98, ME dan NT
[sunting | sunting sumber]Sistem anda sepatutnya menawarkan pilihan untuk memuat turun fon Asia secara otomatik apabila memaparkan muka-muka dalam bahasa-bahasa tersebut, selagi anda menggunakan Internet Explorer.
[1]
Jika tidak, kemas kinikan sistem anda secara manual dengan pakej-pakej sokongan bahasa berikut:
di sini
Windows 2000
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Arahan-arahan untuk Windows 2000
Windows XP and Server 2003
[sunting | sunting sumber]CD-ROM Windows diperlukan untuk memasang sokongan untuk bahasa-bahasa Asia Timur. (Bahagian-bahagian bukan Asia Timur sahaja)
Windows Vista dan Windows 7
[sunting | sunting sumber]Windows Vista dan Windows 7 dilengkapi sokongan untuk huruf-huruf bahasa Jepun secara automatik. Anda mampu menaip huruf-huruf Jepun atau melihat teks-teks Jepun dengan alatan yang dibekalkan.
Mac OS X
[sunting | sunting sumber]Secara automatik segala fon yang penting dan perisian dipasang terus dalam Mac OS X 10.2 (2002) dan ke atas.
Bagi Mac OS X 10.1, kemaskinian perisian dwibahasa boleh didapati untuk dimuat turunkan secara percuma dari laman web Apple. Kemaskinian Bahasa Asia Timur termasuklah sokongan untuk Cina, Jepun dan Korea.
Fedora Core
[sunting | sunting sumber]Sila pasangkan pakej-pakej ttfont yang betul.
bagi Fedora Core 3, pakej-pakejnya adalah ttfonts-zh_TW (Cina tradisional), ttfonts-zh_CN (Cina mudah), ttfonts-ja (Jepun) and ttfonts-ko (Korea).
Sebagai contoh,
yum install ttfonts-ja.
Bagi Fedora Core 4, anda perlukan fonts-chinese, fonts-japanese, dan/ataupun fonts-korean.
Debian GNU/Linux dan Ubuntu
[sunting | sunting sumber]Memasang pakej ttf-kochi-mincho akan menambah sokongan untuk memaparkan teks bahasa Jepun dalam Debian GNU/Linux atau pengedaran Ubuntu. Anda boleh melakukan ini dengan command berikut:
apt-get install ttf-kochi-mincho
Gentoo GNU/Linux
[sunting | sunting sumber]Sila pasang sebuah pakej fon bahasa Jepun. Antara yang biasa digunakan ialah ja-ipafonts.
emerge media-fonts/ja-ipafonts
Juga, letakkan useflag 'cjk' pada /etc/make.conf dan kemaskinikan sistem anda.
emerge -uDN world
Mandriva Linux 2007
[sunting | sunting sumber]Pasangkan salah satu atau beberapa pakej font bahasa Jepun. Antara yang biasa digunakan ialah fonts-ttf-japanese, namun sebagai tambahan anda juga boleh menambah fonts-ttf-japanese-extra, fonts-ttf-japanese-ipamona dan fonts-ttf-japanese-mplus_ipagothic.
Pastikan anda mempunyai font UTF-8 digunakan, kerana mereka mungkin tidak jika anda memperbaharui dari versi lama Mandrake/Mandriva.
Fon Unicode Jepun
[sunting | sunting sumber](Inggeris) Senarai Japanese Unicode Font percuma